Wednesday, June 29, 2011

result?

inilah salah satu dugaan yang benar2 menguji, sejauh mana kita beriman dengan qada' dan qadar.

nikmat dan ujian.. dua2 adalah tarbiyah dari-Nya.

beruntunglah orang yang bersyukur. dan rugilah orang yang kufur.


apa2 result yang telah kita dapat, sudahkah diucap alhamdulillah?

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. THANK YOU ALLAH ~

----

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.


sumber : iluvislam


p/s : aku yakin Allah tidak akan mensia-siakanku.

Thursday, June 23, 2011

cinta itu fitrah

serius, segan nak cakap pasal ni..

tapi kena share gak since shortsem ni belajar fiqh ibadat dan munakahat..



lately dapat quote yang best - mantap gila daripada ustaz2.. budak2 yang belajar pun mata besar bukan main... sheesh~


1. kamu semua ni kena yakin dengan qada' dan qadar. jodoh ni kamu jangan risau la.. jodoh ni ibarat bola yang melantun-lantun, ke kanan .. ke kiri (adira da buat muka pelik.. haha)

lepas tu,tapp jatuh ke hati.. -ustz aunurrochim-

(haru betul)



2. jangan bina perkahwinan atas dasar cinta,tapi binalah cinta atas dasar perkahwinan ( quote ni dapat sambutan dari kami.. masing2 sebut uuuuu..) -ustz aunurrochim)


3. yakinlah ada 'orang' untuk kita. benda ni la yang menguji sejauh mana kita beriman dengan qada' dan qadar.

jangan risau.

jika kita dapat ditakdirkan beroleh nikmat kahwin di dunia, alhamdulillah.

jika ditakdirkan kita mati sebelum berkahwin, insyaAllah kita akan bertemu pasangan disana nanti

-ustzh kausar-



4. untuk perempuan, jangan takut jika dilabel 'jual mahal' kerana harga dirimu memang mahal -ustzh kausar-



5. rasa sayang itu datang dengan tanggungjawab. jika benar suka, maka risiklah. itulah cara islami -ustz norzafry-



6. kejar cinta Pemilik cinta sebelum mengejar cinta selain-Nya. -aku-



psst : again. segan nak post.. aiyayaa~

Sunday, June 12, 2011

Hidup – sebuah checkpoint

Alhamdulillah. Group bmb2 sekali lagi jadi organizer. Kali ni untuk explorace untuk pelajar-pelajar perakaunan =)
Segiga kesyukuran aku rafa’kan ke hadrat Illahi, dikurniakan classmate yang baik seperti kalian. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian, dunia dan akhirat.

Bagiku, Aku tidak melihat explorace ni hanya sebagai suatu permainan.
Sedar atau tidak, hidup kita semua adalah satu explorace – the amazing race.
Dan setiap orang punya cerita masing-masing. . cerita suka.. cerita duka…

Tak sama mata yang melihat dengan bahu yang menyandang bukan?

Sama juga la jika ingin dibuat analogi manisnya durian, tidak sama dengan manisnya pisang.
Manisnya gula berbeza dengan manisnya madu (upss, bukan madu yang satu lagi ya)
Sebab itu, untuk merasa dan mengetahui manisnya durian, kena rasa .. baru tahu.. baru faham..
Dan pahitnya hempedu (owh, aku tak pernah rasa) berbeza dengan pahitnya ubat..

Jika ada yang tersenyum tawa, siapa tahu ada kisah duka yang bersarang dalam hatinya?
Jika ada yang mengalir ‘mutiara’ di tubir matanya, siapa tahu dia sedang gembira sebenarnya?

Dan, memanglah -Masing-masing ada hikayat sendiri..
Hikayat dari kecil sampai mati yang satu hari nanti akan dipertontonkan kepada seisi penduduk bumi ..
Tayangan hidup kita dipaparkan lebih hebat dari skrin projector, window media player,codec 136, vlc dan semua ciptaan manusia yang lemah hakikatnya..

Waktu itu alangkah malunya kita andai bekalan ‘buah-buah’ amalan kita kurang…
Malunya kita dikurniakan akal dan hati, tapi tetap memilih jalan hitam
Malunya kita sekiranya ada ‘didikan Tuhan’ yang kita ‘buta’ mengambil pengajaran (atau buat-buat buta?)

Intinya .. Dalam hidup ni, kita kena pandai mengorek ‘isi-isi’ kehidupan..
Baru kita dapat memberi erti dalam hidup ini..
Menjadi seorang yang bererti kepada diri sendiri dan memberi erti dalam kehidupan adalah 2 perkara yang berbeza..

Jika kita perhatikan, ada dinyatakan di dalam Al-Quran, kalimat ‘ulul albab’ diulang sebanyak 16 kali..
Albab berasal daripada perkataan labbu (ada syaddah ya) yang bermaksud isi
So, Ulul albab bererti orang yang mendapat isi.






Tak guna kalau perkara-perkara yang datang dalam hidup ini kita tidak dapat terjemahkannya pada ibrah… pada maksud tersirat.. pada apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita…

Explorace yang berlangsung pada hari ini ada 5 checkpoint.
5 checkpoint yang mengingatkan kita tentang 5 checkpoint hakiki sama ada yang telah kita lalui, sedang lalui atau bakal lalui…






Alam ruh dan alam rahim telah kita tempuhi..

Dan, ..Hari ini kita berada di alam yang ketiga.. alam dunia
Hari ini kita tidur di atas tilam yang nipis dengan hembusan angin kipas yang menyamankan..

Siapa tahu esok lusa, kita akan memasuki alam yang keempat pula.? .. alam barzakh
Meninggalkan dunia yang fana ini..
Kemudian, tanah pula yang akan menjadi katil kita..
waktu itu walaupun mata tertutup, ruh gentar menerima soalan-soalan daripada malaikat ratib dan atib..
Waktu itu… sesal tidak berguna lagi..walau menangis darah sekalipun untuk kembali beramal di dunia…

Jadi masa kita di dunia yang tidak tentu bila akan berakhir..
Gunakanlah sebaiknya ..
selagi matahari belum terbit dari barat..
Selagi nafas belum tersekat dikerongkong..
‘pintu taubat’ itu masih terbuka luas… masih terbuka….

Cuma mata kita dibutakan dengan segala hiasan dunia yang indah-indah pada penglihatan, tapi tidak tenang pada hati..








Jadi, aku menyeru pada diriku dan kalian..

Tinggalkanlah karat-karat jahiliyyah yang boleh merosak amal kita..
Kalau masa ber fb-ing itu dapat digunakan untuk membaca al-Quran, alangkah bagusnya..
Kalau masa menonton filem dan tv dapat digunakan untuk membaca tulisan2 yang dapat meningkatkan iman, alangkah eloknya..
Kalau bibir asyik menceritakan kisah hitam kelam orang lain, alangkah baiknya digantikan dengan kalam zikir mengingati Tuhan…







Supaya nanti, bila masanya sudah tiba untuk dihadapkan kepada Pencipta kita..

Tiada sesalan yang bersarang di hati kerana sisa-sisa hidup yang ada, telah kita gunakan dengan sebaiknya….


ya Allah, lorongkan kami ke jalan yang lurus.. jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan orang yang sesat.... ameen~

Saturday, June 11, 2011

haru


kebelakangan ini, satu soalan berlegar-legar di mindaku.
Yang membuatkan aku jadi tidak keruan, walaupun aku tau jawapan.

Apa tujuan hidup ni?

Apa erti hidup yang sebenar? Hidup yang sebenar-benar ‘hidup’..

bukan hidup dalam dunia rekaan warna-warni dunia yang kebanyakannya tipu belaka.

Dengan wang kah? Dengan harta kekayaan kah?

Kalau pengertian ‘bahagia’ itu diukur dengan harta benda, pasti ada dikalangan yang miskin tidak akan pernah tersenyum tertawa dalam hidup mereka. Dan berapa banyak orang kaya, yang jiwanya tidak tenang – risau memikirkan kebarangkalian harta benda mereka dicuri orang..

Buat apa senang, kalau tidak tenang.. ?

Tapi tak bermakna kita tidak perlukan wang. Ya, wang- harta itu perlu tapi bukan untuk disembah, bukan menjadi tujuan hidup.

Kita hanya layan harta sebagai alat. Hanya sebagai alat, tidak lebih dari itu..

Jadi jika ingin mendefinisikan hidup dengan mencari kekayaan, pasti kita semua sudah jauh tersasar.

Ingin pelajari erti hidup? Jadilah pemerhati dalam satu hari. Dalam satu hari pun banyak yang dapat kita pelajari. Terkadang manusia itu lupa yang ‘alam’ adalah guru terbaik dalam mengajar kehidupan.

Ada sekali tu, aku plan dengan sahabat untuk beriadah- main bowling di seremban parade. Melepaskan gian.

singgah di food court. Just beli makanan simple2. Bajet nak jimat.

Lepas letak tray makanan. Pergi basuh tangan. Duduk tempat balik.

Mata tertangkap seorang nenek tua. Jalannya terbongkok-bongkok. Aku pelik mengapa dia sibuk mengangkat tray. Baru aku perasan nenek tua itu pun salah satu pekerja di situ. Tangannya terketar-ketar melunaskan kerja-kerjanya tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhati tingkahnya.

Sungguhlah kalau Allah nak tunjuk. Tanpa sedar, bibir menyebut lafaz ‘alhamdulillah, alhamdulillah’…

Alhamdulillah dapat beli makanan.

Alhamdulillah dapat bernafas lagi.

Alhamdulillah masih punya kekuatan untuk berbakti.

Alhamdulillah masih punya iman, punya islam.

Betapa ramai manusia tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya padahal dia tidak pernah sekalipun memikirkan siapakah Pemberi yang penuh dengan kasih sayang melimpahkan segala nikmat yang sedang dia kecapi

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

BEBERAPA NIKMAT ALLAH S.W.T.YANG DAPAT DIRASAKAN DI DUNIA

(Tuhan) Yang Maha Pemurah,
Yang telah mengajarkan al Quran.
Dia menciptakan manusia.
Mengajarnya pandai berbicara.
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya.
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya).
Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.
Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Ar-Rahman 55 : 1-13


Dan terkadang, manusia itu terlalu menyempitkan konsep syukur.
Syukur pada harta saja kah?
Syukur pada kekayaan yang melimpah saja kah ? tidak..

Tiada ertinya syukur jika tiada amalan yang membuktikan,
Jangan pula menjadi kufur seperti Firaun dan Haman..

Mungkin kita biasa dengar keluhan-keluhan keramat seperti ini.

Masamlah buah mangga ni

Laa.. hujan pulak.. susah la nak pergi kelas!

Kau tak pe la, pandai…. aku ni biasa-biasa je

Aku tau la aku tak cantik macam kau kan?

Anda Marah ?

Marah pada siapa ya?

Sedar tak sedar, kita takut yang kita ini 'marah' pada Tuhan yang Menciptakan!

Andai kata kita terbeli buah mangga masam. Salah tukang beli kah? Atau salah tukang jual?.. eh, ke salah tukang tanam??? Hakikatnya siapa yang Menumbuhkan pokok mangga itu?

Allah.

Kita marah pada Tuhan ke?

Bukan ke kita ni Hamba?

Hidup biar ada style. bukan style hiphop tapi style hamba! (cilok ayat matadore)


Marah hujan turun ?

Tak sedar ke banyak pokok-pokok kehausan? Kalau nak harap sume manusia tolong siram dan bagi minum dekat tumbuhan dan binatang, semua takkan mampu.

Tak sedar ke yang sekarang ni dunia da bertambah-tambah panas? Duduk dalam rumah pun rasa beruap je walaupun buka tingkap. tambah lagi dengan global warming.

sedarlah, Hujan itu sejuk.
Hujan itu bahagia
Hujan mendatangkan harapan.
Hujan, satu masa makbulnya doa.
Hujan bermaksud rahmat Tuhan.

Jadi, relevankah mengeluh andai bumi disimbah hujan? Tanda kasihnya Tuhan pada manusia walau manusia kurang memikirkan dan mensyukuri nikmat Tuhan.

Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan kita yang pandai,
Ada pula yang cantik dan solehah.
Kalau ada tiga-tiga sekali memang boleh cakap pakej la wa ckp sama lu..
Pandai + cantik + solehah.

Tapi jarang la nak jumpa budak2 pakej ni, tapi ramai je sebenarnya (ayat cam keling, sorry sy bukan racist)

Terkadang rasa nak hantuk je kepala kat dinding. Apa guna kepala otak tu yang Allah bagi akal untuk berfikir?

Ah, sekali lagi soal fikir aku bangkitkan.

Siapa yang beri mereka kepandaian?
Siapa yang beri mereka kecantikan?

Marah pada mereka kah? Atau marah kepada Pemberi nikmat ?

Astaghfirullahalazim.

Mengapa kita mudah mengeluh atas kebahagiaan dan kesenangan orang lain?

Tak boleh tengok orang senang ke? Tak boleh tengok orang lain happy ke?

Ke kita nak jadi happy sorang-sorang, dan biar semua penduduk bumi menderita?

Why not we try to be happy for others?
at the end, we will feel happy too..








-
Aku ulang.


Buat apa senang, kalau tidak tenang.. ?


Gunalah kesenangan yang ada untuk mencapai ketenangan hakiki.
Dan jawapan untuk soalan aku tentang apa tujuan hidup, Allah da jawab dalam Quran :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].

Indahnya hidup ikut aturan Tuhan..
Best nya hidup ikut piawaian Islam..

Hidup ni kena banyak fikir. Baru lahir zikir. Baru ada feel, zuuq baru ada penghayatan


Indahnya hidup bertuhan.

hidup ni kena banyak syukur, kurangkan mengeluh.
memaknakan kehidupan bukan sekadar pada falsafah.
ia lebih kepada praktikal.

makna hidup bukan sekadar bagi perut kenyang.
bukan sekadar hidup suka-suki, gelak ketawa sambil makan coki-coki
hidup lebih bererti, bila diri 'terisi' menyahut seruan Illahi
hidup lebih bermakna, bila bibir melafazakan 'subhanallah, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia.


lastly,

be grateful.
feel contented and you will be the rich one.


^__^

Thursday, June 2, 2011

'rasa' ini





mengapa kau biarkan salji itu membasahi pipimu?








mengapa kau tidak sekuat dahulu?







mengapa mudah terasa lemah ?










Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...damn it !








aku benci 'rasa' ini










Tuhan. tolong aku.

sakinah

Alhamdulillah, kini sudah masuk 3 minggu aku memandu kereta ummi.
Saat soalan ditanyakan kepadaku : kereta kau ke?
Aku hanya tersenyum.
Itu kereta ummi, hakikatnya ia adalah secebis besi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kami. Lantas, apakah adil jika aku menyatakan ia adalah keretaku sedangkan aku tak punya apa-apa?
Mungkin, mereka akan berkata – engkau berfikiran terlalu jauh. Jadi, untuk tidak merumitkan keadaan. Jawapanku hanya senyuman. Terserah mereka hendak menilai apa.
Memandu kenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta, kedua-duanya ada risiko. Malah boleh meragut nyawa dan berlakunya kemalangan. Aku juga risau tentang hal itu.
Tapi bak kata Yam : yang baiknya, bila kita bawak kereta atau motor, kita akan lebih mengingati kematian.
Benar, aku juga merasakan yang sama. Malah, perasaanku juga risau kerana aku turut membawa 3 rakanku yang lain. Jika aku sahaja tertimpa musibah, itu tidak mengapa tetapi bila melibatkan nyawa orang lain, aku perlu lebih berhati-hati.
Sekarang ni, banyak berita2 yang menakutkan sampai ke telingaku. Acid splasher la, orang merompak kereta la.. begitu aku melihat ini adalah suatu tragedi dan masalah umat ini.
Ummi sms :
Jaga diri dan kereta.
Ayah sms :
Dah berapa kali isi petrol?
Aaaaaa~ haru betul..

Pesan ummi sebelum aku pergi, jangan langgar orang dan jangan langgar kereta orang.
Hehe.. alih2 aku langgar divider .. sheesh bahaya betul . tapi aku tak bagitau ‘orang atasan’.. nanti tak pasal2 ‘besi’ tu ditarik balik.. waaa~
Aku tidak mahu nikmat pinjaman besi ini ku gunakannya untuk perkara yang sia-sia. Jadi, aku menjadikannya sebagai suatu alat untuk aku lebih cepat mencapai mana-mana taman syurga yang tersedia di atas muka bumi ini.
Bukan setakat Giant, Tesco, Nilai 3, Nilai Square, Dataran Nilai, Semarak, Anggerik, Acasia, USIM.. tapi aku ‘menapak’ jauh dari itu. Aku juga memilih untuk sampai ke Taman Syurga Nilai, Taman Syurga Bandar Baru Salak Tinggi, dan Kg. Pondok Rasah, Seremban 2. Perjalanan ke kg rasah sangat memakan masa kerana aku tidak tahu jalan, hanya berpandukan signboard, tapi itu bukanlah suatu pelaburan yang sia-sia. Insya-Allah.
Kalau kereta akhawat bernama ‘mujahidah’
Kereta kak maryam jameelah bernama ‘saifullah’
Kereta ety a.k.a aten mempunyai nama yang unik – ‘nur rayyan sufiyyah’
Cukuplah untuk aku menamakan besi berusia 5 tahun ini sebagai ‘sakinah’.

Moga ‘sakinah’ tegar berada di jalan dakwah dan tarbiah.
Moga ‘sakinah’ akan terus berbakti kepada hamba ini
Dan moga hamba ini memperoleh sakinah disebabkan kehadiran ‘sakinah’.

p/s : ety, da buat bagi sufiyyah 'minum petrol ke? ? hee