Saturday, July 31, 2010

semakin dekat




setiap detik adalah kematian
setiap detik adalah perjuangan

mengapa masih membuang waktu?

Wednesday, July 28, 2010

realiti hidup



jika hidup ini manis
mengapa kita keluar dari perut ibu
dalam keadaan menangis ?

Monday, July 26, 2010

meh, sy kejut

eh dalam bersahabat pun kena jaga-jaga tau!

kena jaga hati dia
kena la jaga percakapan n perbuatan

jangan la men cakap je yang bukan-bukan
ikut sedap mulut je, nanti badan binasa

even
kalau nak tegur pun kena berhikmah tau

mungkin kalian tak sedar
"x" yang terguris
biar "y" yang tolong kejutkan

agar "z" tidak terus melakukan kesilapan y sama

Saturday, July 24, 2010

ktm.. oh

" attention please. the middle coach is only for the ladies. thank you "



this is interesting

- anda boleh lelap dengan tenang tanpa perlu risau
kepala terhantuk kepada mana-mana bahu.. ha


i am ^_^

Friday, July 23, 2010

differences

i can't change you



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ( 13 : 11 )


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( 29 : 69 )


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). ( 91 : 9 )


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. ( 22 : 77-78 )



.........: until you change yourself :.................

Wednesday, July 21, 2010

bahasa, tamadun

assalamualaikum..

kali ini, aku tertarik untuk memperkatakan soal bahasa..
ya, bahasa mana lagi kalau bukan bahasa arab.

mengapa sebenarnya kita belajar bahasa arab?

...........................................................(answer this quest in your heart).............................


- bahasa arab adalah bahasa ummat Nabi Muhammad s.a.w

- Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab..

kenapa agaknya Allah memilih bahasa arab untuk menerangkan kalimat-kalimatnya?

mengapa bukan bahasa perancis? bukan bahasa Inggeris? bukan bahasa Melayu?

sebab bahasa yang boleh mengangkat kalimat-kalimat Tuhan hanyalah bahasa Arab.. bahasa yang boleh menerangkan segala sesuatu dengan detail.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


bagaimana untuk memahami Al-Quran.??.

tidak ada cara lain melainkan dengan cara memahami bahasa Al-Quran itu sendiri

kita perlu ada zuuk belajar bahasa Arab ni, baru kita dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran, apa yang kita ucapkan dalam solat kita sehari-hari..

dan pada akhirnya, kita akn merasa betapa peliknya Al-Quran..

hairan ya, manusia kelihatan begitu teruja dengan kejadian sejadah bergerak dan sebagainya..

tetapi dengan mukjizat yang kekal sehingga hari ini, tidak pula dikaji, dihayati dan sebagainya..apabila anda belajar bahasa arab, anda ada zuuk dan "rasa" itu.. anda akan mendapati betapa bermukjizatnya Al-Quran itu.

--------------------------------------------

nak kena belajar bahasa Arab je ke?
bahasa lain tak payah belajar?

tidak, bukan itu maksud saya

kita juga perlu untuk belajar bahasa Inggeris
ya, untuk mendapat ilmu yang lain juga

'mereka yang memahami bahasa musuh, nescaya tidak akan terpedaya dengan tipu daya musuh itu '
____________________________________

kita lihat pula pada stail pembelajaran institusi pengajian tinggi pada hari ini..

"study group" .. mana asalnya?

tidakkah kita memerhatikan bahawa melakukan aktiviti bersma-sama ni da lama ada dalam Islam..

contohnya ; solat secara jamaie, berbuka puasa bersama-sama (ramadhan bakal menjenguk kita 22 hari lagi) dan banyak lagi..

praktikal2 yang dahulunya diperkenalkan oleh Islam ini dijadikan seperti kepunyaan pihak Barat pula.. ibarat mereka yang memulakannya dahulu... ceh

" kalau kita buat assignment, tak boleh copy paste- sama ada dari Internet atau buku2 orang lain.. itu dinamakan sebagai plagiarisme... tapi kalau kita hanya menjadikan artikel2 mereka sebagai rujukan ..n at the end, we acknowledge the person, that will be okay"

padahal hal menghargai ini sudah lama wujud dalam agama suci ini

contoh : hadis2 nabi yang menuntut kepada nama-nama perawi sebelum sanad hadis.. kenapa perlu letak nama2 perawi-perawi ni??... sebab... kita nak tahu mana sumber / masadir ilmu itu diperolehi..

see ?konsep ni da lama wujud.. dan banyak lagi konsep2 yang dimulakan oleh Islam sebenarnya,,

_______________________________________

sekarang ni pula, banyak bahasa dipermainkan-mainkan..

dan bila Islam dilabel sebagai terrorist,
kita lihat bagaimana Yahudi mengambil kesempatan itu untuk menghancurkan umat Islam di Iraq, Palestin dan banyak negara lain lagi..
propaganda tentang Osama bin Laden..

perkara yang kita sendiri pun tidak tahu menahu tentang kesahihannya..

bahkan, perkataan terrorist itu sendiri dicipta oleh orentalis Barat untuk
menanamkan sifat benci masyarakat dunia kepada orang Islam..

Nah, kita bermain dengan bahasa lagi..
jika di sini, kita meneliti kamus
mencari erti terrorist
pasti kita menemui maksudnya adalah pengganas

tetapi jika di Barat sana
sesetengah tempat menterjemahkan perkataan terrorist itu kepada
-> sekumpulan orang Islam yang menentang Barat..

malah perkataan terrorist ini telah diaktakan dalam mahkamah dunia,
untuk menyerang Negara Islam yang dilabel pengganas

dan kini,
kita diingat-ingatkan kembali tentang peristiwa 11 september..

sebab apa?
sebab Yahudi da x de lagi modal untuk mengecam kita..

for your info,
Tony Blair yang kononya baik itu telah menubukan suatu kumpulan orentalis bahasa sahaja
untuk mencipta perkataan-perkataan baru yang boleh menjatuhkan Islam..


-------------------------------------------

Nah, sebab itulah banyak kepentingan kita belajar bahasa

janganlah nak memperkecil-kecilkan mereka yang mengambil pengkhususan dalam bahasa
sebab mereka adalah makhluk yang dipilih Tuhan untuk menghargai, memahami dan menghayati seni..

that's all

semoga post ini dpt membuka mata kalian tentang betapa pentingya
mempelajari bahasa..

May Allah Bless Us


p/s : maaf sbb post ni bercampur-campur.. takut x de masa nak update da nanti.. n takut lupa pula untuk share dengan kalian.. asiff.

Sunday, July 18, 2010

tadika 2 bulan

OKAY.. semua letak jari di mulut,..
zip mulut ye.. jangan bising2..
cikgu saletep karang.. (bajet garang).. haha


muslihin, hasnul fahmi
yang kurang rajin dgn yang lebih rajin..

tapi kalau dulu2 pun
aku malas jugak.. heh

ammar, hafiy, mulhim saneem, haziq
say kambingggggggg..

:)
ni nama dia ameer ishraff
hensem laa.. hak2
agak2 klu aku tunggu dia besar sket
aku pi pinang dia.. hik2
men2 je la


ni ainun
umur 4 tahun..
yang paling kita sayang.. :)

pagi-pagi, ainun akan datang
duk atas riba aku..he

then, ainun akan cakap
cheguuu, jom nek boyann..
sambil tarik2 tangan

urgh..
miss this time.. ;(


eei, amar x tutup mulut..
nanti masuk lalat..

okay, jom baca sama-sama
alif, ba, ta...

fatimah dan nurin liyana

ouh, pasal nurin ni lagi satu hal
nangis je bila datang tadika

punya la buat drama hindustan kat halaman tadika tu..
adegan tarik-menarik tangan.. haha

erm..
agak-agak en,
budak-budak tadika tu ingat lagi tak dekat cikgu tira ni?

^__^

Thursday, July 15, 2010

demimu al-aqsa

alhamdulillah,

aku berpeluang juga untuk mendengar suara aktivis2 kemanusiaan Mavi Marmara di bumi Usim ini..

seketika dahulu, aku berasa iri dengan seorang kawan yang berpeluang mendengar ucapan mereka secara live..
tidak tercapai dek akalku bahawa aku juga mampu meraih peluang yang sama..

aku tidak berhajat untuk menulis semula apa yang mereka perkatakan,, untuk lebih jelas, emangnya anda boleh saja melayari link yang sudahku berikan..,,

tetapi apa yang aku ingin tekankan di sini adalah peranan kita untuk membantu Palestin dan maksud tersirat di sebaliknya..

jika kita hayati semula sejarah, saat peristiwa isra' mikraj.. nabi di isra'kan dari masjidil haram ke masjidil aqsa.. kemudian di mi'rajkan pula terus ke sidratul muntaha untuk menerima kefardhuan solat 5 waktu dari Allah..
setelah nabi turun, bumi pertama yang menerima solat adalah bumi Al-Quds.. nabi solat bersama-sama sahabat2 yang baru memasuki Islam di Masjidil Al-Aqsa..

malah, ayat pertama dalam Surah Al-Isra' menyatakan nama dua masjid yang diberi sendiri oleh Allah.. iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa yang diberkati sekellilingnya..

Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama bagi ummat Islam selama 3 tahun walaupun Kaa'bah berada di sisi Nabi..

Nah, yang pertama lagi.. jika isteri pertama pun diberi prioriti yang lebih, inikan pula Masjidil Aqsa.. kiblat pertama kita... Allahu Akbar!!

aku ingin para sahabat jelas ,
Palestin itu bukanlah sekadar Masjidil Aqsa..
Palestin itu sebenarnya telah dipecahkan oleh Yahudi menjadi 4 negara iaitu Jordan, Lubnan, Syria dan Palestin sendiri..

jika diikutkan, khalifah Umar Al-Khattab iaitu khalifah kedua telah menyatakan bahawa tanah Palestin ini adalah tanah waqaf..
TANAH WAKAF TIDAK BOLEH DITUKAR HAK MILIK..

sekarang.. apa solusinya ?
- ya, aku tidak melarang anda untuk membawa sepanduk-sepanduk, tetapi ingat.. jagalah solat kita..

- tidak bererti rasanya jika bibir2 yang melaungkan Allahu Akbar itu masih lagi menghisap Malboro dan sebagainya..

daripada En.Jamaludin Elias sendiri, beliau berkongsi siri perjalanannya.. beliau berjumpa dengan seorang non-muslim di atas kapal Mavi Marmara yang menghisap rokok daun nipah..
kemudian beliau bertanyakan hal itu kepadanya ..

dan jawapannya mudah sahaja
I HATE ISRAEL..

see?, kalau non-muslim pun jijik nak menyumbang kepada Israel ..
inikan kita orang Islam..
kita menyumbang 10 juta sehari kepada Israel hanya dengan rokok sahaja.. tu tak tercampur dengan produk2 lain..
sanggup kita bersedap2 dengan KFC dan MCd sedang saudara kita disana hanya menikmati rumput2 sahaja?

sahabatku, banyak lagi option2 lain.. tugas kita adalah perlu memilih.. dan pilihan itu ada di dalam tangan kita..

-lagi?,, tinggalkan karat2 jahiliyah dalam diri kita.. jangan terikut2 dengan budaya hedonisme yang melampau2..

jadilah Al-Quran yang berjalan dan jangan mengagungkan sangat lagu2 barat yang hanya melaghakan kita..dan banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan.. dan langkah pertama itu adalah dengan memperbetulkan diri kita dahulu..

* * * * *
aku sempat bersalaman dengan Pn Fadhilah salleh..
juga Aktivis kemanusiaan. beliau telah sampai ke Gaza melalui jalan darat
saat ketemu dengan beliau,
aku tidak melepaskan peluang untuk mengucup pipinya..
mereka yang kuat imannya, tinggi jihadnya dalam pembebasan Al-Quds ini,
PASTI akan mendapat rahmat dan pembelaan Allah di padang mahsyar kelak..

dibandingkan dengan diriku yang kerdil dan hina
nyata aku juga ada tanggungjawabku sendiri..

* * * *

di kesempatan ini, aku ingin memaklumkan tentang
Konsert demimu Al-Aqsa yang bakal berlangsung esok hari..

curi masa anda untuk menghadiri program ini
jangan jadikan ianya sia-sia..
ambillah ibrah yang tersirat daripadanya..
seKian

May Allah Bless Us


p/s : konsert ni bertempat di Stadium Tertutup Nilai, tempat kitorang exam mid-sem & final time tmhidi dulu.. =)

Wednesday, July 14, 2010

you are my friend

assalamualaikum w.b.t

kucoretkan halaman ini buat seseorang yang pernah hadir dalam hidupku
perpisahan kita membawa haluan sendiri
kerna ingin menggapai cita-cita yang diimpikan

tetapi ingatlah selalu
bahawa dalam hati ini sentiasa ada kamu
kawan, sahabat dan teman

memori itu
walau manis dan pahit
tetap terpahat dalam sanubari

sekali lagi ku ulang
kau sahabatku
tetap sahabatku sampai bila-bila

sekali kita bersahabat
selamanya kita berukhuwah
hanya kerana-Nya

khas buat : fatin safiqa, shikin rahman, roza ain, shikin ghazali, afiqah razak, shikin isa, siti hajar, fathinqila, tuan noraina, qurratu' aini, nadhirah, norimah, hayati, mawar, matoon dan semua

they are what you called as friend..
^__^

p/s : rasa nak nangis bila baca post ni ----> cemburu.. kita x sangka awak rasa macam tu.. da 3 tahun x jumpa.. macam mana la rupa bakal cikgu ni ye.. by the way, cemburu tanda sayang..
haha...

Tuesday, July 13, 2010

uang.. beruang..

anda akan berasa betapa bernilainya duit apabila anda pernah merasa peritnya bekerja

so, berjimat-cermatlah..

sekarang ni semua da besar2 belaka
pandai fikir sendiri
agak-agak ar kalau nak shopping pun en

lagi kalau yang scholarship FAMA
ramai jugak yang apply jpa, mara, ptptn..

because we don't want to burden our pa n ma anymore
kita da besar ..

zaman kanak-kanak mengajar kita erti dewasa
dan jangan biarkan diri kita terus menjadi kanak-kanak
saat kita sudah dewasa..

emm, jangan jadi macam kanak-kanak yang baru pegang duit sudahla..

x update

dalam mencari diri sendiri
dalam mendiamkan diri..
aku temui jawapan yang kucari
sedikit demi sedikit

dan memang betulla
kalau nak jadi baik ni
kena ada catalyst
kena ada kawan
kena ada usrah
kena ada jemaah
yang boleh mengingatkan kita

sebab kadang-kadang kita ni lupa
dan bukan je kadang-kadang
selalu je lupa

sebab tu ada saya untuk ingatkan awak
dan ada awak untuk ingatkan saya

tapi
jangan rasa hebat dengan diri sendiri
takbur itu akan meleburkan kita..
so, lebur takbur dulu

kita ni pun dulu berasal dari air mani yang hina
badan kita ni pun penuh dengan benda-benda kotor
even dalam perut kita, hidung, mata,telinga, mulut, kuku...

so, jangan takabbur!!
sebab kita semua sama
manusia yang lemah dan hina

yang membezakan
hanya TAQWA di dalam dada..


p/s : rasa cam gler.. dulu punya la kata nak stop blogging.. tapi banyak benda nak share.. tak nak jadi baik sorang2.. kan?