Monday, June 29, 2009

zikrul maut

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berjejak ke dunia

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan(2x)
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan (2x)
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

4 comments:

siti-situ-sana-sini said...

dlu kt musolla faez salu bukak lagu nih..
hmm,
awal lagu pon da ckup menggetarkn jiwa..
oh Tuhan,
layakkah hamba ini melepasi pintu firdausMU...

dEe-Nie said...

ouh. dlu ske sgt lgu ni. bile teringt lgu ni, slalu teingt kngn2 sambest yg x leh di ulang kembali. mkin lme mkin hmpir kte dgn mati. sedih la lgu ni.

khaliesahkamal said...

seram sejuk dgr...


tapi ari 2...sempat la bkak satu laman web nih..lirik lagu 2 jd kontroversi sket...
ape pun, ambil yg baik..

Wallahua'lam..

siti-situ-sana-sini said...

hehe..
mcm2..
ni nk singkap satu rahsia..
dlu2 tiap kali BADAR pasang lagu ni, msti lari gi bilik kebajikan..haha
takut dgr intro die..
pastu bru msuk blek musolla..