Monday, June 29, 2009

zikrul maut

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berjejak ke dunia

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan(2x)
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan (2x)
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

Saturday, June 20, 2009

perginya seorang pejuang

-diambil dari ustaz saya

Dr. Fathi Yakan
yang merupakan ulama gerakan Islam terkenal telah pergi lebih dahulu daripada kita untuk bertemu dengan Allah pada hari Sabtu, 13 Jun 2009, 4.45 petang waktu Lubnan.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Hotel Dieu, Beirut setelah keadaan kesihatannya kritikal. Jenazahnya akan dibawa ke Tripoli pada hari Ahad untuk dikebumikan di sana. Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 9 Februari 1933 dan meninggal ketika berumur 76 tahun.

Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam.

Buku ini merupakan sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak
sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.

p/s : Al-Fatihah untuk beliau

Friday, June 19, 2009

semut punya citer

semut makhluk y kecil antara yang terkecil dalam dunia ni..kan, kan, kan..

macam ni kisah semut..
ada satu semut hitam..
semut ni rajin belajar dan pandai sampai layak dihantar ke cambridge..huh?/..
kat situ, semut dapat ramai kawan baru taw!..
tapi ada la tiga semut merah yang macam x puas hati dengan kehadiran semut hitam ni..
hmm, semut hitam bingung.. x taw nak buat apa...

tambah pulak,
bila queen elizabeth melantik semut hitam menjadi salah seorang princess di kingdom tu atas kejayaan dan kerajinannya,
tiga semut merah makin memberontak..
mereka merasakan merekalah yang lebih layak untuk menjadi princess di kingdom tersebut kerana mereka penduduk asal kerajaan tersebut..


semut hitam diuji
pandangan yang tajam, khabar angin y buruk2 mengenai semut hitam
semut hitam melalui kehidupannya selama 720 hari dengan penuh sabar..
semut itu tabah walau kadang-kadang berendam dengan air mata..
walau kadang-kadang hati bagai ditusuk sembilu

bukan kehendak semut hitam untuk menjadi princess
bukan semut hitam mintak pun..

kenapa tiga semut merah tu x paham?
kenapa mereka x pernah cuba nak paham?
kenapa mereka buat-buat x paham?

semut hitam merasakan cubaan ini bakal berakhir dengan satu kelegaan..(mungkin)
dia x kan berjumpa lagi dengan tiga semut merah tu..
semut hitam memilih untuk meneruskan perjalanan hidupnya ke oxford.

tapi, dengan x disangka-sangka,
tiga semut merah turut memilih jalan yang sama

semut hitam berasa aneh seketika
lidah terkelu pabila melihat ketiga-tiga semut merah ada di tempatnya

pertemuan ini dirasakan satu perancangan y teliti oleh sang Pencipta
mungkin, sang Pencipta mahu semut hitam memulihkan hubungannya dengan ketiga-tiga semut merah..

semut-semut merah kini boleh tersenyum dan saling bertanya khabar dengan semut hitam..
semut hitam sangat bersyukur..
kini, semut hitam sedar,
setiap apa y berlaku ada hikmahnya..

dan kini,
ketiga-tiga semut merah itu sedang melakukan proses transformasi bertukar menjadi warna hitam..

ironi bukan, kehidupan ni ?

”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

Monday, June 15, 2009

sekejap je

i have been so busy right now.
a lot of assignment to do.
so, i am so sorry
because i am no longer updating this blog.

hmm, wait for semester break okay.
till then~ saranghae yoo

Wednesday, June 3, 2009

dugaan seorang aku..

sejarah aku masuk usim ni, beza ngan orang lain

kalau orang lain masuk..sume ada kemudahan, kelengkapan
tapi aku bertemu dengan sang kepayahan dan kesusahan..

orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, rite?

well. cabaran yang aku hadapi kat sini..,

1) apartment aku x de air lorh (terpaksa menebalkan muka nak tumpang tandas bilik org len)
2) kipas kat bilik aku rosak (bersabar athirah, sabar)
3) tombol pintu bilik rosak (waa, ini sangat bahaya)
4) room-mate aku x masuk lagi..(feel free to express myself)..haha

walaupun serba kekurangan..sume x de..tapi Allah ada..Allah ada

dan kini alhamdulillah, selepas seminggu..aku berusaha membuat aduan dan sumber air di rumah kami dapat dipulihkan..tombol pintuku bertukar wajah..haha..

tapi, kipas tu kena tunggu stok ada..so, dari berpanas terus..aku pun mintak umi bawakkan kipas berdiri..huu..kak ngah yang bawak naik sampai tingkat 4 coz aku x larat lorh..hehe (anak manja sungguh) :P

n now, i am waiting for my future room-mate..i wonder who is she?..by the way, sesapa yang boring duk kat umah tu..(hajar, khaliesah)..mehla datang apartment kita ni..kata rindu..haha..

okla..adioss sume !!
salam