Friday, March 12, 2010

ukhuwah

assalamualaikum w.b.t

input2 yang aku dapat tentang ukhuwah..
usrah bersama kak ummi.. =)

okay, kita mulakan perjumpaan kita dengan sepotong ayat al-Quran ;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

ada sesetengah pihak yang salah menafsirkan ayat dengan menyatakan bahawa lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling berkenal-kenalan.

yang seharusnya dipraktiskan ialah lelaki bergaul sesama lelaki dan perempuan bergaul sesama perempuan..

Apa penting berkenal-kenalan ni?

hari ini, kita hidup dalam dunia yang sangat mencabar. maka dalam menghadapi cabaran yang datang dari segenap arah, ia menuntut kepada kesatuan hati untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain.

contohnya : bila rumah jiran terbakar, bila anak jiran buat perkara maksiat, jika ada kenduri yang dibuat secara rewang.. di situlah kita memainkan peranan sebagai masyarakat yang menghulurkan bantuan..

kita perlu menjaga tepi kain mereka (yakni saling tegur-menegur), bukannya dalam kain mereka.. perlu jelas tentang perkara ini..

nak tahu tak satu hadis ??

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." (H.R Ahmad)

mari kita selami ayat berikut ;

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff, ayat 4)

See ?..cara untuk mendapatkan kekuatan dalam melakukan sesuatu perkara yang baik adalah dengan berjemaah.. means beramai-ramai..

orang yang diatas dan dibawah adalah sama.. mereka ibarat batu-bata yang membentuk satu bangunan yang tersusun kukuh.. bata yang diatas tidak akan ada jika tidak ditampung dengan bata yang dibawah.. dan bata yang dibawah tidak akan ada jika tidak ada bata diatas..

--semua saling memerlukan --

dan ikatan antara batu-bata itu ..
adakah gam gajah ?
gam uhu ?
liquid paper ?

sudah pastilah untuk meneguhkan batu-bata itu, kita perlu mengikatnya dengan simen..
dan simen yang dimaksudkan adalah ukhuwah Islamiyyah..

-------------------

dalam berteman, pasti kita akan berjumpa pelbagai ragam..
kata orang; rambut sama hitam tapi hati lain-lain..

tapi, yang penting kat sini,
kita perlu menerima bahawa setiap manusia memiliki kelebihan dan kekurangannya sendiri..

bak kata Ustaz Hasrizal,
"terimalah seseorang seadanya, kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai"

andai ada berlaku pergolakan dan selisih faham dalam perhubungan,
segeralah cari jalan penyelesaian..

langkah terbaik ;
minta maaflah dengannya dan hulurkanlah kemaafan..
usah menuang minyak ke arah api yang sememangnya marak..

mungkin kesalahan itu bermula dari kita sendiri..
mungkin juga dia yang bersalah..
soalnya bukan mencari siapa salah, siapa betul..
tetapi bagaimana untuk menyelesaikan masalah..

kita beralah, kita bertolak ansur..
tidak bermakna kita kalah..
tetapi kitalah yang menang dalam emotional management..
berfikirlah dengan waras apabila berlaku konflik2 sebegini..

apakah virus-virus yang merosak sesebuah persahabatan ?

pertamanya ialah buruk sangka..
sebenarnya, buruk sangka inilah yang sangat memberi kesan dalam perhubungan..
ada yang tak nak bertegur sapa,
ada x nak memaafkan..
sampai ada yang x boleh nak tengok muka..

sebab apa ?.. ia bermula dari buruk sangka..

so, selesaikanlah masalah dengan cara yang baik-baik..
jika dia berkeras juga untuk mendinginkan keadaan..
berserahlah kepada Allah.. doalah banyak-banyak kepadanya..
kerana Allah lah yang memegang hati-hati manusia..

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu"

antara fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita ; kita didedahkan dengan filem2 dan cerekarama yang mempengaruhi minda masyakat.. contohnya, adegan 2 orang perempuan berebutkan lelaki, sedangkan apa pun diorang tak dapat.. si lelaki pula bersorak kemenangan seolah-olah dialah hero cerita tersebut..

jangankan sebab berebutkan seorang lelaki @ perempuan, persahabatan anda selama ini menjadi goyah, rapuh dan x dapat diselamatkan..

kalau ada virus, mestilah ada ubatnya kan ?

ubat hati ada 5 perkara ;

"Ubat Hati ada lima perkaranya....
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya...
Yang kedua solat malam dirikanlah...
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh..
Yang keempat perbanyaklah berpuasa...
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah..."

(penyanyi : Opick, lagu Tombo Ati)

Konklusinya, berhati-hatilah dalam memilih sahabat,
Jangan sampai tersalah pilih..






3 comments:

Nadiene said...

teringat lagu dewa yg kontrolversi tue...

tp entry ni mmg benar!

dAk aDaB said...

tp y paling penting ukhuwah lillah taala..
~hubungan atas keimanan~
aku dengan kau
adalah tanggungjawab aku dengan Allah
maka apa pon keburukan kau kepada aku
tetap tidak kuhiraukannya
kerana aku cinta padamu
hanya kerana Dia
p/s-petikan kata2 Hilal Asyraf dlm novel Sinergi
uhibbuki fillah ^_^

Nurul Athirah said...

> fid

tiadayang benar ,elainkan y benar2 belaka

> shikin

uhibbuki fillah aidhan

[^_^}