Thursday, June 2, 2011

sakinah

Alhamdulillah, kini sudah masuk 3 minggu aku memandu kereta ummi.
Saat soalan ditanyakan kepadaku : kereta kau ke?
Aku hanya tersenyum.
Itu kereta ummi, hakikatnya ia adalah secebis besi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kami. Lantas, apakah adil jika aku menyatakan ia adalah keretaku sedangkan aku tak punya apa-apa?
Mungkin, mereka akan berkata – engkau berfikiran terlalu jauh. Jadi, untuk tidak merumitkan keadaan. Jawapanku hanya senyuman. Terserah mereka hendak menilai apa.
Memandu kenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta, kedua-duanya ada risiko. Malah boleh meragut nyawa dan berlakunya kemalangan. Aku juga risau tentang hal itu.
Tapi bak kata Yam : yang baiknya, bila kita bawak kereta atau motor, kita akan lebih mengingati kematian.
Benar, aku juga merasakan yang sama. Malah, perasaanku juga risau kerana aku turut membawa 3 rakanku yang lain. Jika aku sahaja tertimpa musibah, itu tidak mengapa tetapi bila melibatkan nyawa orang lain, aku perlu lebih berhati-hati.
Sekarang ni, banyak berita2 yang menakutkan sampai ke telingaku. Acid splasher la, orang merompak kereta la.. begitu aku melihat ini adalah suatu tragedi dan masalah umat ini.
Ummi sms :
Jaga diri dan kereta.
Ayah sms :
Dah berapa kali isi petrol?
Aaaaaa~ haru betul..

Pesan ummi sebelum aku pergi, jangan langgar orang dan jangan langgar kereta orang.
Hehe.. alih2 aku langgar divider .. sheesh bahaya betul . tapi aku tak bagitau ‘orang atasan’.. nanti tak pasal2 ‘besi’ tu ditarik balik.. waaa~
Aku tidak mahu nikmat pinjaman besi ini ku gunakannya untuk perkara yang sia-sia. Jadi, aku menjadikannya sebagai suatu alat untuk aku lebih cepat mencapai mana-mana taman syurga yang tersedia di atas muka bumi ini.
Bukan setakat Giant, Tesco, Nilai 3, Nilai Square, Dataran Nilai, Semarak, Anggerik, Acasia, USIM.. tapi aku ‘menapak’ jauh dari itu. Aku juga memilih untuk sampai ke Taman Syurga Nilai, Taman Syurga Bandar Baru Salak Tinggi, dan Kg. Pondok Rasah, Seremban 2. Perjalanan ke kg rasah sangat memakan masa kerana aku tidak tahu jalan, hanya berpandukan signboard, tapi itu bukanlah suatu pelaburan yang sia-sia. Insya-Allah.
Kalau kereta akhawat bernama ‘mujahidah’
Kereta kak maryam jameelah bernama ‘saifullah’
Kereta ety a.k.a aten mempunyai nama yang unik – ‘nur rayyan sufiyyah’
Cukuplah untuk aku menamakan besi berusia 5 tahun ini sebagai ‘sakinah’.

Moga ‘sakinah’ tegar berada di jalan dakwah dan tarbiah.
Moga ‘sakinah’ akan terus berbakti kepada hamba ini
Dan moga hamba ini memperoleh sakinah disebabkan kehadiran ‘sakinah’.

p/s : ety, da buat bagi sufiyyah 'minum petrol ke? ? hee

2 comments:

hanimyusra said...

krete kak min=sumaiyah!

tadi sufi sakit..
die nye cermin mata takleyh nak gerak..
kene rm110..sobsobsob

Nurul Athirah said...

huu.. syafakillah

kadang-kadang sufi pun nak pergi klinik juga.. diapun makhluk kan?
=)