Saturday, September 26, 2009

memory raya

salam semua..

since ramai blogger y post pasal raya.. aku rasa terpanggil utk post raya juga la..

tapi, x kan sama macam korang punya..lain sangat..


as usual, raya mesti la balik kelantan..hehe
rumah ummi ngan ayah, both kat sana..

nama je org kelantan tapi x reti kecek kelate laa..
tapi ak paham sume tau..jgn men2..

ari jumaat lepas, family aku bertolak laa ke kelantan..
guess what, kereta ayah break down kat gua musang..

mujur, ada 2 manusia prihatin yang sanggup memberhentikan kereta dan bertanyakan keadaan kami..

ayah pun call la lori suro tarik kereta tu..lama tau tunggu lori tu datang..
ada la dalam sejam lebih..actually, ummi bergilir ngan ayah bawak keta sampai tak sedar temperature da paras paling tinggi..

tunggu punya tunggu...alhamdulillah, lori pun sampai..

ni first time tau, aku n adek2 aku duk dalam kereta y ditarik oleh lori..kelakar betul..hehe..pengalaman x leh dibeli ni..sampai senget2 badan kitorang..

tiap2 raya mesti balik umah belah ayah dulu - pasir puteh nama tempat de..tapi taun ni kitorang raya balik pasir mas..belah ummi coz lori tu tarik sampai pasir mas..

raya mesti la gembira kan??..,jumpa family y ramai2..sepupu y comel2 belaka..
letih la jaga baby2 tu..ade ke patut baby tu muntah kat tudung aku..waa, tu tudung baru pakai tau..x pe2..nasib baikla comey2..hee

pastu singgah kat rumah Ayah Na.. datang umah tu segan la... de ada 6 anak laki 1 anak pom..sume da besar2..dulu2 memangla selalu datang n main ngan anak2 de..tapi skg masing2 da besar..rasa malu sangat..even klu kitorang tgk tv, sume diam je..biar tv yg bercakap sorang2..haha

raya ni, sume umah nak wat umah terbuka en..so, aku try la makan sume..tapi amik kuantiti sket2 je...tapi sebab makan campur2 en..aku muntah sampai 3 kali..kak ngah pun sama..sepupu aku y len pun muntah jugak..salah makan agaknya..

Cik Po (my auntie) cakap kat aku.."Ramadhan ni sebenarnya untuk membersihkan perut kita".. masa tu barulah sedar sket kenapa asik muntah2 sampai lembik badan..masa Ramadhan kan x makan banyak, so bila raya ni makan macam2..badan x bleh terima kot..

sume bdk2 sampai demam2, termasukla aku.. wat pertama kalinya aku rasa bertanggungjwab kat diri sendiri.. well, aku wat air asam jawa then sapu atas kepala..kira bertanggungjwab ar tu en.. klu nak ikutkan, sebelum ni - asek suro orang tolong belikan ubat je..kira da matang sket la kot..harap2nye cam tu la..hehe

hari ni da balik kat umah balik..u know what?..aku x baca satu ape n minggu depan banyak giler test..waa..ti kena stay up la jawabnya..dugaan dugaan..doakan ye..semoga aku sihat..Ameen

buat akhirnya..
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..
diri ini seringkali khilaf..
maafkanla klu ada y terasa..

seKian

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

nothing to say

i have upload a video using youtube..this is my first time..really excited..hee

it just because of you..because we are the youngsters, the next generation for the future..

okay, before watch this video, you have to read basmalah..smile..think deeply what i am gonna to share with you..

let the video talk on behalf of me..miao?



then, how do you feel?

the biggest appreciation to :

recently, i miss my school so much..no, i mean my ex-schools..

so, now..i want to list out all of my schools..

1) Tadika Islam, Gombak (5 - 6 tahun)

2) SRK Taman Selayang 1, Gombak (darjah 1 -5)

3) SRA Al-Humaira', Gombak (darjah 1-5)

4) SRK Bandar Tasik Puteri, Rawang (darjah 6)

5) SRA Integrasi As-Siddiqin, Rawang (darjah 6)

6) SAM Sungai Merab Luar, Bangi (ting. 1)

7) SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (ting. 2-3)

8) SAM Bestari, Usj (ting. 4-5)

it quite long, right?

Anyways, i got a lot of friends..well, of course..they came with difference background and personalities..

Alhamdulillah, this give me a lot of opportunities..

can u imagine how many people I recognize in Usim..
let's check it out !!

1) Syikin (my old besties..guess what, when I enter Usim.. I was so surprise that I met her because she was my old best friend when I was in secondary 3 until 5..and for your info, I had lost contact with her for almost 5 years.. I really love her..Thanks God.. I found her)

2) Nabila Hanis (my neighbour..nothing to say..but she was very nice girlz)

3) Mahfuzah (my old best friend too..since I have slept in her house when I was in Form 1, so it make me get close with her until now =)..and her family know me..even her bro..err, anything wrong with that?..hehe)

4)Kak Aisyah (she was my room-mate at SAM BBST..and now, she was taking Fiqh Fatwa at degree level, really respect her..huu)

5)Kak Syafiqah (hmm..at first i don't recognize her, it was too long-5 years..she was my senior when i was in form 1..but she recognize me very well, even my name too..ohh, really ashamed with her at that time T_T )

6) Kak Zeta (she was my senior when I was in form 2..now, she was taking Pengajian Al-Quran dan Hadith..she really cute, trust me !..wee)

7) Kak Amanina (urm..she also my senior..her face was same with our math teacher, oh..miss.... forgot her name already...so sorry)

8) Halimatun Saadiah (my old friend when I was in Form 1-3..I really really jealous with her..you know what..she always slept during classes..mostly during math..but she manage to score 100 most of the time..well, if you want to compare with me, I have to study smart + hard..then, it will be equal with her result..and now, she was taking Tamhidi Perakaunan and Muamalat too..Same with me.. :D )

9) Nurul (actually I forget her real name..that was one of my weaknesses- always forget people's name but seriously I recognize her face, okay.. I met her at my driving school..haha..)

10) Siti Syazni (knowing her - funny, I think.. I am so surprise when I met her..you know why, at first..I know her through friendster at the end of 2008..then, we continue our friendship through blogspot..and now we met each other at Usim..lucky me, she was not a guy *blushing already*..fuhh)

ok..now..I want to share with you a video..
actually, I want to dedicate this thing to all my teachers especially to SAmBesT's teachers..just enjoy it, okay!)



hmm..kinda sad when watching this video..but if they add pictures.. i am sure i will sobbing.. T_T..

at last.. THANK YOU, TEACHERS..YOU ARE ALWAYS IN MY HEART..

Sunday, September 13, 2009

anda pilih

hidup ni satu pilihan kan?..kita boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu atau tak..it depends on us, rite?

so, kat sini..aku nak ajak anda semua sama2 berfikir tentang 3 situasi..

1) mencari vs menunggu..

well, kita boleh lihat situasi ni dari sudut mencari ilmu..sama ada ilmu2 duniawi mahupun ilmu2 ukhrawi..

mencari ilmu tu lebih manis kerana perjalanannya berliku..berbanding dengan kita menunggu (ibarat menunggu bulan jatuh ke riba je)..x kan dapat apa2..klu dapat pun, benda tu akan sampai lambat n kita akan kurang appreciate ilmu tu..sangat berbeza kalau sesuatu ilmu tu kita cari dan kita kejar sendiri..

let assume, kita akan mengadakan usrah o ifthar jamaie' pada hari2 biasa..meaning bukan waktu weekend..benda2 mcm ni memang mencabar kita coz sekarang kita da ada kat universiti..

so, bila assignment banyak..bila kerja tutorial bertimbun..and bila ada orang tanya "Nak x join usrah malam ni??"..

sebenarnya Allah nak uji kita semua..adakah kita sanggup untuk mengorbankan masa kita walaupun hanya 30 minit untuk-Nya?..

kak nor (my lovely kakak usrah) ada cakap.."kita kena selalu luangkan masa untuk Allah, so Allah akan luangkan masa untuk kita..Allah akan bantu kita"..rasa tenang je bila dengar orang cakap macam tu kan?..

tapi memang betul..percayalah..bila kita sanggup mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..kita sebenarnya beroleh 2 manfaat..1 di dunia dan 1 di akhirat..

Allah ada berfirman dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.
"maka sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan".

then, kita semua kena yakin dengan pertolongan Allah..maknanya 100-100 percaya
bukannya zhon..80-20
ataupun was-was..50-50
ataupun syak..20-80

Fikirkan..

2) menjadi vs mencari..

selalu kita dengar..orang-orang cakap macam ni:

"weh, aku en..bila nak kahwin nanti, aku nak cari yang baik-baik, yang pakai tudung" or
"aku en nnti nak suami yang soleh..yang akhlaknya baik..mencontohi akhlak Nabi"

tapi kita x pernah fikir untuk menjadi..

meaning..
menjadi yang baik-baik..
menjadi yang soleh o solehah..

kenapa kita x mula dulu?..kenapa nak cari-cari?

sedangkan Allah telah berfirman dlm Al-Quran yang bermaksud:
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

ya..seringkali kita mendengar kalam Allah ini meniti di bibir-bibir orang luar sana (termasuk aku sendiri) ..tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadap ayat ini?..

fikirkan..

3) mencari vs dicari..

dan akhirnya..bila kita menjadi seperti apa yang Allah kehendaki..seperti yang manusia cari..

kelak kita yang akan dicari..

sekali lagi, fikirkan..




@)--~---

Saturday, September 12, 2009

Palestina

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, saya didedahkan dengan pelbagai video-video tentang Palestina..

dan pada malam ini, saya berpeluang untuk mendengar untuk penerangan dan pendedahan tentang keadaan sebenar oleh wakil dari Palestin sendiri. Beliau ditemani oleh seorang penterjemah dari Indonesia.

pada awalnya, kami didedahkan dengan satu video tentang taktik-taktik yang para mujahidin gunakan untuk menentang kaum Yahudi.

Wakil Palestin itu menyampaikan ucapan terima kasih pejuang Hamas kepada rakyat Malaysia atas demonstrasi-demonstrasi yang dilakukan kerana membantah tindakan kejam Israel kepada rakyat Palestin.

katanya lagi,
saudara-saudaraku yang kusayangi kerana Allah..kita semua adalah bersaudara atas jalinan ikatan persaudaraan Islamiyah..

palestin bumi kita..tanah wakaf orang muslimin..adalah diwajibkan bagi kita untuk mempertahankan bumi Palestina ini..

Palestin adalah kiblat pertama umat Islam sebelum arahnya ditukar menghadap Kaabah.

Palestin juga adalah tempat di mana berlakunya mikraj Nabi Muhammad s.a.w iaitu perjalanan nabi ke langit dunia dan terus ke Sidraul-Muntaha.

Saudaraku,
para mujahidin di palestin kesemuanya mengimpikan syahid..mereka yakin apabila mereka syahid, mereka akan terus dimasukkan ke syurga, Jannah yang dijanjikan oleh Allah..

berbeza dengan kaum Yahudi yang takutkan mati..dan mereka pasti akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam..

Israel mahu menjajah kota Palestin dengan beberapa tujuan :
1) mereka ingin memusnahkan Al-Aqsa dan Palestin.
2) mereka ingin membunuh semua pemimpin-pemimpin Islam di Palestin.
3) mereka ingin memyelamatkan beberapa askar-askar Yahudi yang menjadi tawanan Hamas.

dan banyak lagi hidden agenda mereka..

wahai saudara-saudaraku,
pemimpin Hamas iaitu Syeikh Hasan Yusuf juga hidup sama seperti rakyat Palestin yang lain..Beliau bukannya hidup di dalam rumah yang mewah.. beliau hidup sama seperti rakyat biasa..hidup melata-lata dan berjuang menyelamatkan diri dan mempertahankan bumi Palestina..

sejak bekalan makanan untuk masuk ke dalam Palestin terutama Ghaza dihalang, para muslimin telah membina terowong di bawah kota Ghaza.

pada zahirnya, kita melihat kota Ghaza di atas tanah tetapi wujud juga sebuah kota dibawah tanah.. terowong ini digunakan untuk menyalurkan sumber makanan kepada rakyat Palestin..

daripada 10 kaki, kini para muslimin telah membina terowong sedalam 60 kaki di bawah bumi Ghaza.

Allahu Akbar..
sungguh hebat penderitaan mereka..
sungguh hebat juga pengorbanan mereka..

untuk pengetahuan kalian, dalam masa 2 bulan pada tahun lepas, Hamas berjaya melahirkan 5,000 hafiz dan hafizah di bumi Palestin..

dan pada tahun ini, dalam masa dua bulan juga, mereka telah berjaya melahirkan 15,000 huffaz dan majoriti adalah daripada golongan muslimah..

Saudaraku,
para mujahidin yang berada di barisan depan adalah mereka yang terpilih. Mereka adalah golongan yang telah ditarbiyah dengan Al-Quran dan Hadith Rasullullah.. Mereka yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akhirnya pasti milik ummat Islam..

malah, mereka menyatakan bahawa para mujahidin telah merasai kemenangan berpihak kepada mereka..ketika 23 hari berperang dengan Israel, para mujahidin berjaya untuk menghalang tentera-tentera Israel daripada menceroboh bumi Ghaza..

Cuba anda bayangkan, bilangan penduduk di Palestin adalah seramai 1,500,000 orang dan tentera Israel telah menjatuhkan bom-bom di bumi Palestin sebanyak 1,500,000 lebih ketika 23 hari serangan ke atas Palestina. jika kita dapat lihat disini, nisbah seorang rakyat Palestin dengan sebutir bom dari pihak Israel.

Tetapi, Allah Maha Berkuasa. bilangan yang syahid pada ketika itu hanyalah seramai 1,500 orang. Sungguh, orang-orang yang syahid di jalan Allah adalah orang-orang yang terpilih..

wakil Palestin itu mengakhiri ucapannya dengan menyampaikan pesanan para muslimah di Palestin kepada para muslimah di Malaysia khususnya dan kepada seluruh ummat Islam khasnya. Dengarkan :

"kami telah mengorbankan nyawa-nyawa kami di jalan Allah. Kami telah memberi anak-anak kami, kami telah memberi suami-suami kami untuk mempertahankan Al-Quds ini..kami telah memberi semua perhiasan kami demi bumi Palestina ini..

dan kini, kami berhak untuk bertanya kepada kamu.. apakah tanggungjawab kamu?...apakah yang telah kamu lakukan untuk mempertahankan bumi Palestina ini?..sediakanlah jawapannya wahai saudaraku..kerana kelak nanti, kau pasti akan disoal oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak..Ingatlah pesanku ini wahai saudaraku"



* * * * * *

setiap kali aku menonton video-video tentang Palestina ..aku pasti akan mengalirkan air mata..
ya, benar aku merasa kasihan melihat mereka yang terpaksa menanggung penderitaan bersendirian..mereka tidak lagi memohon pertolongan kepada ummat Islam yang lain..kerana apa?..kerana sudah lama mereka mengharap bantuan tentera-tentera Muslim dari negara lain..tetapi tidak dilayan, tiada respond dan tiada bantuan..

benarlah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud...bilangan ummat Islam pada akhir zaman adalah ramai tetapi mereka seperti buih-buih di lautan..ini kerana ada sifat Wahn di dalam hati mereka..wahn itulah cintakan dunia dan takutkan mati..

argh..aku menangis bukan hanya sebab itu tetapi...mengenang ketidakupayaan diri untuk membantu saudara-saudaraku sendiri di bumi Palestina..layakkah aku digelar saudara mereka?.. adakah airmata yang mengalir ini berhasil untuk memadamkan penderitaan mereka?..sudah pasti tidak mampu bukan?

acapkali kita mempersoalkan..bilakah semua ini akan berakhir?..

tetapi kita x pernah memikirkan cara dan usaha untuk membantu mereka..so, apa yang kita boleh buat?..

1) Doakan kejayaan para mujahidin
2) Berikan bantuan dari segi kewangan, pakaian dan ubat-ubatan
3) Boikot barangan Israel
4) Sebarkan cerita ini kepada Muslim yang lain agar mereka juga turut prihatin dengan apa yang berlaku dengan saudar-saudara kita di Palestin

ao, what you are waiting for my friends,? Save our Palestina..

Takbir...Allahu Akbar (3x)


@>--~----

Friday, September 11, 2009

masih ada yang baik

well, now i have 2 stories to share with all of you..

first, my friend (mimi) and I went to Nilai Square..well, what the girls like to do? shopping larh..haha..

i bought a pairs of shoes..well, the simple and the cute one.. i have no picture of the shoes but it doesn't matter rite?..hehe

well, after searching for a bag and a pair of shoes, we decided to went back to camelia court, our apartment's name...what a name?..huhu~

we are waiting for our bus for such a long time..but the bus (al-utubis) does not come.. la tahzan..waa, we are a little bit of scared actually since we saw some kind of weird person staring at us..totally cuak..(teringat plak kat dimash)..

suddenly, a yellow cab stops in front of us..well, the driver with a nice face said that he can send us..well, he said it is free and we have to pay nothing..at first, i am curious with the driver..how could he become so nice?..or did he has some hidden agenda?..(uh uh, suu' zan..x bek2)

since, the bus are too late..so, by hook or by crook, we choose the taxi rather than waiting.. i choose to sit beside the "pakcik driver" and mimi sit at the back..

n he really meant with his words..we pay for nothing..at that time, i felt kinda happy and lucky because i found the rite person.. n time tu jugak, my heart said - there are still many nice person outside there and rasa nak sujud syukur kat situ ..huu

thanks sesangat kat "pak cik driver"..i prefer to call him pak cik rather than abang o something.. even org tu cam muda sket pun, i still call them "pak cik"...why not abang?..i have no brother..so, it's better to call pak cik la.. more proper..

* * * * *
second, today..tamhidi da start cuti (uthlah)...*happy face.. hehe

since i balik awal, so ummi ckp nnti i kena wat kuih raya..kinda malas nak buat coz takut jadi benda lain je..haha..

today, ummi called me..she said that she felt unhealthy and she asks me to buy some foods for ifthar.. i bought ayam madu, sup tulang, kentang cili and sayur goreng..

n time bukak puasa tu, ayah said..sume lauk2 ni x padan langsung..haha.. ok, i do not know how to choose the right foods actually..hehe..mcm lame accuses jek..kuang2..

opps, bukan ni y i nak citer..actually my phone terjatuh time turun dari kereta.. x perasan pun masa tu..

lucky me, ada sorang pak cik ni ternampak phone i terjatuh tapi x sempat nak panggil coz i jalan agak laju..

guess what, this pak cik is willing to wait for me (shopping kat bazar tu) -for 25 minutes to return my phone.. baik kan? rasa bersyukur sangat..bak kata ummi : masih ada rezeki la..klu dak2 nakal jumpa..dah lama da kena kebas coz phone tu baru lagi and half a thousands..huu..it costs a lot of money..

pengajarannya : masih ada insan yang baik kat dunia ni.. n satu lagi, bersyukur dgn setiap perkara y brlaku n ambil pengajaran (khibrah) daripadanya..





p/s : sorry for using such a lousy English plus campur2 dgn bm..haha..but pliz don't provoke me okay..you can tell me which part is wrong..that's better..

^_~ @>--~---

Sunday, September 6, 2009

ubah + berubah + perubahan


manusia boleh berubah kan?

tapi perubahan yang bagaimana?

ke arah mana?

yang baik ke..yang buruk??

erm, agak sukar sebenarnya bagi diri seseorang utk berubah di kawasan y ada org mengenali mereka..

lainlah jika seseorang itu berada di tempat lain..

tempat yang jauh dari pandangan mereka y dikenali..

tapi segalanya x mustahil..

tempat tidaklah mempengaruhi sepenuhnya tetapi ketekadan hati dlm melakukan sesuatu perkara itu yang lebih penting..

berubah ke arah kebaikan adalah sesuatu y amat susah dan penuh dgn cabaran..

kerana apa ye?

kerana syurga itu manis..

Tuesday, September 1, 2009

akrab sebuah persahabatan

persahabatan, satu ungkapan penuh makna..

tersirat 1001 rahsia..

dalam suka..dan dalam duka..

benar, sahabat y sejati itu..

hadir ketika senang dan susah..

tenang bila kita bersamanya..

namun jangan dilupa..

walau di mana kita berada..

kita mempunyai Tuhan y sama..

Tuhan yang satu..Allah yang Maha Esa

................................................

andai kau teringatkanku duhai sahabat,

pandanglah matahari, tataplah bulan...

kerana itu juga matahari dan bulan y sama..

aku memandang..kau memandang..

jiwa tersentuh..rindu menggigit sanubari..

walau jauh beribu batu..

kau tetap berada dalam hatiku..

terbanglah duhai sahabat...

terbang dan terus terbang..

tapi jangan lupa untuk pulang..

jangan lupa dari mana asalmu datang..

dan ke mana kau akan akhirnya kau akan pulang..

..................................................

aku bangga sahabat,

mempunyai sahabat sepertimu..

mampu menuntut ilmu di sini mahupun di perantauan..

harapanku cuba satu..

persahabatan y terjalin ini jangan kau biar tersimpul mati..

jangan kau letak titik nokhtah padanya..

biarlah persahabatan ini terus mekar mewangi hingga akhir nyawa..

.............................................

sebelum perpisahan, pasti ada pertemuan

aku bersyukur adanya pertemuan..

aku mengenalimu.. dan aku bersyukur adanya perpisahan..

aku jadi lebih menghargai persahabatan ini..

buat sahabat2ku...

hajar, aisyah muda, fatin aqilah, fatin atiqah, syikin, syafiqah, atikah dan semua..

terima kasih atas semuanya..

hadiah sebuah kenangan y x kan kulupa..

kenangan terindah selamanya..

aku sayang kalian..

p/s : betapa kerasnya hatiku utk menggugurkan air mata ketika saat berpisah dengan hajar, aku x pandai untuk menunjukkan emosiku.. bukanla aku x berperasaan ketika melihatmu.. cuma kegembiraanku utkmu melebihi kesedihanku berpisah denganmu..

dan air mata apakah y gugur kala ini?