Sunday, September 13, 2009

anda pilih

hidup ni satu pilihan kan?..kita boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu atau tak..it depends on us, rite?

so, kat sini..aku nak ajak anda semua sama2 berfikir tentang 3 situasi..

1) mencari vs menunggu..

well, kita boleh lihat situasi ni dari sudut mencari ilmu..sama ada ilmu2 duniawi mahupun ilmu2 ukhrawi..

mencari ilmu tu lebih manis kerana perjalanannya berliku..berbanding dengan kita menunggu (ibarat menunggu bulan jatuh ke riba je)..x kan dapat apa2..klu dapat pun, benda tu akan sampai lambat n kita akan kurang appreciate ilmu tu..sangat berbeza kalau sesuatu ilmu tu kita cari dan kita kejar sendiri..

let assume, kita akan mengadakan usrah o ifthar jamaie' pada hari2 biasa..meaning bukan waktu weekend..benda2 mcm ni memang mencabar kita coz sekarang kita da ada kat universiti..

so, bila assignment banyak..bila kerja tutorial bertimbun..and bila ada orang tanya "Nak x join usrah malam ni??"..

sebenarnya Allah nak uji kita semua..adakah kita sanggup untuk mengorbankan masa kita walaupun hanya 30 minit untuk-Nya?..

kak nor (my lovely kakak usrah) ada cakap.."kita kena selalu luangkan masa untuk Allah, so Allah akan luangkan masa untuk kita..Allah akan bantu kita"..rasa tenang je bila dengar orang cakap macam tu kan?..

tapi memang betul..percayalah..bila kita sanggup mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..kita sebenarnya beroleh 2 manfaat..1 di dunia dan 1 di akhirat..

Allah ada berfirman dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.
"maka sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan".

then, kita semua kena yakin dengan pertolongan Allah..maknanya 100-100 percaya
bukannya zhon..80-20
ataupun was-was..50-50
ataupun syak..20-80

Fikirkan..

2) menjadi vs mencari..

selalu kita dengar..orang-orang cakap macam ni:

"weh, aku en..bila nak kahwin nanti, aku nak cari yang baik-baik, yang pakai tudung" or
"aku en nnti nak suami yang soleh..yang akhlaknya baik..mencontohi akhlak Nabi"

tapi kita x pernah fikir untuk menjadi..

meaning..
menjadi yang baik-baik..
menjadi yang soleh o solehah..

kenapa kita x mula dulu?..kenapa nak cari-cari?

sedangkan Allah telah berfirman dlm Al-Quran yang bermaksud:
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

ya..seringkali kita mendengar kalam Allah ini meniti di bibir-bibir orang luar sana (termasuk aku sendiri) ..tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadap ayat ini?..

fikirkan..

3) mencari vs dicari..

dan akhirnya..bila kita menjadi seperti apa yang Allah kehendaki..seperti yang manusia cari..

kelak kita yang akan dicari..

sekali lagi, fikirkan..




@)--~---

2 comments:

Anonymous said...

wa... bgusnyer..

stuju2

Nurul Athirah said...

erm..saya angkat tangan je...
he..setuju2