kehilangan identiti muslim : dilema belia masa kini.
seringkali manusia mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah..
seringkali juga manusia lalai dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas muka bumi..
firstly, ana nak cakap pasal identiti..
Apa itu identiti ??
identiti bermaksud gaya hidup atau pegangan hidup seseorang.
identiti ni merangkumi 3 tunjang utama iaitu mental, emosi dan penampilan.
tidak sempurna identiti muslim kita kalau kita menunaikan solat tetapi kita x pakai tudung..
tidak sempurna juga identiti muslim kita kalau kita menutup aurat tetapi x jaga muamalat dengan ajnabi..
pendek kata, identiti muslim ni kena meliputi semua perkara..semua ni pakej..hilang satu, yang lain2 tu x bermakna..
Apa identiti kita?? Kita nak ikut siapa ??
identiti kita adalah identiti muslim..marilah kita merujuk kepada firman Allah s.w.t;
"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
dalam kita terfikir-fikir..apakah identiti yang perlu kita tonjolkan.. sedangkan Allah telah memberi jawapan kepada kita iaitu jawatan kita sebagai hamba Allah.
bagaimana kita sebagai seorang muslim tertanya-tanya siapakah yang harus dijadikan sebagai ikutan padahal jawapannya sudah ada dalam dua kalimah syahadah yang bermaksud
"aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
di sini, kita boleh menilai sejauh mana penghayatan kita terhadap kalimah syahadah yang acapkali kita ucapkan dalam solat kita sehari-hari..muhasabahlah wahai sahabatku !
Rasulullah s.a.w telah diturunkan kepada kita untuk dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh teladan yang terbaik) dalam segala perkara sama ada perkataan, perbualan dan pergaulan sesama manusia dan dalam menjaga hubungan dengan Allah..
sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak mulia"
Idola atau ikutan?
idola mengikut kamus dewan edisi ketiga bermaksud patung, berhala atau sesuatu yang dianggap berkuasa.
Jadi adakah wajar kita sandarkan perkataan idola itu kepada manusia?..fikirkan..
sebenarnya kita telah dimomok-momokkan oleh Yahudi dengan perkataan idola sejak dari kecil tanpa kita sedari. Yahudi sebenarnya telah mengkaji kelemahan umat Islam. Apabila mereka mengalami kekalahan yang besar dalam perang salib, mereka sedar bahawa mereka memerlukan strategi lain untuk mengalahkan umat Islam.
Dan kini mereka yakni puak Yahudi menjajah kita dengan serangan pemikiran iaitu dengan menerapkan budaya hedonisme (suka berhibur) dalam diri kita. siapa yang x kenal Jaclyn Victor ( juara Malaysian Idol) dan David Archuleta (naib juara American Idol). ?
begitu kita dilalaikan dengan hiburan dunia sehingga anak-anak muda zaman kini lebih dahulu mengenali artis2 barat daripada sirah Nabi2.. silap siapakah ini?
Bagaimanakah keadaan orang-orang yang baik ?
orang-orang baik seperti yang telah disebut dalam Al-quran iaitu orang yang selalu melakukan taubat dan orang yang melakukan kebaikan..
nak membangunkan personaliti orang mu'min ini bermula dalam keyakinan ibadah solat.
Kalau kita mampu untuk mentaati rakaat-rakaat dalam solat, bacaan-bacaan dan gerak-geri dalam solat, maka bawalah ketaatan itu dalam melaksanakan perintah-perintah Allah yang lain.
hidup kita ni sebenarnya x lepas dari perjuangan..
oleh itu..
Wahai Sahabatku,
jadikan gerak itu jihad, kata-kata itu khutbah dan jadikan ibadah sebagai ambang berjumpa Allah..
No comments:
Post a Comment