dengan penghayatan sirah, kita boleh tahu apa yang sebenarnya Nabi nak ajar pada kita.
Cuba kita fikir sejenak, Nabi sebenarnya boleh je nak doa kat Allah, biar Allah jadikan Mekah tu negara Islam tapi tak, Nabi tak buat macam tu.
Nabi masih bersusah payah untuk berhijrah, melalui pelbagai kesengsaraan di padang pasir, menyorok dalam gua dan sebagainya
Jadi, sebenarnya Nabi nak ajar kita, iaitu ummatnya agar BERUSAHA untuk dapatkan sesuatu.
Memang dalam usaha kita, kadang-kadang kita akan menemui kegagalan.. Tapi kegagalan-kegagalan yang kita alami tidak patut jadi penghalang, bahkan menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjaya.
Senyum.
Katakanlah (Muhammad), " Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" ( Surah Ali-Imran, ayat 31 )
# Jom contohi Rasulullah.. Selawat 3x..
3 comments:
maknanya kita kena juga berusaha untuk dapatkan sesuatu meskipun gagal hm,,, kalau kita patah semangat ada tak tips 2 untuk hilangkan perasaan malas atau putus asa ?
syikin,
jangan malas atau putus asa..
Allah kan ada..
usaha dan terus usaha..
mungkin usaha kita yang ke 20 masih gagal, tapi siapa tahu usaha kita yg ke 21, kita akan berjaya?
bersangka baiklah dgn Tuhan :)
Tahniah.. Blog ini mmg menarik. Saya jumpa dlm google bila mencari maklumat pasal gunung brinchang. Bila baca artikel dlm ni, membuatkan sy nak baca artikal yg lain pulak.
http://gedungpilihan.com
Post a Comment