Friday, June 19, 2009

semut punya citer

semut makhluk y kecil antara yang terkecil dalam dunia ni..kan, kan, kan..

macam ni kisah semut..
ada satu semut hitam..
semut ni rajin belajar dan pandai sampai layak dihantar ke cambridge..huh?/..
kat situ, semut dapat ramai kawan baru taw!..
tapi ada la tiga semut merah yang macam x puas hati dengan kehadiran semut hitam ni..
hmm, semut hitam bingung.. x taw nak buat apa...

tambah pulak,
bila queen elizabeth melantik semut hitam menjadi salah seorang princess di kingdom tu atas kejayaan dan kerajinannya,
tiga semut merah makin memberontak..
mereka merasakan merekalah yang lebih layak untuk menjadi princess di kingdom tersebut kerana mereka penduduk asal kerajaan tersebut..


semut hitam diuji
pandangan yang tajam, khabar angin y buruk2 mengenai semut hitam
semut hitam melalui kehidupannya selama 720 hari dengan penuh sabar..
semut itu tabah walau kadang-kadang berendam dengan air mata..
walau kadang-kadang hati bagai ditusuk sembilu

bukan kehendak semut hitam untuk menjadi princess
bukan semut hitam mintak pun..

kenapa tiga semut merah tu x paham?
kenapa mereka x pernah cuba nak paham?
kenapa mereka buat-buat x paham?

semut hitam merasakan cubaan ini bakal berakhir dengan satu kelegaan..(mungkin)
dia x kan berjumpa lagi dengan tiga semut merah tu..
semut hitam memilih untuk meneruskan perjalanan hidupnya ke oxford.

tapi, dengan x disangka-sangka,
tiga semut merah turut memilih jalan yang sama

semut hitam berasa aneh seketika
lidah terkelu pabila melihat ketiga-tiga semut merah ada di tempatnya

pertemuan ini dirasakan satu perancangan y teliti oleh sang Pencipta
mungkin, sang Pencipta mahu semut hitam memulihkan hubungannya dengan ketiga-tiga semut merah..

semut-semut merah kini boleh tersenyum dan saling bertanya khabar dengan semut hitam..
semut hitam sangat bersyukur..
kini, semut hitam sedar,
setiap apa y berlaku ada hikmahnya..

dan kini,
ketiga-tiga semut merah itu sedang melakukan proses transformasi bertukar menjadi warna hitam..

ironi bukan, kehidupan ni ?

”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

No comments: