Friday, March 5, 2010

ikhtilat

Masalah ikhtilat ini sudah lama berlaku dalam kalangan kita..
Baik yang remaja mahupun golongan dewasa..

Dan ia berlaku x kira siapa n penampilan bagaimana..
Tertutup atau terbuka..

Pokok pangkalnya adalah hati..

Benarlah satu perkara yang amat susah untuk dilakukan oleh seorang sahabat iaitu menegur sahabatnya yang lain ketika mana mereka melakukan kesilapan.. dan teguran ini perlulah disertai dengan rasa rendah hati dan bukannya meninggi diri..

Yup, people do mistakes.. tapi kita kenalah berusaha untuk tidak mengulangi mistakes yang sama.

Ikhtilat ni merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan pergaulan..
Sama ada komunikasi secara terus, melalui SMS, e-mail, chatting dan seumpama dengannya..
Dunia semakin canggih bukan ? semakin banyak maksiat pula yang berlaku.

Perlukah kita untuk berbual perkara yang tidak penting dengan ajnabi ?
Perlukah untuk tiba-tiba suaramu bertukar manja ?
Perlukah engkau untuk mengambil berat tentang mereka?

Maka, atas dasar apakah yang membolehkan engkau membuat demikian ?
KAWAN ? MEMBER ?
itu bukanlah lesen untuk engkau bergaul bebas sesama mereka..

engkau punya teman sejenismu..
mengapa perlu untuk mencari teman yang berlawanan sebagai sahabat?

ukhtiku sayang,
adakah engkau bangga digelar ‘kaki layan’ lelaki ?
padaku, engkau telah meletakkan maruahmu di bawah
apabila engkau membiarkan mereka mempermain-mainkanmu tanpa sedar..

adakah itu yang engkau inginkan ?

aku bangga dengan Islam yang aku anuti dan aku mahu hidupku berlandaskan ad-deen yang suci ini jua..
aku lebih rela dikatakan ‘syadid’ dalam ikhtilat daripada dilabel ‘kaki layan’ ..

bukanlah aku berniat untuk menyatakan bahawa aku sudah cukup baik..
TIDAK.. malah aku sedar diriku masih jauh lagi untuk dikatakan sebagai seorang yang baik..
tapi sekurang-kurangnya aku belajar menjadi yang terbaik buat diriku dan agamaku

dan aku pasti engkau juga mahu menjadi yang terbaik bukan?

Engkau juga tahu baik buruknya sesuatu perkara
Mumaiyiz dan akil baligh..
Tidakkah itu cukup untuk membuatmu berfikir secara waras sebelum membuat sesuatu keputusan ?.

Ukhtiku sayang,
Islam telah mengangkat darjat wanita hingga ke darjat yang mulia..

Tegarkah engkau untuk menjatuhkan maruah kaummu sendiri ?..

Persoalan ini aku tinggalkan kepada kalian..
Tepuk dada tanyalah iman..

seKian

1 comment:

Itminaan said...

"aku lebih rela dikatakan ‘syadid’ dalam ikhtilat daripada dilabel ‘kaki layan’ .."

Salam....
Tak bergaul bebas dengan lelaki ialah perkara yang kita Muslimah memang harus lakukan... There shouldn't be such label as "syadid"..
We do it becoz, that is what Allah wants from us, and we do it to please Allah ...InsyaAllah