Sunday, June 12, 2011

Hidup – sebuah checkpoint

Alhamdulillah. Group bmb2 sekali lagi jadi organizer. Kali ni untuk explorace untuk pelajar-pelajar perakaunan =)
Segiga kesyukuran aku rafa’kan ke hadrat Illahi, dikurniakan classmate yang baik seperti kalian. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian, dunia dan akhirat.

Bagiku, Aku tidak melihat explorace ni hanya sebagai suatu permainan.
Sedar atau tidak, hidup kita semua adalah satu explorace – the amazing race.
Dan setiap orang punya cerita masing-masing. . cerita suka.. cerita duka…

Tak sama mata yang melihat dengan bahu yang menyandang bukan?

Sama juga la jika ingin dibuat analogi manisnya durian, tidak sama dengan manisnya pisang.
Manisnya gula berbeza dengan manisnya madu (upss, bukan madu yang satu lagi ya)
Sebab itu, untuk merasa dan mengetahui manisnya durian, kena rasa .. baru tahu.. baru faham..
Dan pahitnya hempedu (owh, aku tak pernah rasa) berbeza dengan pahitnya ubat..

Jika ada yang tersenyum tawa, siapa tahu ada kisah duka yang bersarang dalam hatinya?
Jika ada yang mengalir ‘mutiara’ di tubir matanya, siapa tahu dia sedang gembira sebenarnya?

Dan, memanglah -Masing-masing ada hikayat sendiri..
Hikayat dari kecil sampai mati yang satu hari nanti akan dipertontonkan kepada seisi penduduk bumi ..
Tayangan hidup kita dipaparkan lebih hebat dari skrin projector, window media player,codec 136, vlc dan semua ciptaan manusia yang lemah hakikatnya..

Waktu itu alangkah malunya kita andai bekalan ‘buah-buah’ amalan kita kurang…
Malunya kita dikurniakan akal dan hati, tapi tetap memilih jalan hitam
Malunya kita sekiranya ada ‘didikan Tuhan’ yang kita ‘buta’ mengambil pengajaran (atau buat-buat buta?)

Intinya .. Dalam hidup ni, kita kena pandai mengorek ‘isi-isi’ kehidupan..
Baru kita dapat memberi erti dalam hidup ini..
Menjadi seorang yang bererti kepada diri sendiri dan memberi erti dalam kehidupan adalah 2 perkara yang berbeza..

Jika kita perhatikan, ada dinyatakan di dalam Al-Quran, kalimat ‘ulul albab’ diulang sebanyak 16 kali..
Albab berasal daripada perkataan labbu (ada syaddah ya) yang bermaksud isi
So, Ulul albab bererti orang yang mendapat isi.






Tak guna kalau perkara-perkara yang datang dalam hidup ini kita tidak dapat terjemahkannya pada ibrah… pada maksud tersirat.. pada apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita…

Explorace yang berlangsung pada hari ini ada 5 checkpoint.
5 checkpoint yang mengingatkan kita tentang 5 checkpoint hakiki sama ada yang telah kita lalui, sedang lalui atau bakal lalui…






Alam ruh dan alam rahim telah kita tempuhi..

Dan, ..Hari ini kita berada di alam yang ketiga.. alam dunia
Hari ini kita tidur di atas tilam yang nipis dengan hembusan angin kipas yang menyamankan..

Siapa tahu esok lusa, kita akan memasuki alam yang keempat pula.? .. alam barzakh
Meninggalkan dunia yang fana ini..
Kemudian, tanah pula yang akan menjadi katil kita..
waktu itu walaupun mata tertutup, ruh gentar menerima soalan-soalan daripada malaikat ratib dan atib..
Waktu itu… sesal tidak berguna lagi..walau menangis darah sekalipun untuk kembali beramal di dunia…

Jadi masa kita di dunia yang tidak tentu bila akan berakhir..
Gunakanlah sebaiknya ..
selagi matahari belum terbit dari barat..
Selagi nafas belum tersekat dikerongkong..
‘pintu taubat’ itu masih terbuka luas… masih terbuka….

Cuma mata kita dibutakan dengan segala hiasan dunia yang indah-indah pada penglihatan, tapi tidak tenang pada hati..








Jadi, aku menyeru pada diriku dan kalian..

Tinggalkanlah karat-karat jahiliyyah yang boleh merosak amal kita..
Kalau masa ber fb-ing itu dapat digunakan untuk membaca al-Quran, alangkah bagusnya..
Kalau masa menonton filem dan tv dapat digunakan untuk membaca tulisan2 yang dapat meningkatkan iman, alangkah eloknya..
Kalau bibir asyik menceritakan kisah hitam kelam orang lain, alangkah baiknya digantikan dengan kalam zikir mengingati Tuhan…







Supaya nanti, bila masanya sudah tiba untuk dihadapkan kepada Pencipta kita..

Tiada sesalan yang bersarang di hati kerana sisa-sisa hidup yang ada, telah kita gunakan dengan sebaiknya….


ya Allah, lorongkan kami ke jalan yang lurus.. jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan orang yang sesat.... ameen~

No comments: