Monday, November 26, 2012

EXPDC Gunung Brinchang

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, pada 16-18 November 2012 yang lepas, saya berkesempatan untuk menyertai EXPDC menawan Gunung Brinchang yang dianjurkan oleh Jaksa .

16 November 2012

Perjalanan kami bermula pada Jumaat malam Sabtu, naik bas pukul 12 pagi. Ada 2 bas yang gerak, so kami around 60 - 70 orang yang menyertai expdc ni. Perjalanan yang panjang dan memakan masa tidak terasa kerana pada waktu malam, kami semua tidur. Maka, saya pun tidaklah mengalami mabuk perjalanan yang teruk. Bagi yang alah macam saya, saya sarankan anda untuk mengambil ubat Novomin setengah jam sebelum perjalanan bagi mengelakkan muntah-muntah sepanjang perjalanan dan juga untuk keselesaan peserta-peserta yang lain.

17 November 2012

Pagi yang hening dan dingin di Pekan Brinchang. Kami tiba sekitar pukul 6.00 pagi tapi terpaksa menunggu di dalam bas terlebih dahulu kerana guider ingin menempah campsite. Subuh kami sempurnakan di Surau Pekan Brinchang. Air yang overdose sejuk membuatkan kami menggigil-gigil untuk mengambil wudu' dan membersihkan diri.

Usai sarapan dan packing makanan untuk tengahari , sekitar pukul 9 pagi, kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada guider. Bagi yang sudah biasa mendaki gunung, maka untuk menawan Brinchang hanya mengambil masa selama satu jam. Tapi bagi kami yang freshie dan pioneer2 belaka, guider kata mungkin mengambil masa dalam 3 - 4 jam. Wait and see.. :)

Dari pekan Brinchang ke kaki gunung Brinchang pun dah ambil masa selama 30 jam dan amat memenatkan. Dalam hati, terasa menyesal pulak nak tawan2 gunung ni. Haish. Tapi tu monolog dalaman je lah. Kuatkan semangat, malu plak tengok orang lain cam semangat je kan. Haha.

Maka, ku biarkan kaki berjalan tanpa henti walau penat dan lelah. Hati tidak putus-putus berdoa agar semuanya selamat belaka. Dalam perjalanan, paling aku tak lupa bila Kak Ju jumpa tumbuhan kecil membentuk kalimah Allah.. Subhanallah.  and yes, Nature does brings you to Creator.

Sepanjang proses mendaki, memang kena menggunakan kekuatan tangan dan kaki. Bentuk muka bumi Gunung Brinchang ni lain sikit. Ia dinamakan Mossy Forest, lebih kurang macam Hutan Berlumut.. sort of la.. Bila semakin dekat menghampiri puncak, tanah macam lumpur dan berlumut. Kadang-kadang, kasut tersangkut dalam tanah. Quite challenging, i like!

yakin diri amatlah penting di samping motivasi dari rakan peserta yang lain. Proses pendakian bukan stok-stok boleh jalan ramai-ramai. Track dalam hutan di sempit. So, nak tak nak memang kena jalan sorang-sorang. Ada masa, aku bercakap sendirian.. "tak boleh.. susahnya".. tapi kawan-kawan yang lain tetap bagi sokongan.. "boleh punya.. mesti boleh".. Memang gagahkan hati juga lah, kita ni langkah kecik.. kaki kecik.. tak macam diorang yang kaki panjang2, sekali langkah terus dapat pergi jauh. Kita ni tunggu 3 - 4 langkah baru dapat kejar dia . Haha. Membebel.

But tell you what, the thing is I can really prove to myself that nothing is impossible to a willing heart. Who knows kan, athirah yang kecik dapat tawan Gunung Brinchang yang setinggi 6,666 meter dari paras laut.
Alhamdulillah !

Kami sampai ke puncak Gunung Brinchang sekitar pukul 11 pagi.. See, ambil masa lebih kurang 2 jam sahaja dan aku antara sepuluh yang terawal sampai. Hee.. Tetiba hilang rasa menyesal, terbit rasa syukur :)

the view was mesmerizing :)

alhamdulillah... this is priceless and the real scenery is much more beautiful than this picture.

sepanjang perjalanan turun dari Gunung Brinchang, kami melewati ladang teh dan kebun sayur. romantik kan? haha

campsite di sekolah rendah. so bergambarlah dengan batu strawberi ya

beli kaktus. nama dia Cameron :)

dengan Kak Ju yang sangat gagah. Guess what, ni gunung ketiga yang dia tawan selepas Gunung Dato' dan Gunung Nuang. hoh. dasyat tol la. Gunung Nenek tak nak tawan pula ?? hee
say what ? alhamdulillah


berada di puncak bersama peserta-peserta yang lain. sejuk sangat.


dah namanya camping, masak pun buat cara camping la ya. hehe. apapun, group kami tetap masak kaw2 punya, tomyam dengan kentang masak pedas. haha. dah tawan gunung penat2, makan kena la bagi sedap2 plak, ye dak?

memory. i miss camping and tent rupanya. :)

this is our so called family - diba, pika, tira, x tau nama, cik ripin, kak are, ekin, nadia, kak ju, dila .. geng masak sama2 dan makan sama2.. what happen to bihun ? let it be our secret then.. haha


ni masa da nak balik.. spot me.. 


18 November 2012

Kami bertolak pulang sekitar pukul 10 pagi. Sebelum tu, singgah ke Pekan Brinchang untuk pasar pagi adalah satu kemestian ! hehe.. shopping time !

yang paling best, ada orang jual 12 jagung untuk RM 10. hoho. memang best la tengok harga murah2 dengan buah2 n sayur2 yang fresh2.. tapi apakan daya, siapa nak bawak balik sayur tu kan?.
so, lebih baik beli strawberi, asam, teh dgn bantal je. haha.

saya juga sempat beli strawberry cicah coklat. 3 sticks for RM 5. hoho. berbaloi-baloi. emm. sedapnya. kalau datang sini, try beli la ye!

sampai di sini sajalah.

Brinchang, moga ketemu lagi !

p/s : orang kata Broga cantik dan saya dah 'addicted' dengan hiking !. ho yeah!

No comments: