Monday, January 31, 2011

dream - niqob?

alhamdulillah, i could woke up at 3.a.m without setting an alarm in my phone.

i took ablution, prepared to meet Allah

i took this advantage to have a chat with God alone

after solat tahajud, solat hajat and wirid

i read "saksikan bahwa aku seorang muslim" by Salim A.Fillah




and then i fell asleep.


i have a dream

someone pop up in my dream

he told me that i have to wear niqob


------------------------------


i shocked when ummi woke me up at 6.30 a.m.

i don't know if this is a real sign or not

---------------------

i am puzzled !


one question

why women are wearing niqob ?
help!


do respond based on your knowledge


jazakillahu khairan kathira

moga selamat !


assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

ana dapat berita yang mesir dalam bahaya. even dalam paper, mesej, semua tengah berbicara tentang mesir.. rakyat tak puas hati dengan kepimpinan Husni Mubarak. sebab tu mereka buat demonstrasi besar-besaran..

dalam berita ada dinyatakan, students malaysia kat mesir hampir 10,000 orang
dan mereka tidak dibenarkan keluar daripada rumah sama sekali..
macam kena perintah berkurung..

nak beli makanan pun susah
setiap masa berada dalam ketakutan..

Ya Allah, moga mereka tabah menghadapi dugaan ini..

mendengar berita-berita mengenai mesir, ingatan ana pada sahabat-sahabat tidak putus-putus.

bagaimana ya keadaan antum di sana?
hajar, fathin aqilah, fatin atiqah, syafikah, sakinah ?

ana cuba call hajar tapi tak dapat
berkali-kali ana cuba.. tapi... tak dapat juga
ana jauh.. ana kat malaysia ni tak dapat nak tolong sahabat-sahabat kat sana..
ana tak de kuasa..

tapi ingat kita ada Tuhan
kita ada Allah yang boleh tolong kita bila-bila masa..

jadi kat sini,
ana nak minta kalian yang membaca post ni
sama-sama kita doakan moga mereka yang berada di sana selamat dari sebarang ancaman

sebab doa itulah senjata orang mukmin
doa tu wireless kita nak berhubung dengan Allah..bila-bila je.. tak payah guna letrik pun
jom sama-sama!!


Istighfar 3x

Al-Fatihah

Al-Ikhlas

Al-Falaq

An-Nas


doa kami mengiringi kalian, Insya-Allah


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (64:11)

Tuesday, January 25, 2011

siapa kata kita x boleh?



Menuju Wawasan
Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh ?
kita ada Allah Maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh


umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tuju wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
credit-lirik Nasyid.com

Wednesday, January 19, 2011

love- easy to play?

anda tanya saya soal cinta ?

haha.. maaf, saya tidak arif !
soal cinta apakah yang anda persoalkan?

aaa.. anda kata saya tidak ada perasaan?

saya tidak faham apa yang ada rasakan?

saya tidak lalui apa yang anda lalui?

saya rasa anda sangat kelakar
tipulah anda ni
saya pun manusia la..

tapi perasaan tu kena kawal
sebab tu memang fitrah
manusia kan suka berkasih sayang

awak rasa saya berkasar dengan lelaki?
haa? awak rasa macam tu ke?

saya macam tegas sangat?

jangan jual mahal sangat nanti tak laku?

tau tak apa yang saya rasa ?


jangan buka ruang ke jalan fitnah
jangan buka ruang itu!

biarlah.. tak payah nak mencari-cari
sebab saya yakin Allah ada yang terbaik untuk saya

dan saya pun belum tentu hidup lama
dan saya mungkin pergi dulu

kalaupun ada untuk saya
saya harap orang itu akan berkenalan dgn cara yang terhormat

tapi masanya bukan sekarang
not me, not now


saya takut kalau saya yang menjadi punca kepada kelalaian lelaki. sebab tu saya bertegas. saya harap awak faham.. eh, awak faham tak ?

no hard feelings + no heart feelings

thank you

* * * * * *

suka untuk berkongsi dengan anda semua satu artikel

baca yuk!!

I
I
V


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- Artikel iluvislam.com

p/s : post benda ni bukannya suka-suka.. masuk umur 20 an ni, ramai sangat yang bicara soal nikah sedangkan kita perlu jelas soal apa kita perlu nikah terlebih dahulu. sekadar pembuka minda. tq 4 spending ur time reading this post

nota north star : love is such an easy game to play.. jangan mainkan hati dan perasaan orang lain sbb mungkin satu hari nanti benda tu akan berbalik kat diri kita balik..

sampai disini sajalah


moga Allah Redha

Saturday, January 15, 2011

loves cheese?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..

alhamdulillah, ana masa ada waktu untuk melihat dunia ni..
kesian para pembaca blog ana ni kan? ana asyik post yang pendek2 je.. hihi
jangan marah naa! ni baru ana ada masa nak post panjang sket.

masa jadual untuk sem 2 ni terlalu pack.
ana tak kisah sebenarnya..
tapi dalam terkejar-kejar nak ke kelas tu,
ana harap sangat ana dikurniakan ketenangan dalam hati
mencari tenang dalam keserabutan..heh
kelas mula pukul 8.00 pagi sampai 10 malam..
tak ke rasa nak nangis?.. tapi macam cewek je..
orang kat Palestin tu berjuang pagi, petang, malam
ana kat sini just bertarung dengan mata dan pen je kan?
tak pe.. ana rasa ana kuat.. dan ana tahu ana memang kuat
ana pun ada sahabat-sahabat.. ana tahu ana bukan sorang-sorang
dan yang paling penting sekali
ana ada Allah yang boleh teman ana, yang boleh tolong ana bila-bila masa je kan?

semalam, ana join satu Explorace ni
dekat area Seremban.. anjuran Pembina dengan Isma..
ramai akhawat dengan syabab yang join..
alhamdulillah, masih ramai lagi yang ada fikrah islami..
peserta-peserta dari uia nilai, usim, kolej mara seremban, uniti dan sekolah menengah pun ada..
kalau tak silap ada 22 kumpulan yang join.

setiap kumpulan boleh mula dengan syarat mereka menghabiskan 2 sudoku dengan cepat..
ukhti aten cepat je pikap sudoku tu..
ana terkial-kial nak siapkan.. hehe..
tapi alhamdulillah, kami dapat gerak dulu sebab siap awal..
kami kumpulan akhawat yang ke-2 gerak dulu..

klu 1 : tempat yang sesuai bagi para atlet ditemani nemo dan mermaid..

kami terus berlari-lari ke taman tasik seremban tu..
nampak je urusetia, kami tahu kami di tempat yang benar.. ceh.. hehe
kat situ, kami diberi tugasan untuk mencari benda-benda yang tersembunyi di sebalik pantun yang diberikan..

actually, kena cari gam, pen, kertas, tali dan plastik

plastik la yang paling payah nak cari sebab kami tak faham pantun tu sangat..haishh
tapi alhamdulillah, mata ukhti imah dapat detect plastik tu..
marha marha!!

klu 2 : kehidupan di bandar amat membosankan dan perit bagi mereka yang tidak dapat membeli belah..

kami terjemahkan perit tu mungkin parade kot.. haha
terus je berjalan-jalan ke Seremban Parade..
da lelah nak berlari..

kami ditugaskan untuk memberi flyers tentang KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA



bila kami dapat je flyers tu, terus kami aim untuk sebarkan dekat ktm seremban..
yang peliknya, bila sampai ktm tu, kami perasan semua tangan da pegang flyers ni..
cepatnya la kumpulan lain bertindak kan?..

hoho..
tiba-tiba muncul ilham yang bernas dari ana yang biasa-biasa ni,
apa kata kita selit flyers ni dekat cermin kereta?.. haha
idea ana dapat sambutan.. so, dengan cepat, kami meletakkan flyers2 tu dekat kereta2 dan motor yang bertuah..

klu 3 : syamsul yusuf loves cheese

klu ni la yang paling susah..
kami terjemahkan cheese tu sebagai keju.. haha, fikir yang senang je..
habis semua fast food dekat bandar seremban tu kami terjah
you just name it.. McDonald, KFC, Secret Recipe, King's Bakery, Pizza Hut

kami berlegar-legar sehingga ke Terminal 1, Parkson dan entah mana-mana lagi..
ikut hati, memang nak balik je.. kami macam sesat kat tengah bandar tu lebih kurang 3 jam
dan kami tak nampak pun urusetia atau mana-mana peserta lain..

tapi kami teruskan perjuangan jugak
ukhti aten sempat bagi nasihat, kuatkan semangat sebab semangat akan mengatasi keletihan..
letih tahap gaban tau.. tak pernah ana berjalan non-stop..

orang kata, malu bertanya sesat jalan..
kami ada la bertanya dekat sorang pakcik teksi ni, bangsa dirahsiakan..
dia kata maybe tempatnya dekat Jalan Syamsul Yusuf..

Masya-Allah !
cari punya cari.. mana ada jalan syamsul yusuf ! jalan datuk temenggung camtu ada la!
sabar je.. tersalah tanya pun payah jugak kan?..

ana da tak larat dah.. sampai tanya dekat polis pun, polis tak tau..
kesian polis, da menambahkan tugas diorang pulak..
menyelesaikan klu explorace kami ni.. haha.. rasa lawak je..

polis tu boleh pula tergelak-gelak n suruh kami kongsi duit kalau menang..
omg, kalau da sesat macam ni, boleh ke menang?

akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi kat Seremban parade tu
and guess what?

akak setiausaha tu kata klu syamsul yusuf loves cheese tu sebenarnya dekat bangunan kraftangan !!

relevannya.. kan ada jenama cheese "Kraft" yang kena boikot tu..
aaaa~~ sadis betul.. memang tak tercapai akal kami..

dari parade tu, kami pun berjalan la ke bangunan kraftangan.
jauh jugak la sebab kami da lalu masjid negeri, bangunan mufti dan jabatan pelajaran negeri..
baru sampai..

kat situ tugasan kena buat tikar guna reben dan saletep je..
plus kena buat tengkolok dari kertas macam tengkolok negeri sembilan..
kami pun buat je walaupun muka semua merah macam udang bakar..

klu 4 : Muz and I have an aquarium..

terus kami detect muzium.
muzium ni lagi la jauh.. dah dekat dengan highway plak..

so, senang, kami amik teksi je..
tapi teksi taknak amik 5 orang sebab risiko tinggi n nanti diorang boleh kena saman
dan kalau apa-apa terjadi pun, insurans tak boleh guna sebab penumpang da lebih 4 orang..

tapi alhamdulillah la ada sorang pakcik teksi ni faham yang kami ni dalam race..
dia terima la kami ni..

kat muzium lak,
kami kena buat kotak origami .. susah kot sebab tak faham direction kat kertas tu sangat..
ukhti imah bukak balik sample kotak yang da ada n then, kami dapat siapkan kotak tu..

and then, kami kena minum air pulak
guna 5 straw yang disambung-sambungkan..
sangatlah panjang straw tu.. first and last time kot, minum air mcm tu..
mula-mula ukhti imah yang cuba minum,
lepas tu ana
last sekali ukhti zahidah.. haha.. cepat je air habis..
dahaga sangat kot.. huhu

klu 5 : syamsul's garden is now open publicly..

ni mesti taman...
kami nak amek teksi juga untuk ke taman ni walaupun tak tahu taman mana satu

tiba-tiba sorang akhawat yang jadi urusetia suruh kami naik kereta beliau untuk keselamatan akhawat..

rupa-rupanya ada satu group akhawat sebelum ni yang cuba dilarikan oleh pakcik teksi..
gerun kami mendengarnya dan group tersebut telah pun menarik diri sebab mereka da trauma dengan kejadian tu..

so, berhati-hatilah akhawat kat luar sana..
jangan masuk teksi sorang-sorang dan kalau boleh, sebelum masuk teksi tu,
baca bismillah n hafal plat teksi tu.. bukan apa, untuk keselamatan akhawat jugak kan?

tempat yang terakhir ialah Taman Malaysia
kami da bersemangat nak habiskan explorace tu, alih-alih urusetia kata game da tamat sebab da ada 11 group yang sampai kat Masjid Negeri.. rupanya hadiah sampai group 11 je.. kami ni da group ke-13 dan ada lagi 3 group yang tak habis race lagi..

kami kecewa sikit la
bukan sebab tak menang, kami tak kejar pun RM 300 untuk tempat pertama tu
tapi sebab kami tak dapat nak habiskan permainan ni.. hishh
tak pe la.. takde rezeki kan.. nak buat macam mana..

tapi yang pasti
ukhuwah antara kami yang satu usrah ni makin erat
yelah.. kan kalau kita nak kenal sahabat-sahabat kita dengan cara kita bermusafir dengan mereka kan?

dan sahabat-sahabat ana okay je
kami tak kekok pun nak share straw tu sama-sama
nak tunggu sorang ukhti ni masuk bilik air ke..
sebab bukan menang yang kami kejar

alhamdulillah
ana dapat lebih dari apa yang ana jangkakan
lebih nilainya dari rm 300 tu..

dan kalau nak ikutkan,
keletihan dan rasa tak puas hati kami ni sikit je..

kalau nak bandingkan dengan sahabat nabi , salman al-farisi ..
memang jauh beza
sebab salman al-farisi sanggup je nak bermusafir dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari agama yang benar sehinggalah salman berjumpa dengan Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam..

sampai Nabi pernah bersabda :

" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."


ana harap ana pun dapat capai bintang suraya tu ..
dan ana harap kita semua sama-sama mencontohi semangat Salman Al-Farisi tu..

ana rasa group ana da bagi yang terbaik dan kami tak benarkan kepenatan membuatkan kami menyerah kalah!

hakikatnya, kalian dah menang di mata ana
biarlah tidak diumum sebagai johan sekalipun.. =)

dan kita da ronda satu seremban tu dalam 4 jam lebih
dan takde pun yang pengsan.. alhamdulillah
baru ana nampak yang sebenarnya tenaga syabab dengan akhawat ni sangatlah kuat..
kita tidak akan tahu sehingga kita tak mencuba kan?
so, gunakanlah kelebihan yang kita ada ni sebaik-baiknya..


sekian, sampai disini sahaja..
mohon maaf atas salah dan silap ana selama ni

May Allah Bless Us

Wednesday, January 12, 2011

Monday, January 10, 2011

sem 2

to keep your achievement always at the top is not something easy.

but, to change and do the changes is easier

yeah, people always said that ' thing is easier said than done' which is true

this hectic moment teaches me one thing

do not complain, do not said all the negatives thing, do not burden your mind with all the question " why must be like this? or why i should do like that ?

don't ask. just do
bear with the problems, face it with an open heart and you will find the solution

i keep reminding myself one quote lately
' anything that does not kills you make you stronger.

indeed, it is true..

and i knew that cycling is tiring.. but it's worth buying a bicycle.. it's good for your heart too. hehe =)


and i am kind of listening my teacher's advice ;

' no pain, no gain .. pay now, play later'

and sometimes, to be quiet and to be patience is better than blabbering about craps and nonsense stuffs.


one more thing , everyday, i will appreciate my food and my rice.
and i love the farmer even more.. ^__^



this post maybe means nothing to you
but it means a lot to me
kind of motivation to face this hard time


O Allah, grant us your forgiveness and blessings.


thank you

Saturday, January 8, 2011

MAUT

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung

2011/01/01



KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA

credit ; berita harian



Maut kerana flying fox
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Yahya Awang

2011/01/09

  • Foto

    PHORN Thi Pha meratapi kematian anaknya selepas dihentam takal besi (gambar kecil) ketika mengadakan latihan flying fox.

  • Foto

TAIPING: Kegembiraan seorang pelajar Tingkatan Dua mengetuai sekumpulan pengakap di sekolahnya mengadakan latihan flying fox berakhir tragedi apabila dia maut dihentam takal besi pada tali yang sedang dipasang, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Goh Swee Khin, (kiri) 14, pelajar lelaki yang aktif dengan aktiviti kokurikulum, ketika itu bersama kira-kira 40 rakannya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini, menyertai program perkhemahan pengakap.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Md Diah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa mengetuai rakannya membuat persediaan latihan flying fox dengan diawasi seorang guru.
“Ketika kumpulan pelajar itu meregangkan tali, tiba-tiba tali itu putus menyebabkan takal besi menghentam kepala mangsa menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

“Petugas hospital yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian mengesahkan pelajar itu meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimaklumkan kejadian malang itu mengarahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menziarahi keluarga mangsa, kira-kira jam 6.30 petang.
Kementerian Pelajaran turut menubuhkan jawatankuasa penyiasat diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ka Siong yang ditemui ketika melawat keluarga mangsa di sini, berkata Perdana Menteri terkilan dengan kejadian itu.

Katanya, jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti punca kejadian dan kelemahan berhubung aktiviti yang dijalankan itu.

Katanya, kementerian juga mengarahkan SMJKC Hua Lian menghentikan semua aktiviti sekolah selama dua minggu kerana kejadian itu menyebabkan trauma kepada pelajar sekolah yang perlu diberi kaunseling.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM2,000 kepada keluarga mangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut melawat keluarga mangsa sebelum itu menyerahkan sumbangan RM5,000 bagi pihak kerajaan Perak.

Sementara itu, ibu mangsa, Phorn Thi Pha, 38, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ka Siong dan kerajaan negeri berkata anak sulungnya itu bersemangat menjalankan kegiatan itu tetapi tidak menyangka ia berakhir tragedi.

credit ; berita minggu


panjang atau pendek usia kita
itu tetap menjadi rahsia Pencipta
apa yang penting
jagalah keberkatan usia kita


May Allah Bless Us

Wednesday, January 5, 2011

the story teller

membaca tak pernah gagal membuat saya mengisi masa dengan baik. oh, saya tidaklah terlalu 'rigid' dalam memilih bahan bacaan.

minggu pertama sem 2 ni macam tak belajar sangat..

so, berchenta dengan buku ni ;


kalau dulu, saya mengambil masa hampir 3 minggu untuk menghabiskan sebuah novel english. plus dictionary memang kena ada kat sebelah. heh. walaupun terkial-kial, tu la salah satu cara nak master english en?. sebab kita ni bukannya lahir2 terus boleh cakap english kan?

today is a good day to die ( cuba cakap versi australia) hehe

dan alhamdulillah, sekarang saya mampu untuk menghabiskan novel english dalam masa 3 hari.. tak de la nak cakap power habis en, tapi at least improve la.. kan



ni novel, citer pasal budak jahat gler nak taubat n jadi baik. tapi ending dia unexpected, suka dgn orang lain, kawen dgn orang lain.. well, kita bukan selalu dapat yang kita nak kan? tapi kita selalu dapat apa yang kita perlu..

kalau nak bagi rate tu, mcm 3 stars kot.. sebab penulisan imaen ni bukan macam penulis lain yang selalu tulis happy ending dan 'drama gaduh2 dan buat orang pening kepala'. penulisan yang sempoi tapi padat dengan isi n ilmu..

p/s : terima kasih kat mar sebab kasi pinjam ^_^. hee, nanti nak pinjam yang lain pula, boleh?? huhu



opps, buku ni no comment.. baru gi pinjam kat library. dan baru sampai muka surat 4. tapi mcm susah~~.. heh, takpe john grisham! tunggu la.. saya akan cuba baca walau muntah ijo sekalipun.. isk isk..


sebenarnya saya tengah mencari buku-buku ni ;

1) cinta di rumah al-banna
2) palestin kami datang
3) novel bumi cinta
4) novel tenggelamnya kapal Van Der Vijk
5) siri buku " life is an open secret"

kalau sesiapa yang ternampak buku-buku ni kat kedai y berdekatan dengan nilai atau rawang, boleh bagitau saya, okay?.. em, kalau nak belikan pun okay, nanti saya bayar balik.. ..kalau nak belanja, lagi bagus.. yahoooo!! hehe



p/s ; kalau nak bagi hadiah kat saya, buku adalah yang terbaik.. haha.. tapi tak kisah pun kalau nak bagi apa-apa, sebab saya appreciate je benda yang korang bagi macam cibear yang mar bagi.. hehe.. mucho gracios kay.. adioss~

Monday, January 3, 2011

semakin tua..


alhamdulillah. hari ni saya masih diberi kekuatan untuk bernafas.. mati sekejap dan dihidupkan semula.. begitulah rutin dan akhirnya akan mati yang sebenar dan dibangkitkan di padang mahsyar..

saya tersenyum apabila mendapat mesej spt ini:
" berakhirlah hidup sebagai belasan"

bagi saya, umur kita cuma angka.. ya, ada sebahagian yang merungut, tahun ni dah x 19 tahun.. da masuk 20..

padahal, sedar x sedar.. setiap hari kita semakin tua.. dan bukan kita, semua orang.. dunia juga semakin tua..

setiap saat
setiap minit
dan setiap jam yang berlalu
mendekatkan kita kepada kematian

kematian yang datang tiba-tiba
bukan pun kita boleh jangka
orang muda pun boleh mati kan?

jangan kira umur sweet 20 sesuka ati nak buat apa saja atas dunia ni macam dunia ni kita yang punya!

kalau nak happening sangat, carilah dunia yang lain, bumi yang lain !


jangan duduk bumi Tuhan,
jangan berpijak di alam ciptaan-Nya,
jangan makan nikmat dan rezeki-Nya?
pergilah cari dunia lain!

boleh?.



mampu ke bai??



kita ni lemah je beb.. even nak cipta lalat pun kita tak mampu... nak bagi benda "bernafas" n bley gerak-gerak pun payah..

so, jomla kita sesama menginsafi diri.. opss, perkataan yang lebih sesuai kat sini ialah ----> sedar diri..

sedar diri tu hamba
sedar diri tu manusia
sedar diri yang kita ni punya agama --> Islam
dan sedar hidup perlu bertuhan

korang pernah tak terfikir, kenapa Allah baik sangat dengan korang?

korang buat jahat, buat dosa banyak-banyak
gelak-gelak tak ingat dunia,

tapi korang still dapat makan..
dapat nikmat bernafas.. jantung korang masih berdegup laju.. dub dab dub dab.. sihat lagi

dapat nikmat melihat.. dapat tengok ciptaan Tuhan yang indah-indah, yang ajaib dan yang berwarna-warni..

dapat nikmat tidur..

dapat nikmat IMAN dan ISLAM..

dapat banyak.. banyak sangat dan saya kira kalau saya nak sebutkan dan nak senaraikan terlalu banyak.. cukuplah kita mensyukurinya..

adakah kita mensyukurinya?
adakah kita menggunakan semua nikmat kurniaan Tuhan ni untuk mencapai redha-Nya?
ADAKAH?

kawan-kawan..
sama-sama kita tajdid niat..
sama-sama kita bangun, dan hadapi setiap hari baru dengan azam AKU INGIN MENJADI SEORANG YANG BENAR-BENAR MENGAMALKAN ISLAM..

JOM KITA BINA BALIK BI'AH SOLEHAH MCM ZAMAN DOLU-DOLU

SEBAB KALAU NAK PATAH BALIK, MASUK SEKOLAH AGAMA NAK JADI BAIK, SEMUA MASA TU DA BERLALU

BELAJARLAH UNTUK MENJADI DEWASA

DEWASA BERSAMA MASA DAN USIA

BIAR KITA YANG HIDUPKAN BALIK BI'AH TU

BIAR KITA YANG BANGKIT SEBAGAI PAHLAWAN DAN SRIKANDI ISLAM
YANG MENJULANG KALIMAH TAUHID " TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH-NYA"

dan peluang untuk hidup hari ni jangan sia-siakan.. sebab esok, tiada guarantee yang kita boleh melihat dunia lagi..


sebab kita semua kena ingat, masa usia kita yang telah lalu, memanglah boleh kita nak kira.. tapi berapa usia kita yang tinggal tetap menjadi rahsia Pencipta..

so, akhir sekali.. zaman kanak-kanak mengajar kita menjadi dewasa, jangan biarkan diri kita masih kanak-kanak sedang kita sudah semakin tua..


May Allah Bless Us