Dakwah ini suatu kewajipan, sahabat-sahabat.
Dakwah itu apa ? Islah tu plak apa? Sama ke dakwah dengan Islah ?
dakwah dari segi bahasa bermaksud menjemput orang luar masuk
Dakwah dari segi Syarak pula ialah usaha menjemput seseorang kepada Agama Islam
Berbeza ke dakwah dengan Islah ?
memang sangat berbeza.. Islah adalah suatu usaha membaikpulih amalan & kepercayaaan Muslim mengenai Islam. Contohnya, kita pergi usrah, forum perdana, program muhasabah diri.. haa, semua ni termasuk dalam Islah dan bukannya dakwah.. perlu jelas ya sahabat !
pada zaman sekarang ni, terdapat 4 pendekatan berdakwah
1) Akhlak
2) Kebajikan
3) Risalah
4) Lisan
Pendekatan manakah yang paling utama ?
Sudah pastilah pendekatan berdakwah melalui akhlak. Cuba lihat cara Nabi berdakwah. Baginda amat menekankan akhlak sama ada pergaulan baginda dengan orang Islam mahupun orang Kafir. Sebab apa ? sebab melalui akhlak lah, orang boleh percaya dengan kita..
Dan yang paling penting, dakwah kita mestilah berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..
Contoh paling senang ; share tentang surah Al-Ikhlas dengan non-muslim. Saya pasti, ramai yang sudah menghafal surah ini bukan ? walaupun surah ini pendek tetapi kalau kita selami maknanya dengan mendalam, ia adalah asas tauhid yang kuat malah dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah..
Saat bibir menyebut ‘ Allahu Ahad’ yakni Allah itu Maha Esa. Kita meyakini bahwa tiada Tuhan selain-Nya. Dia bebas daripada sebarang kesyirikan. Dialah yang berhak disembah.
Cara berdakwah ?
Banyak sebenarnya cara berdakwah.. kita perlu kreatif dalam menarik perhatian non-muslim untuk tertarik dengan Islam..
Kita boleh berdakwah dengan cara ;
- one to one ( dakwah fardhiah )
- ceramah umum
- blogging pun boleh tau !!
- mosque tour guide
n banyak lagi..
Tugas kita adalah share dengan semua orang tentang apa itu Islam …
BETULKAN NIAT ..
Bukan kita yang menukarkan seseorang itu kepada Islam .. ingat tu ..
Sebab ini berkaitan dengan hidayah.. dan hidayah itu milik siapa ?
Pastilah hidayah itu milik Allah subhanahu wa ta’ala..
Sebagaimana disebut dalam Al-Quran ;
“Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari reda Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, niscaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)”
(Surah Al-Baqarah, ayat 272)
Ok, kita apply ekonomi ye dalam berdakwah..
Jangan Supply kalau Demand tak ada..
cReate Demand, and then baru Supply.
Lagi satu, Islam tak pernah ajar untuk kita condemned agama orang lain..
“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
(Surah An-Nahl, ayat 125)
Adakah cara kita sesuai dengan cara Rasulullah ?
Perlu dijelaskan di sini, cara Rasullullah berdakwah sesuai dengan zaman baginda pada masa itu..
Macam yang saya cakap tadi, kita kena kreatif untuk reach orang-orang yang bukan Islam.. gunakan segala macam kemudahan yang ada untuk berdakwah.. macam blog ni, facebook, YM malah e-mail sekalipun.. jangan sempitkan cara berdakwah kepada orang bukan Islam.
Ganjaran bagi orang yang berdakwah telahpun Allah nyatakan dalam Al-Quran ;
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. “
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
* selain daripada ganjaran di atas, kita juga dapat membaiki diri sendiri dengan melakukan dakwah.
~ you guys, jangan goreng dengan non-muslim.. kalau tak tahu, cakap tak tahu.. jangan menipu !!.. katakanlah padanya ‘saya tidak tahu, saya akan cuba cari.. nanti bila saya tahu, saya akan bagitau’..
It’s better,, daripada anda menipu, pastilah mereka sudah tidak akan mempercayaimu lagi..
Kenapa Dakwah ?
“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”
(Surah Al-Anbiya’, ayat 107)
“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah Saba’, ayat 28)
Kita kena menghargai segala keperitan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah.. baginda telah dibaling batu dan kayu ketika peristiwa di Taif..baginda telah difitnah, dicaci dan dihina…bahkan baginda telah dihalau dari tempat kelahiran baginda semata-mata kerana dakwah..
maka, di manakah kita untuk meneruskan perjuangan nabi ini ??
-------------------------
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar”
(Surah An-Nisa, ayat 48)
Allah mengulang peringatan yang sama dalam Surah An-Nisa juga, ayat 116 ;
“ Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sungguh, dia telah sesat jauh sekali”
See ?.. bagaimana Allah tekankan tentang Akidah yakni mentauhidkan-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya walau dengan sesuatupun.. Inilah asas yang ada dalam diri Sumayyah, Bilal bin Rabah ketika mereka diseksa.. saat hati meyakini bahwa Allah lah Tuhan yang berhak disembah..
sebab tu bila nak berdakwah ni, starting dengan akidah..baru masuk fiqh dll..
Bagaimana nak berdakwah ?
-Okay, first kita mengajak kepada persamaan .
“Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai Ahli Kitab ! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka), ‘Saksikanlah, bahwa kami adalah orang muslim.”
( Surah Ali-Imran, ayat 64)
-second, berdakwah dengan cara yang berhikmah.. Bila timbul perbezaan, berdakwahlah dengan cara hikmah kebijaksanaan.
“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
(Surah An-Nahl, ayat 125)
- nak dakwah dengan non-muslim ni kena main logik dulu.. jangan nak terus masuk rukun Islam @ terang tentang solat lima waktu.. kita kena ajar mereka macam budak2 tadika sebab mereka memang betul-betul tak tahu tentang apa itu Islam sebenarnya.
- macam yang saya cakap tadi, start dengan persamaan.. lama-lama baru timbulkan perbezaan.
- kawal emosi, jangan marah.. jangan melenting..
- Cuba kalau tiba-tiba non-muslim tu baran n marah-marahkan anda, senjata paling utama ketika itu adalah senyum.. (sudah pastilah non-muslim itu akan bertambah marah kerana anda berupaya untuk tenang pada ketika itu)..
- berbahaslah dengan baik
“Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka, dan katakanlah, “Kami telah beriman dengan (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri”
( Surah Al-Ankabut, ayat 46)
-tidak bermakna kalau dalam perbahasan itu kita bertolak ansur, bererti kita kalah..
- dalam berbicara dengan non-muslim, kita ditegah daripada mencerca amalan mereka yang lain.
“ Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, kami jadikan setiap umat mengganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Al-An’am, ayat 108)
- Kita tidak perlu bersedih apabila bertemu dengan orang-orang yang degil sebab tugas kita hanyalah share tentang Islam..
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman”
( Surah Al-Baqarah, ayat 6)
- ada yang menyatakan alasan tidak mahu berdakwah kerana mereka tidak mahu menjaga urusan orang lain..
Okay, analoginya begini..
Contoh ; rumah anda dimasuki perompak.. perompak itu berusaha untuk merampas segala harta anda termasuk mencabul maruah isteri anda dan anak-anak anda.. pada masa yang sama, jiran-jiran anda melihat anda berada dalam keadaan terdesak dan kesusahan tetapi mereka tidak mahu menolong anda atas alasan tidak mahu menjadi busy bosy.. sudah pasti keesokaannya, anda akan bertanya dan memarahi mereka kerana tidak menolong anda..
Kita kena betulkan akidah mereka, bukannya busy body..
Tetapi sebab kita sayangkan merekalah, kita berdakwah..
Syurga tu luas bukan ?.. tak kan nak masuk sorang-sorang ?..
Mesti nak bawa ramai-ramai orang kan?
….. berDakwahlah dengan Perasaan seNang Hati…
…..kerna seTiap uJian akan menjadikan kita lebih baik…..
….dan percayalah, bila kita bekerja di Jalan Allah, Allah akan tolong kita…
ISLAM BUKAN HAK EKSKLUSIF… ISLAM UNTUK SEMUA !!
4 comments:
yes, from this moment.. dont be a muslim by chance, be by choice!
seolah-olah orang buta diberikan tongkat, orang pekak diberi alat bantuan pendengaran dan orang bisu diberi peluang untuk bercakap
aku memandang Islam dengan kaca mata berbeda.. lebih terbuka dari sebelumnya
I still remember the moment in Sabah..
while my friends ask many things about Islam. Then I just said "can you wait until tomorrow? I'm not really sure..."
its really work thirah...just say it if we don't know.
> litte daie
waa.. bagusnya !
moga terus tsabat di jalan-Nya
May Allah bless you
Post a Comment