Sunday, February 28, 2010

aku nak jadi kaya

Orang kata no money, no talk..

Bagi aku, aku nak jadi kaya..
Aku nak menyumbang ke jalan Tuhan

Aku tak nak jadi tangan yang di bawah..
Yang asyik meminta tanpa apa-apa usaha..

Aku mahu menjadi seperti Saidatina Khadijah,
Yang disaat hidupnya mampu untuk menyumbang demi Islam..

Aku mahu menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf,
Seorang jutawan yang dermawan..

Nyata angan kosong tanpa usaha tiada buahnya,
Aku perlu berusaha kearah itu..

Kekuatan Islam pada zaman dahulu pada ekonominya,
Tetapi lihat pada hari ini,
Ramai yang kufur pula yang memegang ekonomi dunia..

One of my lecturer’s ada cakap,

The Rich adalah orang yang mampu menanggung diri dan keluarga secukupnya..

The Richer adalah orang yang mempunyai sejumlah wang di dalam bank dan mungkin tersenarai dalam senarai jutawan dunia.. bukan yang harta zahirnya mewah tetapi semuanya loan atau simpanan dalam bank adalah sedikit..

The Richest adalah Allah subhanahu wa ta’ala.. Dia yang memiliki segala.. Yang menakluk langit dan bumi dan keseluruhannya.. Dia Pencipta Segala..

N tambahnya lagi.. the rich adalah orang yang banyak mengingati Allah disaat kesenangannya dan tidak menjadikan Tuhan ketika susah sahaja..

Yes, kita ummat yang sederhana..
Tapi ini x bermakna kita x boleh menjadi kaya..

Letaklah harta itu di tangan
Bukan di hati.. itulah kunci para sahabat terdahulu..

Lihat saja pada Jutawan Bukhari..
Orang yang mendapat tempat ke-8 dalam ranking jutawan Malaysia,
Dia sanggup menyalurkan wangnya untuk membentuk Yayasan Bukhari,
Membantu ummat Islam..
Bagus bukan ?

Bagi aku, aku nak jadi kaya..
Aku mahu membantu ummat ini..
Mungkin ini peluangku..
Belajar dalam bidang perakaunan dan perniagaan..

Mungkin,
Satu hari nanti,
Aku akan mempunyai kerjaya seperti Nabi iaitu berniaga..

Pasti anda pernah dengar bahawa 9 drpd 10 pintu rezeki adalah dengan perniagaan, bukan..

Malah,
Ayah ada cakap..
Perniagaanlah satu-satunya bidang
Yang kita boleh menjadi jutawan dalam satu hari
Ataupun muflis dalam satu hari juga.

Ada banyak cara untuk jadi kaya sebenarnya
- dengan simpanan
- dengan perniagaan
- dll

Buat akhirnya,
Untuk menjadi seorang yang kaya dan beriman..
Itu menuntut kepada usaha..

Ayuh remaja, jangan lalai dek rempitmu di jalanan..

Sedangkan usia belia inilah usia berharga,
Untuk memerah keringat belajar tak kira masa,
Kerjaya yang bakal kau gilap sinarnya..

Jangan jadikan usia remajamu ini,
Ruang hitam dalam diari kehidupanmu..

Majulah business untuk agama !!..

seKian~

No comments: