Saturday, April 2, 2011

.miracle.

hari tu ada cousin kahwin
kebetulan time weekend tu tergerak nak balik,
yalah duduk lama2 menghadap buku pun, rasa nak muntah hijau gak
balik rumah, tak payah baca buku..
what a pleasure ! =) haha

ok ok, sambung
my cousin, yang kawen tu anak dia la..
tak tau pe hubungan anak dia dengan aku..
yang pasti ada pertalian darah la..
dush, fail dow bab nak buat salasilah ni..

so, pengantin perempuan tu tak de la kurus
tak de la tak cantik
dalam kategori biasa2. sedap mata memandang.

lepas tu, pak cik Kori cakap.

" kak nor kawen ni is a miracle. her marriage is a miracle".

"aish, kenapa plak?" buat aku confuse je kat situ

"ni terbukti even orang x cantik pun ada jodoh, still kawen juga"

"oo000oooo" lama aku nak menyebut 'o' tu..

heh.. nak absorb benda2 orang besar ni.. payah sikit.

sampai aku terfikir la kan

kecantikan tu,
dari tubuh badan ke dari hati?

even aku tau je jawapan dia apa..

tapi memang tu ke ukuran orang zaman sekarang?
pelik kan?
eh, ke aku yang pelik ni?

yalah, hidup jodoh rezeki maut tu semua rahsia Tuhan kan..
kita hidup ni pun Allah yang tentukan tempat tinggal kita.
even ada je kaum kerabat aku yang lahir, hidup dekat kelantan
meninggal dekat kl. . tanam pun kat kl gak..

tu semua rahsia kan..
even dengan siapa jodoh kita still rahsia la kan.
sampai hari yang Allah tetapkan jadi, barulah benda tu da x jadi rahsia.
betul x?
lek lek.. faham ke x ni? hee

isteri uncle Kori ada bagi nasihat kat aku.. ok, she is a revert =)

sambil pegang tangan aku atas meja kenduri tu, beliau berkata:
"nurul, nurul doa kat Allah. minta kat Allah bagi jodoh yang sesuai untuk nurul dunia dan akhirat"

"ow, auntie buat macam tu ke?"

"aah. alhamdulillah, dapat pak cik Kori ni. mak cik doa kat Allah biar Allah yang pilih untuk mak cik. jodoh yang sesuai dengan mak cik dunia dan akhirat. so, nurul kalau nak doa, tak perlulah nak mention certain2 nama. ya, mungkin kita suka kat orang tu tapi belum tentu kita betul2 kenal dia kan. after kawen, baru kenal siapa dia yang sebenarnya"

"oooOOOoooo"

terharu dow time tu. bagi nasihat kat aku.
air mata aku da bertakung time tu..
da la tengah makan nasi minyak. tunduk je.
cover line beb. takkan nak hujan2 lak kat situ.
tetiba plak masuk mood tasing2 ni.. aiseh
aaa~ haru betul

tapi nasihat tu la yang aku pegang sampai sekarang
' just doa biar dapat jodoh yang sesuai dunia dan akhirat' =)

aku yakin dengan kekuatan doa.

usaha? doa pun kira usaha beb! aku kan wanita.. hehe


pak cik kori pun menyambung.

" adawiyah (her wife, auntie yg bagi nasihat kat aku tu) pun is a miracle"

"oh yeah ? kenapa pula ek?" ok. aku jadi orang yang paling byk tanya kat situ.

auntie wiyah pun jawab
"dulu, masa mak cik masuk islam. mak cik terus pakai jilbab dengan jubah ( i bet mesti dia da belajar islam dulu kan kan? =) ) . lepas tu kawan2 sekerja kat klcc perli2 makcik, cakap macam tak de siapa yang nak kat makcik. lambat jodoh la sebab pakai tudung plus tak pakai make-up semua tu. tapi, Alhamdulillah, mak cik doa dekat Allah. kahwin dengan pak cik Kori kamu ni. dan makcik kahwin lagi awal daripada kawan2 sekerja makcik dengan expectation mereka"

aku mengangguk faham.
rezeki masing-masing kan.

perjalanan hidup pun berbeza.
macam makcik wiyah.

she is an indian. she used to embrace other religion. until she chose to be a Mosleem. married to pak cik Kori, a lecture, a statistician, a piety Mosleem (that's the most important part).
Alhamdulillah.

jumpa mereka time kahwin kak nor tu, i bet mesti ada something yang Allah nak tunjuk kat aku kan.

yang sampai balik kampus pun aku duk terfikir pasal masa depan.

entahlah,
kalau dulu aku sangatlah x nak bercakap soal jodoh-nikah-kawen ni.
fikiran time tu cetek, rasa macam tu untuk orang2 besar je.
tak pernah nak ambil serius.

tapi aku tak sedar,
semakin lama aku semakin menginjak usia.
sampai satu masa memang kena kawen jugak kan?
tapi tak de la aku kata aku nak kawen sekarang.

pandangan peribadi aku senang je

aku tak sokong bercinta sebelum ada apa2 ikatan ni.
bagi aku, itu tak perlu, buat menambah saham dosa je buat apa.
amalan aku pun tak cukup lagi.

kalau ada la kan yang kacau aku sekarang ni
nama dia memangla kena reject awal2. (aku rasa bukan aku sorang yang buat macam tu)
bagi aku,
lelaki yang baik tak kan kacau aku straight away, tak kan distract aku punya pelajaran dan tak kan buat aku lalai dari mengingati Tuhan.

kalau betul serius, terus jumpa mak ayah.
maybe la zaman orang duk men fesbuk ni, zaman millionare,
orang akan kata cara aku ni macam budak kampung
pemikiran kolot,
semua nak serah kat mak ayah,
tak de pilihan sendiri ataupun tak laku sampai nak kena arrange2 plak.

bagi aku. pilihan mak ayah , itulah yang terbaik.
kenapa perlu sibuk2 mencari ?
disaat pencarian ilmu itu yang lebih utama?

dan aku tak nak terikat sebelum aku betul2 diikat.

aku tau, satu hari nanti, aku akan diuji dengan apa yang aku cakap
tapi aku akan terus berpegang dengan prinsip dengan iman yang aku ada.

malu rasanya andai title islam itu menjadi fitnah kepada dunia.
malu rasanya andai menjadi muslim tapi tidak menjadi mukmin.
malu rasanya andai ilmu berlambak didada, sikit pun tak diamalkan !
malu rasanya andai tahu ada Tuhan, tapi hidup style macam x takut Tuhan




teringat lebih kurang kata-kata bro shah;

bila cinta da kuat
taik kucing pun rasa coklat.

haha. gler geli en.







bercinta itu halal HANYA selepas nikah =)

p/s : i pray for my miracle. ameen.
opps, i pray for our miracles .
(n_n) ameen.

peace~

3 comments:

rimbunhijau said...

haha..
bile nurul athirah berbicara tentang jodoh...


'satu hari nanti, aku akan diuji dengan apa yang aku cakap'

macam ayat dekat blog saya..hehe..=)

analisiszikri said...

akak,nice post~

finding serene said...

> rimbunhijau

nope.. not that one.
"lima taquluna ma la taf'alun"
i quote from this.

btw, i x de apa2 falsafah, it just an opinion.

> analisiszikri

hee.. thanks.
sudi dtg blog akak y ~~