Saturday, March 26, 2011

nawaitu

rambut sama hitam, hati lain-lain..

ya, tepat sekali untuk menguraikan tajuk saya pada kali ini..

ramai orang selalu berbuat sesuatu hanya untuk 2 benda ;
takutkan hukuman atau mengharapkan ganjaran..

jarang sekali seseorang itu melakukan sesuatu kebaikan hanya kerana perkara itulah yang baik dan perlu dilakukan... err, faham tak?

analoginya mudah saja.

disebuah negara yang permai bernama Masia, ada seorang pemandu kereta yang gah dengan cara pemanduannya, katanya memakai 'seatbelt' itu tidak perlu kerana dia sudah cukup hebat..

namun, sebenarnya si pemandu tadi kecut apabila melihat bayang2 polis berseragam kemas di tengah jalan yang sedang melakukan roadblock. akhirnya, dia dengan kalut dan tergesa-gesa menarik seatbelt untuk menyelamatkan dirinya daripada didenda..

naah, ini saja mudah untuk membuat kesimpulan yang si pemandu tadi menarik seatbelt kerana takutkan hukuman dan bukan sebab untuk keselamatan dirinya sendiri.


kisah kad swap..

selepas mendengar taklimat gotong-royong, aku dengan semangatnya berlari ke bilik. cadangnya nak kemas-kemas bilik memandang 3 lagi room-mate yang "ghaibah" sebab ada yang balik kg, suspect denggi dan belajar kereta. so, tinggal aku sorang je lah.

benda yang tak boleh blah berlaku.
aku tak bawak kunci. dan kak yah kunci pintu..

omg, masa tu memang salahkan diri sendiri.

3 kali ulang balik ke pejabat minta kunci.
even master key pun tak boleh bukak ..

idea yang gila pun muncul..
lebih baik aku panjat dinding kat luar tu dan perlahan-lahan ke bilik aku..
lek ar, aku duk tingkat 2,
agak-agak kalau jatuh pun, tak mati..

macam tak biasa!
dulu time asrama tu tak yah citer ar berapa kali aku jadi spidergirlgiller..

oh hoo
inilah effectnya apabila terlalu banyak menonton cerita-cerita superhero time kecik..
you just name it..,. spiderman, ultraman, doraemon, merlin..
hakikatnya, kita tidak punya kuasa apa-apa..

segala apa yang berlaku pun dengan izin Allah kan..

dan time tu la rasa terharu gila bila ramai kawan-kawan menghalang aku daripada panjat dinding... haha.. biarlah femes sikit ' ke ke wan' nih..

sayang jugak diorang kat aku sebenarnya.. =)

dan dalam kekalutan tu, ada sorang hamba Allah ni tengah pegang penyapu.. well, ni time gotong royong en..

dah macam cinderella pula, dia tanya ; ada apa-apa kad yang tak guna tak?

aku ; uhh?.. ha.. jap

aku pun redah la bilik yaya.. dia bagi pinjam lesen P dia..
aaa~ terharu..

dan dengan mudahnya, cinderella tadi swap kad tu dan alhamdulillah, pintu tu pun terbuka.. tak semena-mena la cinderella tu jadi pelukan aku pagi tu.. haha, nasib malang laa.

perkataan pertama yang keluar dari aku time tu ; waaah, terima kasih.. nama sapa ek?

Hanis.. oh hanis the cinderalla...

conan patut bangga dengan anak didiknya.. heh..

THE End

so, apa hikmahnya kat sini?

yup, kadang-kadang.. kita tak sangka yang orang yang kita tak kenal pun sebelum ni, dia yang akan tolong kita dan menyelamatkan kita..

dan sebenarnya disebalik semua ni, Allah la perancangnya.
aku kalut. tetiba cinderella pegang penyapu tengah menyapu aras tu dan tolong aku..
cinderella sebagai perantara.. hakikatnya, itu semua pertolongan daripada Allah

say what?
alhamdulillah..

macam ayat 100o dinar yang selalu kita baca dan dengar


bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


sekarang, marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita dalam setiap amalan yang kita lakukan.. agar apa-apa yang kita lakukan menjadi ibadat dan bukanlah adat semata-mata.

ada orang melakukan amal ibadat kerana mengharapkan syurga dan mereka takutkan neraka..

tapi jarang yang menyembah Allah kerana Allah memang patut disembah. itulah yang dinamakan ilmu ikhlas.

seperti madah Rabiah dalam doa-doanya..

Doa-doa Rabi’ah

“Ya Allah, apa pun yang akan Engkau kurniakan kepadaku di dunia ini, berikanlah kepada musuh-musuh-mu, dan apa pun yang akan Engkau kurniakan kepadaku di akhirat nanti, berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu, kerana Engkau sendiri cukuplah bagiku.”

“Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka; dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata, jangan Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku.”

“Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia ini adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu. Begitulah halnya diriku, seperti yang telah kukatakan. Kini, perbuatlah seperti yang Engkau kehendaki.”



ya Allah, andainya masih ada insan-insan seperti rabiah di atas muka bumi ini, jadikanlah aku salah satu daripadanya.. ameen..

2 comments:

mar mp 86's said...

wah! jd spidergirl ke weekend ni? =p

cekelat dolfin said...

haha..

bukan spider girl la

T_T x tercapai.. huk