masa tu ada PC fair dekat Pusat Komersial (PK),USIM
aku ternampak satu printer. niat di hati melonjak-lonjak ingin memilikinya. sudah lama aku mengidamkan satu printer sendiri.
tangan dengan laju mendail nombor ayah
"ayah, erm... uyu nak beli printer boleh tak? harga dia around RM 220. boleh tak?... uyu guna duit sendiri ek?.... okay, assalamualaikum"
mudahnya. sebenarnya kalau aku nak terus beli pun takpe je, tapi lebih baik tanya ayah dulu kan?
memandangkan mesin ATM cimb dekat je dekat situ, bagai orang mengantuk disondolkan bantal, aku terus mengeluarkan 5 keping not RM 50 untuk membeli apa yang dihajati.
aku memilih CANON-PIXMA iP1980 sebab dia guna external ink. ink dekat luar, tak payah guna cartridge sebab aku tak pandai tukar dakwat. hee
tapi lepas aku beli, ayah aku pula bank-ink balik duit belanja printer tu. katanya biarlah ayah yang belanja beli printer tu.
wohoo.. aku terima dengan hati yang terbuka.. wee :)
dan bermulalah kisah miss iP1980
pada mulanya, aku beli printer ni untuk keperluan aku sendiri. dan tak terfikir pun untuk menukarkannya kepada business printing or whatsoever.
kawan-kawan ramai meminta agar aku menyediakan perkhidmatan printing tersebut untuk memudahkan mereka print slide, report, assignment dan sebagainya.
aku bersetuju. yelah, takkan nak guna sorang-sorang je kan.
aku caj sama je dengan market price.
black and white = $o.20
colour = $ o.30
kadang-kadang, aku rasa malas nak layan customer2 yang datang kat bilik aku.
yelah, time tu orang tengah khusyuk study sume, tetiba datang nak print.
so, aku kena la buka notebook, cocok usb printer, buka printer dan layan diorang.
tapi sebenarnya mudah je kan kerja aku?
semuanya bergantung kepada pemikiran aku dan cara aku layan mereka, aku akan jadi lagi gembira.
satu hari tu aku buat eksperimen lain pulak.
masa tu memang la aku study. well, aku ada cakap dekat korang tak yang aku suka study?. wawawa, korang da tau la ni!.
tetiba ada sorang kawan aku datang nak print.
aku sambut dia dengan senyuman .
pernah dengar tak lagu ni?
"senyum ..tak perlu kata apa-apa"
ataupun
" senyum seindah suria yang membawa cahya,
senyuman dari hati duniamu berseriii"
dan aku pun layan dia dengan sebaiknya walaupun dia hanya mahu print sehelai slip peperiksaan yang bernilai 20 sen.. aku gembira.
aku akui aku memang cepat panas kalau orang cari pasal.
dulu kalau orang cari pasal dengan aku, aku sound dia balik. entah, ego tinggi kot masa sekolah dulu.
still, sekarang pun aku sensitif jugak.
tak tau la sejak masuk uni ni makin sensitif jadinya.
tak boleh orang kacau sikit dah leleh.
tapi aku tak de nak hujan depan orang. aku kan ego juga.
ego, emo, semua tak boleh lari dari aku, seolah-olah bayang-bayang yang dijahit dengan badan.
nak dijadikan cerita,
ada sorang ni datang nak print ( for sure la kan)
dan cara dia cakap macam mengarah-ngarah dan marah-marah aku.
aku senyap je. aku buat je apa yang dia nak.
dia nak aku print, aku print.
sekarang, aku macam dah tak mampu melawan macam dulu.
aku senyap tak bermakna aku kalah. well, kalah pun apa salahnya kan.
aku tak lemah.
aku makin kuat sebab aku boleh tahan rasa marah aku.
walaupun masa tu boleh je aku tak layan dia dan buat dek je
well, i chose to be patience.
ada sorang kawan lama aku pun kata aku tak macam dulu. kalau dulu aku garang, sekarang aku happy-go-lucky dan boleh masuk dengan semua orang.
entah, aku pun rasa macam tu.
eh, dulu jahat sangat eh? ..harhar..
masing-masing ada sisi gelap dalam hidup.
biarlah rahsia~ ecece..
yes, i am changing... for good, insya-Allah
lately, business printing aku semakin menjadi-jadi.
setiap hari, ramai je yang datang nak print.
aku pun semakin ramai kawan baru.
percaya atau tak, aku tak buat pun advertising untuk printing service ni sebab kan aku cakap tadi, aku tak de niat pun nak wat business..
saje je tolong member2.
tapi satu aras 2 ni tau n datang print kat aku.
niat nak tolong orang, layan tetamu baik-baik
pun jadi ibadah dan dapat pahala kan ? =)
aku pun sikit sebanyak dapat la merasa perasaan menjadi seorang acik yang jaga printer. muahaha.. okay okay, tukar . miss printer.
sebenarnya, apa pun pekerjaan kita didunia tidak mendatangkan kemuliaan kecuali dengan niat yang ikhlas.
dan kemuliaan yang sebenar adalah dengan ketaqwaan.
aku pernah baca satu quote ni :
" tiadalah istilah elit dalam islam"
ya. setuju.
semuanya sama disisi Allah melainkan yang bertaqwa.
Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda :
" sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa" .. riwayat at-Tabrani dan Muslim
buat akhirnya,
love your kin and be kind to others.
walaupun dengan acik cleaner (ataupun miss printer).. okeh?
sampai sini dulu.
wassalam~
6 comments:
miss printer,
ceria2 slalu...
gud luck exam!
talk from my heart =)
gud job my dear sis..
kejahatan dibls kejahatan adalah biasa..
tp bila kejahatan dibalas kebaikan adalah luar biasa..
pokok walau di toreh btgnya, di campak batu pdnya,
tetap mberi hasil buah yg manis dan enak..
so, gud luck for final =)
tahniah ye thirah=)
athirah~...
lama x tegur2...
tahniah2...bisnes maju :)
kami kat sini business printing x bpe ok...sebab majoriti ada printer sorang satu huhu...
do keep in touch...
mahalnya harga pasaran 20 sen. kat inti 10 sen je. hehe. USIM cekik darah ek.
good luck in business. :)
> rimbun hijau
doakan kebahagiaan ana ey..
> nor niswah
=).. omg, beauty..
thanks
> ety
haha.. klakar la aten ni..
tahniah apanya?
> saya
cikgu najwa.
thanks sebab ingat kat saya.. haha
by the way, slamat hari guru naa
> wan
sheesh.
Post a Comment