Sunday, February 28, 2010

Hadiah yang x disangka

Huhu.. da lama x update blog ni.. da macam abandon sket..huh
Bukannya sengaja ye, banyak keje lain lagi.. x sempat nak mengadap notebook ni ..
Blog yang lain2 pun x sempat nak baca…

Masuk sem 2 ni.. memanglah..
Tamhidi da nak abes.. bulan 4 ni..
Lepas tu, insya-Allah, bulan 8 masuk degree lak.. =)

Ok.. nak cerita pasal hadiah yang x disangka- sangka..
Hehe,, jangan salah sangka ye..
Bukan dari yang teristimewa la..

Hari tu, ada masuk pertandingan air minuman Yeo’s dalam satu majalah ni..
Saje je masuk sebab boring.. ahaha..
Beli majalah tu kat USIM..time bulan november lepas..

Bulan 1 hari tu,
Ummi ada call..
Dia cakap ada surat putih..
Tulis nama aku .. (aik, x kan dapat tawaran kolej swasta lagi ke??)

Alhamdulillah, tergerak hati ummi untuk buka surat tu..
Huhu.. rupanya aku salah seorang pemenang Yeo’s tu
N dia suruh datang kat pejabat Karangkraf, Shah Alam
Untuk mengambil hamper bernilai RM 100…

Haha.. lamanya nak kasi hadiah.. dari zaman tok kaduk tu..
Aku da x ingat pun pasal Yeo’s ni..
Just senyum sendiri je bila menang..
Ayah yang pergi ambil hadiah tu..huhu.. thanks, ayah.

Lagi satu pertandingan ni plak..
Ada dalam paper..
Pertandingannya macam ni..
Cari 8 perbezaan dalam 2 gambar..
You know what.. gambar phua chu kang plak tu..
Ngeee~

So.. aku main bulat-bulat je la..
Berbekalkan setem 30 sen ummi..
Ummi yang hantar surat tu..

Tetiba satu hari,
Terselit kat celah pagar aku,
Kad dari Sky Net..
Aku dapat parcel n kena amik kat pejabat pos..
Argh,, x de masa la..orang kat kampus tau x ?..
N then, orang pejabat tu kol aku..
Aku cakap hantar la parcel tu kat sek ummi.. hehe

Alhamdulillah,
Terpilih juga..
Dapat kotak makanan jenama SUPER bernilai RM 50..
Yee haa…

Ada lagi 2 penyertaan..
Tapi ni atas nama ummi..

Kira buat surat pembaca r..
Untuk majalah Impiana dgn majalah Anjung Seri..

So, pabila aku yang jiwang menulis.. haha
Alhamdulillah, dua-dua surat yang aku tulis n karang dengan ummi tu
Masuk dalam majalah Impiana dengan majalah Anjung seri..
Dua-dua majalah bulan februari..

Ummi siap kol aku lagi..
Nak cakap yang surat masuk.. hehehe
Best best..

Klu yang majalah Impiana tu,
X dapat apa2..
Just tayang nama je..
Okla tu en, nama ummi pun sedap..
Ala-ala nama kumpulan nasyid gitu – Raihan.. hehe

Lagi satu majalah lak.. Anjung Seri,
Alhamdulillah,
Setiap surat yang tersiar akan mendapat set cawan minuman Corel
Yang bernilai RM 400..
So.. ummi happy sangat.. =)

Alhamdulillah ..
Syukur Tuhan..
Atas kebahagiaan ini..

Well, satu cara utk merapatkan hubungan dengan ibu anda..
Masuk pertandingan sesama, okay !.. hehe

Sampai sinilah dulu..

seKian ~

aku nak jadi kaya

Orang kata no money, no talk..

Bagi aku, aku nak jadi kaya..
Aku nak menyumbang ke jalan Tuhan

Aku tak nak jadi tangan yang di bawah..
Yang asyik meminta tanpa apa-apa usaha..

Aku mahu menjadi seperti Saidatina Khadijah,
Yang disaat hidupnya mampu untuk menyumbang demi Islam..

Aku mahu menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf,
Seorang jutawan yang dermawan..

Nyata angan kosong tanpa usaha tiada buahnya,
Aku perlu berusaha kearah itu..

Kekuatan Islam pada zaman dahulu pada ekonominya,
Tetapi lihat pada hari ini,
Ramai yang kufur pula yang memegang ekonomi dunia..

One of my lecturer’s ada cakap,

The Rich adalah orang yang mampu menanggung diri dan keluarga secukupnya..

The Richer adalah orang yang mempunyai sejumlah wang di dalam bank dan mungkin tersenarai dalam senarai jutawan dunia.. bukan yang harta zahirnya mewah tetapi semuanya loan atau simpanan dalam bank adalah sedikit..

The Richest adalah Allah subhanahu wa ta’ala.. Dia yang memiliki segala.. Yang menakluk langit dan bumi dan keseluruhannya.. Dia Pencipta Segala..

N tambahnya lagi.. the rich adalah orang yang banyak mengingati Allah disaat kesenangannya dan tidak menjadikan Tuhan ketika susah sahaja..

Yes, kita ummat yang sederhana..
Tapi ini x bermakna kita x boleh menjadi kaya..

Letaklah harta itu di tangan
Bukan di hati.. itulah kunci para sahabat terdahulu..

Lihat saja pada Jutawan Bukhari..
Orang yang mendapat tempat ke-8 dalam ranking jutawan Malaysia,
Dia sanggup menyalurkan wangnya untuk membentuk Yayasan Bukhari,
Membantu ummat Islam..
Bagus bukan ?

Bagi aku, aku nak jadi kaya..
Aku mahu membantu ummat ini..
Mungkin ini peluangku..
Belajar dalam bidang perakaunan dan perniagaan..

Mungkin,
Satu hari nanti,
Aku akan mempunyai kerjaya seperti Nabi iaitu berniaga..

Pasti anda pernah dengar bahawa 9 drpd 10 pintu rezeki adalah dengan perniagaan, bukan..

Malah,
Ayah ada cakap..
Perniagaanlah satu-satunya bidang
Yang kita boleh menjadi jutawan dalam satu hari
Ataupun muflis dalam satu hari juga.

Ada banyak cara untuk jadi kaya sebenarnya
- dengan simpanan
- dengan perniagaan
- dll

Buat akhirnya,
Untuk menjadi seorang yang kaya dan beriman..
Itu menuntut kepada usaha..

Ayuh remaja, jangan lalai dek rempitmu di jalanan..

Sedangkan usia belia inilah usia berharga,
Untuk memerah keringat belajar tak kira masa,
Kerjaya yang bakal kau gilap sinarnya..

Jangan jadikan usia remajamu ini,
Ruang hitam dalam diari kehidupanmu..

Majulah business untuk agama !!..

seKian~

Friday, February 26, 2010

mabit maulidur rasul

alhamdulillah.. semalam sampai pagi hari ni, dapat join satu program..

what we call as 'mabit maulidur rasul'..

rupanya banyak sirah nabi yang kita tak tau lagi..

n hanya sikit amalan sunnahnya yang kita ikuti, yang kita amalkan..

sedikit perkongsian yang aku dapat :

putera puteri Rasullullah s.a.w :
-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Fatimah
-Zainab
-Ruqayah
-Ummi Kalthum

Qasim mendapat gelaran Tayyib
Abdullah mendapat julukan Thahir

isteri isteri Rasullullah :
-Saidatina Khadijah
-Saidatina Aisyah
-Saidatina Sufiah
-Saidatina Juwairiah
-Saidatina Ummu Salamah
-Saidatina Hafsah
-Maria Al-Qibtia

peristiwa Hadis Ifki’ (tuduhan jahat).. melibatkan Saidatina Aisyah dan Sofwan bin al-Mu‘attal al-Sulami..Kejadian yang amat memedihkan ini berlaku sekembalinya Rasulullah SAW dari serangan yang dilakukan terhadap bani al-Mustaliq (المصطلق).., dan ketika Aisyah mencari rantainya yang telah hilang..

Ayat yang membebaskan Aisyah RA dari segala tuduhan yang tohmahan dan fitnah ke atasnya. Ia juga menjanjikan hukuman terhadap golongan yang menuduhnya.

Ini dapat kita baca sehingga ke hari ini di dalam surah An-Nur:
Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.[An-Nur: 11]. [Lihat: Tafsir Ibnu Kathir]

Demikianlah secara ringkas kisah fitnah yang dilemparkan ke atas keluarga Rasulullah SAW.Cuba kita bayangkan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh si munafiqin Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya.


Amalan Sunnah Rasulullah s.a.w (di mana setiap peserta perlu menyatakan satu sunnah Rasul yang mereka amalkan sebagai tanda cinta kpd Rasullullah s.a.w):

- bersugi
- sentiasa menyebarkan salam
- tidak berburuk sangka
- mendahulukan yang kanan daripada yang kiri dalam segala urusan
- nabi berhati-hati dalam perkataan dan perbuatannya,, even muamalat baginda dengan kaum musyrikin juga cukup baik di mana baginda menghormati mereka..
- sentiasa tersenyum (air muka yang manis)
- menjaga diet pemakanan
- istighfar 100 kali
- bangun malam
- solat dhuha
- membaca surah as-sajadah n surah al-mulk sebelum tidur
- mengiring ke kanan ketika tidur.

n banyak lagi sebenarnya Sunnah baginda yang ditinggalkan kepada kita .. dari baginda bangun pagi sehinggalah baginda tidur pada waktu malam..

kawan-kawanku sayang,
apa bukti kalian cintakan Rasulullah ??

adakah dengan berarak ketika maulidur rasul bagai nak rak ?
adakah sekadar happy sebab hari ini cuti umum?

apakah benar anda cintakan Rasulullah dengan sebenar-benar cinta ?

saat bibir menuturkan Rasulullah adalah idolaku, sebanyak mana Sunnahnya yang kita amalkan ?

mengapa manusia zaman kini menyandarkan cinta kepada manusia semata ?

seharusnya.. rasa cinta itu disandarkan kepada manusia paling agung di atas muka bumi ini yakni Rasulullah s.a.w...

kita mahu menjadi ummatnya yang terbaik
kita mahu mendapat syafaatnya di akhirat kelak
lantas, mengapa bibir berat untuk mengucapkan selawat ?
mengapa amalan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah?
mengapa hati tidak terkesan saat sirah baginda diceritakan dan diulang baca ?..

Kelebihan bersolawat

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar


• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan


• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.


• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka


• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

buffer n then play..


Monday, February 22, 2010

budak jamban ?

ada sekali tu, jalan-jalan dengan intan..* dengan muka happy n smile on my face..


tiba-tiba, badan terdorong ke kanan..
rupa-rupanya intan yang menarikku..

"kenapa?" soalku kehairanan ..

"aku nampak budak jamban r kt sini" jawab intan.

" wait a sec, budak jamban ? apa makud ko? x baik r..erm... confuse aku tau " sambil keningku berkerut-kerut..

....n the story begin....

intan berlari-lari anak.. hajat perutnya perlu dilangsaikan... mukanya berseri-seri tatkala mata menyapa pintu tandas..usai melunaskan hajat... dia membuka pintu... terkejut bukan kepalang tetapi diri cuba berlgk tenang.. mengapa lelaki(intan pnggil budk jambn) yang menunggu di hadapan pintunya??

wait a sec !!

ini gents ? ...

bukan ladies ke ??

aku menggeleng-geleng kepala setelah mendengarkn ceritanya
sambil ketawa tertahan-tahan..



p/s : kawanku.. alertlah dengan simbol di muka pintu tndas.. hee hee =)

ouh..histeria?

baru-baru ni, sekolah ummi digemparkan dengan ramai pelajar2 yang histeria..
even non-muslim pun, ade yang terkena sekali..

ada yang kata jin2 tu marah,
coz pelajar2 tu buat benda2 y tak senonoh, merokok, x beradab dengan cikgu2..
ada pulak yang kata sebab ramai sangat pelajar2 yang belajar silat n ada ilmu2 luar..
???... aku tak tau nak kata apa..

5 tahun kat asrama..
alhamdulillah, benda2 macam tu x pernah kena dekat aku..
x pernah nak nampak kelibat2 apa2 ke.. Ya Allah, mintak jauh..

sebelum masuk asrama pun,
ada orang citer2, yang asrama ni semuanya berhantu..
aish,, x baik tau pengaruhi minda budak kecik !!..

orang cakap jangan berani sangat..
nanti jumpa..
jangan lemah semangat sangat2 plak..
nanti jumpa juga..

???.. aiyoyo

bukan takut.. tapi x berani..

kalau korang tetiba rasa meremang bulu roma ke..
ingat..
KITA TAKUT HANYA KEPADA ALLAH..

selawat banyak2..
jangan berhalusinasi n cakap bukan2..

lagi satu,
kalau masuk hutan ke,
mulut tu kena jaga..
bahaya.. takut2 kata2 yang memakan diri..


apa2 pun yang berlaku,
tetapkan iman kita kepada Allah Yang Esa
dan jauhilah daripada mensyirikkannya..

seKian

Saturday, February 13, 2010

contohi yang baik

assalamualaikum..

tetiba rasa rajin nak update blog kayu ni..hehe

selalu en, kita nak contohi siapa? i mean, orang yang korang jadikan inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup ? orang yang korang jadikan contoh tentang usaha mereka menghadapi ujian2 yang mendatang dalam hidup?

actually, tak kesa la sape pun korang nak ikut..
sama ada islam or non-muslim, selagi benda tu baik.. why not kita ikut?

bukan nak cakap kita ni baik atau orang barat tu semuanya salah..
kadang-kadang, apa yang mereka praktikkan dalam hidup tu lebih baik dari kita..

contoh:

- apa yang diorang makan .. lebih kepada sayur-sayuran dan makanan yang fresh2.. kurang berminyak.. so, benda ni dapat mengelakkan kita daripada dapat penyakit2 yang membahayakan kesihatan.. amalkan gaya hidup sihat !!

- misalannya, kalau ada orang2 tua, kanak2 ke yang nak lintas jalan.. terus diorang stop dan bagi mereka jalan dulu.. see?.. bukan nak kata orang kita jahat, tapi semuanya bergantung kepada sikap.. agak tak sedap bukan, bila negara dikatakan mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi minda kelas ketiga.. xxx??

- lagi satu, most of them.. once they get married, they will fight for their marriage until the last breath.. so, kalau korang kat sana,, mesti nampak orang tua2 jalan2.. holding hands.. kira cinta sampai akhir usia.. itulah namanya cinta sejati..sweet kan ? ~~ moreover, they always showing affections.. bukannya bila da kahwin, terus terbang pinggan mangkuk.. itu sangatttt tidak bagus.. noktah .

apa yang aku cakap bukan bermaksud kesemua mereka baik.. tidakkk (fahamkan ayat ini!)
tapi, kalau benda tu baik n datangkan manfaat untuk kita..
why not kita ikut ? as long as benda tu tak bertentangan dengan syariat dan menambahkan kebahagiaan dalam hidup..

life is good..
chill.. serenity.. keep smiling..

Friday, February 12, 2010

...?

after a long day..

i am thinking..
what the hell i am writing on this blog ?
i mean the contents were nonsense more than 30 %

maybe some of you gained nothing
rather than something from my blog..

sorry for that.. sorry for the inconvenience
i am really really really sorry.. :(

i think it's better for me to delete the nonsense one..

as one of my friend says,
'my blog is mine, take it or leave it'

please advice me when i am making mistakes or whatever..
well, people do mistakes right?

the most important part IS how we receive others' advice
and how to correct 'em..
(bak kata pepatah, takkan pisang berbuah dua kali) = bananas will never ______ twice..

Saidina Umar Al-Khattab said :
"the most intelligence man among you is those who can receive others' advice and give advice to people"

erm.. that's all.. i am home.. heyya homey =)

Wednesday, February 10, 2010

harapan ibu ayah

"Dalam hati ibu berkata : pergilah anakku.. belajarlah bersungguh-sungguh... jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.. kalau tidak, ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan ibu percaya penuh kepada kamu..kerana kamu anak ibu...sayang..."


"Dalam jiwa ayah berbisik : anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang bawa piala kemenangan anakku !!..."

maka, adakah patut kita menghampakan harapan mereka ??

cuma sekali

HIDUP CUMA SEKALI..
SO, KITA ENJOYYYY ??

betulkah pernyataan di atas ?..
ya, benar kita hidup cuma sekali di dunia..

kemudian kita akan dibangkitkan semula..
dihisab amalan.. dipertontonkan kepada semua makhluk
tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia
baikkah ia ? atau burukkah ia?
...bergantung pada amalan kita jua...

maka wajarkah kita untuk enjoy semata ?

lepak ar lu..sekarangkan muda lagi..
banyak masa lagi.. nanti tua kita taubat ar..


kalau tak sempat tua macam mana??
kalau esok lusa mati menjelma..
macam mana nak jawab soalan dalam kubur nanti?..

Astagfirullah al azim..

masa muda ni, manfaatkanlah sebaiknya
kerana ia tidak akan berulang kembali..

cuma satu janji yang pasti,
ahli-ahli syurga semuanya muda-muda belaka..

maka berusahalah untuk mendapatkan syurga-Nya..
yang bukan semua manusia dapat merasainya..


hidup ini adalah perjuangan..

jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu
untuk mendapatkan syurga...


janganlah kamu meninggalkannya..


kuasailah pelbagai bidang
di mana kamu dapat memakmurkan bumi..

hanya di tangan orang-orang soleh..


dunia ini akan menghentikan tangisannya

Monday, February 8, 2010

dear crystal

assalamualaikum..

esok da start mid-sem exam..
tabahkanlah hatiku..
walaupun dua hari je..
majoriti subjek 4 kredit..
semoga aku mampu dan tegar menghadapi paper di hari esok..

p/s : doakan kejayaan kita bersama.. syukran awi awi ..^_^

Wednesday, February 3, 2010

for the rest of my life..

this video was totally amazing..



somehow i felt ridiculous that i love this song

okay now.. don't give any comment for this post..

thanks.. peace no war

Monday, February 1, 2010

novel : plain jane

okay.. since balik rumah ni..
dapat satu simptom - update blog2 hari2 sebab kat kampus x sempat..

semalam,
ada baca satu novel ni..



Tajuk : Plain Jane
Tulisan : Nurul Syahida
Keluaran : Buku prima

cerita ni mengisahkan seorang perempuan, Situ Nurbalkis yang agak berisi...
hidup dengan tohmahan yang dia tak de boyfriend (perlu ke?..:P )
sebab rupa pun biasa2 je.. tapi ada sekumpulan girls ni yang macam berlagak dan guna Girls Power (haha..perasan la senang ckp)..asik kutuk Balkis..

kat tgh citer, dia berjumpa ngan seorang lelaki..nama Zaniel..
workholic, gaji RM 4 K (klu citer, apa2 bleh goreng en?), sukakan kesempurnaan (perfectionist ar kiranya), sanggup bekerja keras utk dapatkan apa yang dia nak..

cth : dia berjaya bangunkan balik syarikat ayahnya yang hampir muflis dan jatuh bankrupt..

sedaya upaya, Zaniel cuba mengubah Balkis.. Dari seekor itik hodoh jadi swan putih.. dari seorang yang berisi jadi seorang yang kurus sket.. dia paksa Balkis diet la n macam2 lagi.. baju pun dia belikan..semua standard KLCC..

Balkis pun da macam berubah.. arrogant bila cakap dengan bestfriend, dengan adik-beradik..dengan family..

maybe dia terikut gaya Zaniel tu..sampai satu masa, dia sedar.. kenapa Zaniel tak boleh nak hidup dengan cara dia sendiri? kenapa sampai semua benda nak kawal? kenapa tak terima dia seadanya ?

n then..ok as you know.. diorang break up.. (klu cintan cintun ni, wat sakit hati je..baik tak payahla aku nasihatkan korang)

you know what,
jodoh dia sebenarnya dengan Apis Milo..
cashier kat kedai makan..
nama hafizul, suka minum air milo kotak sahaja,
tapi sebenarnya ambil sarjana juga pada waktu malam..
seorang yang serasi la dengan Balkis ni..
terima dia seadanya..

ok habis citer ni..

ISTINBAT (hehe, cam buku sma lak)
- kita tak perlukan orang yang mahukan kita menjadi seperti apa yang mereka fikir.. sebab kalau nak ikut kata orang.. sampai bila2, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang..

- orang yang sayang kita, adalah orang yang menyayangi kita seadanya.. bukan yang mengharapkan kesempurnaan sangat sebab kita semua adalah manusia yang tidak sempurna..

- baca novel ni, sedikit sebanyak bagi impak kat cara aku berfikir.. kadang2, fikir lain dari orang lain.. fikir jauh ke hadapan.. nak buat apa2 keputusan, fikir masak2.. jangan men buat keputusan je..

- pengajaran yang paling best : kita tak perlukan seorang lelaki kaya yang handsome, ada segala-galanya tetapi tak menerima kita seadanya.. kita cuma perlukan seorang lelaki yang sederhana, yang memahami dan menerima kita seadanya..yang boleh berkongsi buah fikiran.. teman di kala senang dan susah (aku kalau masuk mood jiwang ni, da terbang di awang-awangan..haish)

p/s : i am not keen in marriage ek ! sapa cakap macam tu, memang aku cili mulut dia ..baca novel, satu cara utk release tension walaupun tak de la tension sangat.. hehe..

ok..tata..

campus' life

hidup sebagai seorang student di universiti memang busy..

SETUJU ATAU TIDAK ?.. itu pilihan anda

assignment bertimbun-timbun..
homework bukan sekadar satu subjek..
mana nak kejar dengan quiz lagi..

memang busy..
tidur sampai lewat malam..
kadang-kadang, sampai tak kisah pun pasal makan..
hidup semua macam semata-mata untuk belajar..

seorang pensyarah ni ada cakap :
kita kena pandai bahagikan masa kat universiti je,
kira masa study dengan bermain tu kena la seimbangkan..

60 % - masa belajar
40 % - masa enjoy dgn kawan2..

tapi aku cam terlebih je..

80 % - belajar
20 % - main2,,, ngeh2

tapi aku enjoy gak hidup ni..

aku gi shopping gak kat terminal one, nilai..
pergi jalan2 kat giant ngan kawan2..
pergi seremban parade.. (jauh nuh, sampai naik ktm)
pergi port dickson..
punya la pergi berjalan ..

still diorang akan kata..

'aku budak study'
'for sure, kerja semua siap kan'
'alah quiz ni, mesti ko boleh score en?..'

optimis sungguh..
okay..
aku mengaku la..
aku tak boleh tidur kalau :
- kerja tak siap
- belum study apa2 lagi..

tapi pernah je tidur terus n x study pape pun..

aku tak nak orang pandang tinggi sangat kat aku..
aku budak biasa,,
sekali lagi.. aku cakap
AKU BUDAK BIASA..
sama je macam korang..dengan orang lain..
janganla pandang ke belakang..

masa depan belum tahu lagi..
banyak lagi yang belum aku capai..
expectation yang terlalu tinggi sampai kadang2 aku rasa rimas,,

even aku x siap kerja n beria2 ckp y aku tak siap..
diorang still akan menidakkannya..
aduhai kawan!!!

aku bukanlah sebuah robot..
yang bisa melakukan kerja tanpa henti..
aku manusia biasa..
ya, cuma manusia biasa..

persamaanku dengan robot ?..
kedua-dua kami ada jangka hayat dan suatu hari nanti..
akan rosak dan mati jua akhirnya..

....................................................................

kadang-kadang..
aku terpikir..
kenapala kita semua nak berlakon busy..?

busy nak belajar..
busy nak kerja...
busy nak kaya..
busy nak kahwin..
busy nak beli rumah baru, kereta baru..

tapi bila dengar seruan azan
"alah, nanti la dulu..
.......bila cerita ni abis
.......bila aku menang game ni
...... bila-bila laa..

Ya Allah, dengan Tuhan pun boleh bertangguh ?..

kenapa kita tak..
busy kan diri kita ingat Tuhan..
cuba busy untuk bangun qiam..
busy dengan program2..
busy dengan usrah..
busy dengan pengisian2 ilmiah..

siapa kita ?
kita hanyalah hamba..
yang ditugaskan untuk beribadah kepada-Nya..

apa yang kita boleh lakukan ?
ya, kita boleh berubah ..

bahtera perubahan itu..
kitalah kelasinya..
dan keputusan itu terletak di tangan kita..

Ayuhlah khalifah !,..Ayuh bangkit dari lenamu!!

p/s : post ditujukan khas kepada diri penulis yang sering terlupa.. astaghfirullah al azim.