Saturday, June 20, 2009

perginya seorang pejuang

-diambil dari ustaz saya

Dr. Fathi Yakan
yang merupakan ulama gerakan Islam terkenal telah pergi lebih dahulu daripada kita untuk bertemu dengan Allah pada hari Sabtu, 13 Jun 2009, 4.45 petang waktu Lubnan.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Hotel Dieu, Beirut setelah keadaan kesihatannya kritikal. Jenazahnya akan dibawa ke Tripoli pada hari Ahad untuk dikebumikan di sana. Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 9 Februari 1933 dan meninggal ketika berumur 76 tahun.

Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam.

Buku ini merupakan sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak
sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.

p/s : Al-Fatihah untuk beliau

2 comments:

aeisyulillah said...

innalillah..

buku madza ya'ni tuh mmg bgus...

rasa rugi lak sambest tak gnekan buku tuh sbg teks usrah

Athirah said...

hmm..
nampaknya golongan ulama' semakin berkurangan..
janji Allah itu benar..

"Alah mencabut ilmu dari dada mereka (bererti dengan kematian para ulama) sehingga mereka memilih pemimpin yang jahil. dan pemimpin yang jahil itu akan mengeluarkan fatwa x berasaskan ilmu sehingga menyebabkan dirinya dan orang lain menjadi sesat."