Friday, February 26, 2010

mabit maulidur rasul

alhamdulillah.. semalam sampai pagi hari ni, dapat join satu program..

what we call as 'mabit maulidur rasul'..

rupanya banyak sirah nabi yang kita tak tau lagi..

n hanya sikit amalan sunnahnya yang kita ikuti, yang kita amalkan..

sedikit perkongsian yang aku dapat :

putera puteri Rasullullah s.a.w :
-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Fatimah
-Zainab
-Ruqayah
-Ummi Kalthum

Qasim mendapat gelaran Tayyib
Abdullah mendapat julukan Thahir

isteri isteri Rasullullah :
-Saidatina Khadijah
-Saidatina Aisyah
-Saidatina Sufiah
-Saidatina Juwairiah
-Saidatina Ummu Salamah
-Saidatina Hafsah
-Maria Al-Qibtia

peristiwa Hadis Ifki’ (tuduhan jahat).. melibatkan Saidatina Aisyah dan Sofwan bin al-Mu‘attal al-Sulami..Kejadian yang amat memedihkan ini berlaku sekembalinya Rasulullah SAW dari serangan yang dilakukan terhadap bani al-Mustaliq (المصطلق).., dan ketika Aisyah mencari rantainya yang telah hilang..

Ayat yang membebaskan Aisyah RA dari segala tuduhan yang tohmahan dan fitnah ke atasnya. Ia juga menjanjikan hukuman terhadap golongan yang menuduhnya.

Ini dapat kita baca sehingga ke hari ini di dalam surah An-Nur:
Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.[An-Nur: 11]. [Lihat: Tafsir Ibnu Kathir]

Demikianlah secara ringkas kisah fitnah yang dilemparkan ke atas keluarga Rasulullah SAW.Cuba kita bayangkan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh si munafiqin Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya.


Amalan Sunnah Rasulullah s.a.w (di mana setiap peserta perlu menyatakan satu sunnah Rasul yang mereka amalkan sebagai tanda cinta kpd Rasullullah s.a.w):

- bersugi
- sentiasa menyebarkan salam
- tidak berburuk sangka
- mendahulukan yang kanan daripada yang kiri dalam segala urusan
- nabi berhati-hati dalam perkataan dan perbuatannya,, even muamalat baginda dengan kaum musyrikin juga cukup baik di mana baginda menghormati mereka..
- sentiasa tersenyum (air muka yang manis)
- menjaga diet pemakanan
- istighfar 100 kali
- bangun malam
- solat dhuha
- membaca surah as-sajadah n surah al-mulk sebelum tidur
- mengiring ke kanan ketika tidur.

n banyak lagi sebenarnya Sunnah baginda yang ditinggalkan kepada kita .. dari baginda bangun pagi sehinggalah baginda tidur pada waktu malam..

kawan-kawanku sayang,
apa bukti kalian cintakan Rasulullah ??

adakah dengan berarak ketika maulidur rasul bagai nak rak ?
adakah sekadar happy sebab hari ini cuti umum?

apakah benar anda cintakan Rasulullah dengan sebenar-benar cinta ?

saat bibir menuturkan Rasulullah adalah idolaku, sebanyak mana Sunnahnya yang kita amalkan ?

mengapa manusia zaman kini menyandarkan cinta kepada manusia semata ?

seharusnya.. rasa cinta itu disandarkan kepada manusia paling agung di atas muka bumi ini yakni Rasulullah s.a.w...

kita mahu menjadi ummatnya yang terbaik
kita mahu mendapat syafaatnya di akhirat kelak
lantas, mengapa bibir berat untuk mengucapkan selawat ?
mengapa amalan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah?
mengapa hati tidak terkesan saat sirah baginda diceritakan dan diulang baca ?..

Kelebihan bersolawat

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar


• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan


• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.


• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka


• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

buffer n then play..


3 comments:

morsmode said...

farha likes this ;)

Amir said...

slmt mnyambut maulidur rasul..moga kite dikurniakan syafaat dri baginda di akhirat kelak insyallah~

Nurul Athirah said...

> matadore

he.. moga jadi pengjaran ye

> amir

ameen.. insha-Allah,
semoga nabi mengaku kita sebagai ummatnya..