Saturday, May 16, 2009

ia bukan sekadar kata-kata

ikhlaskan diri..
bacalah dengan mata hati..
baru hidup diberkati..
oleh Yang Maha Mengasihi..


~kita sering mahukan hari yang CERAH..
tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan..
kita sering inginkan KESERONOKAN..jauh sekali KESUSAHAN..
tetapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kita erti KEHIDUPAN..
kita sering menginginkan KETENANGAN..
hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN ..
tapi manusia tetap tidak dapat lari daripada KESILAPAN..
semua itu bukanlah satu hukuman, tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah
agar kita lebih beriman.


~wanita ibarat epal..
epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.
tapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak..
susah dipetik, susah digapai..
terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik?
lantas ia menggugurkan diri menyembah tanah..
sedangkan ia sebenarnya telah dijadikan oleh Allah begitu tinggi martabat
sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu
jadi jangan biarkan dirimu menjadi seperti epal yang membusuk
dimamah ulat..


~kadang-kadang kita x sedar,
orang yang kita x pedulikan..
sayang gila kat kita,
kadang-kadang kita x sedar,
kita terlampau sayang kat orang..
sedangkan dia selalu sakitkan hati kita,
dan kita x pernah sedar..
kita bukannya sempurna
untuk mendapatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita
dan kita bukan siapa-siapa untuk buat orang menyayangi kita
sebab kita cuma manusia biasa

No comments: