Saturday, September 12, 2009

Palestina

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, saya didedahkan dengan pelbagai video-video tentang Palestina..

dan pada malam ini, saya berpeluang untuk mendengar untuk penerangan dan pendedahan tentang keadaan sebenar oleh wakil dari Palestin sendiri. Beliau ditemani oleh seorang penterjemah dari Indonesia.

pada awalnya, kami didedahkan dengan satu video tentang taktik-taktik yang para mujahidin gunakan untuk menentang kaum Yahudi.

Wakil Palestin itu menyampaikan ucapan terima kasih pejuang Hamas kepada rakyat Malaysia atas demonstrasi-demonstrasi yang dilakukan kerana membantah tindakan kejam Israel kepada rakyat Palestin.

katanya lagi,
saudara-saudaraku yang kusayangi kerana Allah..kita semua adalah bersaudara atas jalinan ikatan persaudaraan Islamiyah..

palestin bumi kita..tanah wakaf orang muslimin..adalah diwajibkan bagi kita untuk mempertahankan bumi Palestina ini..

Palestin adalah kiblat pertama umat Islam sebelum arahnya ditukar menghadap Kaabah.

Palestin juga adalah tempat di mana berlakunya mikraj Nabi Muhammad s.a.w iaitu perjalanan nabi ke langit dunia dan terus ke Sidraul-Muntaha.

Saudaraku,
para mujahidin di palestin kesemuanya mengimpikan syahid..mereka yakin apabila mereka syahid, mereka akan terus dimasukkan ke syurga, Jannah yang dijanjikan oleh Allah..

berbeza dengan kaum Yahudi yang takutkan mati..dan mereka pasti akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam..

Israel mahu menjajah kota Palestin dengan beberapa tujuan :
1) mereka ingin memusnahkan Al-Aqsa dan Palestin.
2) mereka ingin membunuh semua pemimpin-pemimpin Islam di Palestin.
3) mereka ingin memyelamatkan beberapa askar-askar Yahudi yang menjadi tawanan Hamas.

dan banyak lagi hidden agenda mereka..

wahai saudara-saudaraku,
pemimpin Hamas iaitu Syeikh Hasan Yusuf juga hidup sama seperti rakyat Palestin yang lain..Beliau bukannya hidup di dalam rumah yang mewah.. beliau hidup sama seperti rakyat biasa..hidup melata-lata dan berjuang menyelamatkan diri dan mempertahankan bumi Palestina..

sejak bekalan makanan untuk masuk ke dalam Palestin terutama Ghaza dihalang, para muslimin telah membina terowong di bawah kota Ghaza.

pada zahirnya, kita melihat kota Ghaza di atas tanah tetapi wujud juga sebuah kota dibawah tanah.. terowong ini digunakan untuk menyalurkan sumber makanan kepada rakyat Palestin..

daripada 10 kaki, kini para muslimin telah membina terowong sedalam 60 kaki di bawah bumi Ghaza.

Allahu Akbar..
sungguh hebat penderitaan mereka..
sungguh hebat juga pengorbanan mereka..

untuk pengetahuan kalian, dalam masa 2 bulan pada tahun lepas, Hamas berjaya melahirkan 5,000 hafiz dan hafizah di bumi Palestin..

dan pada tahun ini, dalam masa dua bulan juga, mereka telah berjaya melahirkan 15,000 huffaz dan majoriti adalah daripada golongan muslimah..

Saudaraku,
para mujahidin yang berada di barisan depan adalah mereka yang terpilih. Mereka adalah golongan yang telah ditarbiyah dengan Al-Quran dan Hadith Rasullullah.. Mereka yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akhirnya pasti milik ummat Islam..

malah, mereka menyatakan bahawa para mujahidin telah merasai kemenangan berpihak kepada mereka..ketika 23 hari berperang dengan Israel, para mujahidin berjaya untuk menghalang tentera-tentera Israel daripada menceroboh bumi Ghaza..

Cuba anda bayangkan, bilangan penduduk di Palestin adalah seramai 1,500,000 orang dan tentera Israel telah menjatuhkan bom-bom di bumi Palestin sebanyak 1,500,000 lebih ketika 23 hari serangan ke atas Palestina. jika kita dapat lihat disini, nisbah seorang rakyat Palestin dengan sebutir bom dari pihak Israel.

Tetapi, Allah Maha Berkuasa. bilangan yang syahid pada ketika itu hanyalah seramai 1,500 orang. Sungguh, orang-orang yang syahid di jalan Allah adalah orang-orang yang terpilih..

wakil Palestin itu mengakhiri ucapannya dengan menyampaikan pesanan para muslimah di Palestin kepada para muslimah di Malaysia khususnya dan kepada seluruh ummat Islam khasnya. Dengarkan :

"kami telah mengorbankan nyawa-nyawa kami di jalan Allah. Kami telah memberi anak-anak kami, kami telah memberi suami-suami kami untuk mempertahankan Al-Quds ini..kami telah memberi semua perhiasan kami demi bumi Palestina ini..

dan kini, kami berhak untuk bertanya kepada kamu.. apakah tanggungjawab kamu?...apakah yang telah kamu lakukan untuk mempertahankan bumi Palestina ini?..sediakanlah jawapannya wahai saudaraku..kerana kelak nanti, kau pasti akan disoal oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak..Ingatlah pesanku ini wahai saudaraku"



* * * * * *

setiap kali aku menonton video-video tentang Palestina ..aku pasti akan mengalirkan air mata..
ya, benar aku merasa kasihan melihat mereka yang terpaksa menanggung penderitaan bersendirian..mereka tidak lagi memohon pertolongan kepada ummat Islam yang lain..kerana apa?..kerana sudah lama mereka mengharap bantuan tentera-tentera Muslim dari negara lain..tetapi tidak dilayan, tiada respond dan tiada bantuan..

benarlah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud...bilangan ummat Islam pada akhir zaman adalah ramai tetapi mereka seperti buih-buih di lautan..ini kerana ada sifat Wahn di dalam hati mereka..wahn itulah cintakan dunia dan takutkan mati..

argh..aku menangis bukan hanya sebab itu tetapi...mengenang ketidakupayaan diri untuk membantu saudara-saudaraku sendiri di bumi Palestina..layakkah aku digelar saudara mereka?.. adakah airmata yang mengalir ini berhasil untuk memadamkan penderitaan mereka?..sudah pasti tidak mampu bukan?

acapkali kita mempersoalkan..bilakah semua ini akan berakhir?..

tetapi kita x pernah memikirkan cara dan usaha untuk membantu mereka..so, apa yang kita boleh buat?..

1) Doakan kejayaan para mujahidin
2) Berikan bantuan dari segi kewangan, pakaian dan ubat-ubatan
3) Boikot barangan Israel
4) Sebarkan cerita ini kepada Muslim yang lain agar mereka juga turut prihatin dengan apa yang berlaku dengan saudar-saudara kita di Palestin

ao, what you are waiting for my friends,? Save our Palestina..

Takbir...Allahu Akbar (3x)


@>--~----

10 comments:

khaliesahkamal said...

Atie!
kte bru abes bce bku tntg kesa pjuang2 kat sne..
yg wanita pun rmai jgk..
sume xtkut mati ntk pjuangan..

Allahumman shuril islaam...

HalfBloodPrince said...

nice post..

SyAKir uZaiR said...

pemimpin palestin sibuk pk strategi..
pemimpin kte sibuk pk kontrak la..nk halg hudud la..

palestina sibuk lwn yahudi..
yang kte kat cni sibuk lwn ngn diri sndiri..

sdeyh..

marah..

seorg shbat ana kat DQ ade ckp..
yang yahudi lwn skank ni sumenye tentera pgkat rndah..
tentera utama sume kat tgh2 kota Gaza..
2 pon dorg x leh nk lpas..
kemenangn itu mmg milik islam,insyaAllah:)

matadore said...

kak athirah
salam. :)


kalau Allah tanya kita dah buat apa sumbangan kepada mereka,
bantu mereka,

apa kita nak jawab ?

ISK.
membayangkan nanti ada budak kecik dari Palestin mempersoalkan tanggungjawab kita di akhirat.

aeisyulillah said...

"kami telah mengorbankan nyawa-nyawa kami di jalan Allah. Kami telah memberi anak-anak kami, kami telah memberi suami-suami kami untuk mempertahankan Al-Quds ini..kami telah memberi semua perhiasan kami demi bumi Palestina ini..

dan kini, kami berhak untuk bertanya kepada kamu.. apakah tanggungjawab kamu?...apakah yang telah kamu lakukan untuk mempertahankan bumi Palestina ini?..sediakanlah jawapannya wahai saudaraku..kerana kelak nanti, kau pasti akan disoal oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak..Ingatlah pesanku ini wahai saudaraku"

menggigil bace post nih..

ari tuh ada bekas imam besar mesjidil aqsa ziarah masjid rumah ana..

de cerita, kanak-kanak kat palestin mmg sibuk hafal quran..
remaja sibuk memperkuatkan diri..
ibu2 sibuk mendidik anak-anak agar sedia dengan perkara di atas. MasyaAllah...

Athirah said...

> khaliesah

semoga Allah memudahkan para mujahidin dan mencampakkan rasa tenang di dalam hati mereka..

janji Allah itu benar,
Qiamat itu benar,
Al-Quds milik kita adalah benar..

sesungguhnya..
kemenangan itu telah hampir dengan kita..

yakinlah dgn Janji Allah !!

Athirah said...

> halfbloodprince

nice post?..ek?..syukran2..

semoga kita dapat mengambil khibrah yakni pengajaran daripadanya..

Islam is the way to paradise :>

Athirah said...

> syakir

hmm..ya, berbeza benar keadaan pemimpin di negara Palestin dan negara kita sendiri..

mereka kurang kesedaran mungkin?
atau buat-buat x nampak penderitaan ummat Islam di Palestin gara-gara ingin menjaga hubungan dengan negara Barat?..

Ingat, kita adalah ummat Islam dan memang tanggungjawab kita..

TANGGUNGJAWAB KITA untuk membantu mereka..

dan pasti, kita akan dipersoalkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, Allah..

Sudahkah Anda semua bersedia??

Athirah said...

> matadore

kita x boleh duduk diam..kita x boleh tutup mata..

kita kena bangkit..kerahkan segala usaha untuk membantu saudara kita di sana..

mungkin kita x mampu untuk terbang dan berjuang di sana tetapi kita ada wadah lain untuk bantu mereka..

boikot produk-produk Israel..

setiap kali anda membeli barangan mereka seolah-olah anda menempah sebutir peluru untuk membunuh saudara anda sendiri.. Nauzubillah min zalik..

Athirah said...

> aesyulillah

aku lagi menggigil time nak taip post ni and time nak susun ayat sampai pukul 2 pagi..

tapi adakah sekadar menggigil itu cukup?..x kan..

bersyukurlah, ko ada perasaan dan rasa prihatin terhadap saudara-saudara kita di sana..

semoga keprihatinan kita ini bukan hanya di meniti di bibir-bibir kalian tetapi ditonjolkan dengan amalan skali..

peringatan untuk penulis juga..