Jumaat lepas dapat mesej dari ayah
+ Assalamualaikum. Kalau rasa pressure dengan kuliyah/assignment, buatlah aktiviti riadah!
bibir mengukir senyum. gerak hati seorang ayah memang selalu betul ey?...
- minggu ni orang pergi Linggi. ada perkhemahan sampai ahad.
+ Linggi, Melaka?
- entah, tapi naik bas ( haha, tak menjawab soalan sungguh la. mana la saya tau linggi tu kat mana..aaa)
sebelum nak pergi perkhemahan ni, mestilah kena packing2 dulu kan.. bajet nanti jumpa pacat, so saya dengan maryam beli stoking tebal.. plus gloves skali.. orang bandar masuk hutan macam ni la jadinya !
sepanjang perjalanan dalam bas menuju ke Linggi, saya seronok berbual dengan anis, yup student accounting juga =) kira dia ni pun macam adik-beradik saya jep sebab sekolah dulu pun SAM juga.. macam racist kan? haha
pergi perkhemahan ni pun ingat nak release tension je, daripada hari-hari asyik berchenta dengan buku pun tak elok jugak. kita kena study smart kan, bukan study hard.. =)
kami sampai kat KM Chalet, Linggi sekitar pukul 8.00 malam.
masa tu tak nampak dengan jelas chalet ni dekat mana.. yang pasti saya nampak pantai ..
rasa happy sangat. teruja sampai saya cakap kat yam ' nanti kita tgk sunrise sama-sama ey!' . semua macam bersemangat walaupun letih sangat. perjalanan dari n9 ke melaka ni makan masa 3 jam tapi macam 5 jam je. aaa~
malam tu ada pengisian.
pengisian yang banyak membuat saya membuka mata, tersentap jiwa dan yang sewaktu dengannya.
tajuk : Islam Manhaj Kehidupan
disampaikan oleh : ustaz suhaib ( student mesir, amik master n balik mesia sekejap sebab kes demonstrasi kat mesir tu)
pengisian dimulakan dengan soalan
"apa itu islam ?''
mostly, akhawat tunduk je time tu. maybe segan nak jawab (termasuk saya) atau takut salah mungkin. 20 tahun hidup sebagai Islam tapi tak dapat nak terang Islam tu apa - rasa macam loser plus useless gler.
tetiba ada seorang akhawat ni berdiri
"islam tu kesejahteraan "
pengisi meraikan jawapan ukhti tersebut dengan senyuman,
kalau ikut kata dasar islam , salama memang bermaksud kesejahteraan. tapi sebenarnya islam ni membawa 3 maksud iaitu istislam, inqiyad dan khudu'.
istislam = menyerah diri kepada sistem yang Allah wujudkan dan hidup berdasarkan acuan Allah.
inqiyad = melaksanakan perintah Allah dalam keadaan tunduk
khudu' = sama ertinya dengan inqiyad, lebih kurang maksudnya tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya
sahabat-sahabat, bilamana kita membuat penyaksian La ilaha illa Allah, kita telah meyakini bahawa segala sistem kehidupan kita, sistem perundangan, kehakiman dan sebagainya perlulah mengikut acuan Allah.
No comments:
Post a Comment