Friday, March 4, 2011

Cerpen : sebab Di sayang Mira

petang itu.. Diana dongak ke atas langit, awan hitam mula berkepul-kepul memenuhi ruang kampus usang itu.

sedangkan langit ada masa kelamnya, begitu juga kisah kita, manusia biasa..


1800

kebiasaanya, pelajar-pelajar akan mengambil giliran untuk mengambil makanan. Masing-masing sibuk duk menggondol tray besi kesana-kemari. Nasi kawah Mak Eton itu berbaloi untuk ditunggu kerana keenakannya tiada tolok bandingnya, bak kata Syamira 'even kat Copenhagen pun belum tentu dapat jumpa nasi Mak Eton tu' ..haha..

Mira, mira...


1845

perbualan tipikal pelajar-pelajar 20-an. Sentiasa tidak lari dari bab kawen, entah mengapa ya? Diana, Syamira dan Adila turut membicarakan perkara yang serupa..


Syamira memulakan perbualan 'ilmiah' pada hari itu

" korang, nanti tahun depan aku nak kawen la" bicaranya dengan senyuman.

" sheesh, serius ke ? dengan si dia tu ?" soal Diana. Matanya membulat. Mira ni biar benar.

" ha ah la Di, dengan tuut tu la, dengan sapa lagi?, hikhik " Syamira mengekek ketawa.

Diana menjulingkan matanya ke atas.

Adila yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba sahaja menyampuk.
" kenapa Mira asyik cakap pasal kawen je nih?, kau ni da terlanjur ke?" soalnya penuh curiga.

suasana berubah menjadi tegang.


waktu itu, nasi kawah Mak Eton yang sedap tu pun ibarat pasir yang tawar sahaja.


Diana dan Syamira saling berbalas pandang.


" Eh, kenapa ? aku salah cakap ke? " soal Adila bertubi-tubi.

Dek hendak menutup kekalutan Adila, Diana pantas mencubitnya .

" Eish, kau ni.. berpada-padalah.. ni bukan cerita drama yang kau selalu tengok tu.. eii tak baik tau cakap Mira macam tu!! " Diana cuba 'backing' Syamira.

masa tu pula, guruh berdentum di luar kafe. bagai menyetujui dan meraikan 'perbalahan' mereka kala itu.


masing-masing tunduk, berpura-pura khusyuk melayan kehendak perut masing-masing. walaupun masa tu, Diana nampak mata Syamira sudah berair menanti limpah je. Sabarlah.



1925

" kesian Di tengok Mira tadi, mesti Mira terasa kan? " soal Diana sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke bilik mereka.

" Em, tak pe la Di, Mira da biasa " balas Syamira. Sebak.

+ Mira, meh duduk sebelah Di kejap

- iye la

+ Mira tau kan apa yang orang asyik cakap pasal Mira?



Diam.


- pasal apa?

+ ye lah, pasal Mira dengan si dia tu. betul ke Mira nak kawen dengan dia ?


- em.. ye la. Kenapa pun?

+ takde la, Di just nak tegur Mira. Di tak sanggup nak dengar orang lain duk mengata pasal Mira. sedangkan kita ni kawan dari kecik. siapa lagi nak tegur Mira kalau bukan Di sendiri.


- Mira tak mau bagi respon apa-apa pasal ni. Di cakap la apa yang Di nak cakap.
Tegas Mira.

+ Di tau Mira nak kawen dengan mamat tu. tapi dalam jangka masa sebelum ada ikatan tu, Di harap sangat.. Mira tolongla jaga hubungan tu.. tu je yang Mira mintak.


- kenapa Di nak sibuk-sibuk pasal hal Mira pulak? Hal Mira, biarlah !
. Bentak Mira.


kolam air mata Diana yang ditahan akhirnya pecah jua. kalah empangan Sungai Perak.

+ Mira, this is the first time Di nangis sebab kawan tau. Di sayang sangat dekat Mira. Di tak nak Mira hanyut. Di tak mau masuk syurga sorang-sorang ... and let say la kalau Allah tanya kenapa Di tak tegur Mira, Di nak jawab apa Mira? Di nak jawab apa? Sayu sahaja suaranya.

- owh.. Di, kalau ni pasal syurga Di, hal Di dah setel. biarlah Di masuk syurga, Mira masuk neraka. hah, dan lagi satu, tanggungjawab Di nak tegur Mira pun da lepas sekarang ni.. So, Di dah tak payah pening-pening fikir pasal syurga Di tu. Sinis sahaja bunyinya.

Diana terhinggut-hinggut menahan tangis. sukarnya untuk menegur sahabat sendiri. tapi a true friend is not a yes man kan?..

- Mira, ni bukan pasal syurga Di.. tapi pasal syurga 'kita'.. Di tak nak masuk syurga sorang diri. kan Di da cakap tadi. itulah our last destination kan.. Di tak terniat pun nak kacau hal privasi Mira, tapi one thing for sure, Di sayang Mira. Di tak nak Mira buat silap dan akhirnya menyesal.

+ tengoklah dulu macam mana. Syamira bersuara lemah.

- Di harap Mira fikir la baik-baik apa yang Mira nak cuba sampaikan ni..


Syamira hanya mengangguk kecil.


laungan azan Maghrib lantas kedengaran. Masing-masing menyepi bagai menghayati bait-bait azan itu. hayya alal falah~~..

+ dah la, jom kita solat.. ajak Diana


2000

selepas solat maghrib

Diana menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Syamira. gayanya seperti anak kecil sahaja.

akhirnya, dua tangan berjabat erat.

dalam keadaan bertelekung, Mira dan Diana berpelukan. syahdu sungguh kala itu.
yang kedengaran, hanyalah suara esak tangis Diana yang semakin kuat sehingga apa yang hendak dicakapkan pun tidak berapa jelas.

" walau apa pun yang berlaku, Di sayang Mira.. saaayang sangat"

" Mira minta maaf "


Diana tersenyum kelat.

Kemaafan bukan dipohon dari Di, tapi dari Tuhan.. Di harap Mira sedar. desis Diana dalam hati.

* * * * *

sebulan selepas itu, hubungan antara Mira dan Diana kembali pulih walaupun tidak seakrab dahulu dan walaupun ada certain sensitive issue yang tak boleh disentuh.

+ Mira, malam ni Di nak ajak pergi dating lah.

- Hushh, dengan siapa ?

+ hehehe.. ada la

- Eii dengan Mira pun nak berahsia tau ! tak aci sungguh. Mira mencebik.

Diana diam. Dia tersenyum puas.


malam itu, sedang Diana dan Syamira sedap melayan tidur mereka, tiba-tiba Micheal Jackson dari handset Diana menyanyi


you are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart



tersentak Diana bangun dari tidurnya. matanya pantas melihat ke skrin Colby. oh, da pukul 3.30 pagi. Lantas dia mengejutkan Mira.

+ Mira, cepatlah bangun.. cepatlah!!.. ditolaknya badan Mira perlahan.

disebabkan nada suara Diana yang cemas itu, Mira yang masih mamai terus terjaga dari lenanya..

- kenapa Di ? ada orang ceroboh masuk bilik kita ke ?

+ ish, ke situ pulak Mira ni..


- habis tu? Di kejut Mira pagi-pagi ni kenapa ?

+ kan Di dah cakap, Di nak ajak Mira pergi dating la ni!


Fahamlah Mira yang Diana mahu mengajaknya qiam..


- ow, ni ke dating nya?

+ yup, dating yang paling best ..

- Di ni best la.. beruntung Mira dapat kawan macam Di ..

+ hah, da mula la tu nak tasing-tasing. apa-apa pun, Allah is the best kan.. bila rasa susah, bila rasa sedih, bila rasa lemah, sebenarnya Allah nak kita kembali kepada-Nya kan..

- betul betul betul... Mira buat gaya upin ipin sambil tayang gigi.

+ eh, dah la tu.. jom kita ambil air sembahyang..

- Jom !!


Sejadah dihamparkan menghadap kiblat.


Allahu Akbar ~

* * * * * *

pagi itu mereka menghabiskan masa dengan menghidupkan malam, saling memperdengarkan bacaan al-Quran dan solat subuh berjemaah.

sungguh, tiada apa yang lebih indah selain ikatan ukhuwah yang terbina kerana Allah.
bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

selesai solat, Mira dan Diana melipat semula telekung mereka.

Mira mencapai pensel yang ada berdekatan dengannya. Dia menulis sesuatu di atas kad sambil tersengih-sengih.

kemudian dia menghulurkan kad itu kepada Diana.

" tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh
seorang insan selepas nikmat islam selain teman yang soleh.
apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya,
maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh"
- Umar Al-Khattab -


Mira memandang Diana dengan rasa kasih

Thanks God I found you.


Diana membalas dengan pandangan sayang..

Thanks God I found you too.


kemudian, masing-masing mengalih pandang ke arah jendela. Mentari mula menunjukkan sinarnya....

Mira dan Diana mengukir senyum. serentak dengan itu, red fm pula memainkan lagu kesukaan mereka berdua."When You Say Nothing At All" nyanyian Ronan Keating.


It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing

The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all

All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
(The crowd)
Try as they may
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine

You say it best
When you say
Nothing at all


Tearing me apart no more. Alhamdulillah~


ref : umar, hlovate, zig ziglar, ronan keating, sirr wa alaniah.

2 comments:

mar mp 86's said...

wallawey! cte ni cm ad kene mengena ngn hidup & mati! *awak fahamkan maksud kte?*

Nurul Athirah said...

tentang hidup, yang mati tader la..

i got ur point mar..
but it is just some of my idea plus a little bit of reality ..

u are okay with that kan?