Saturday, April 30, 2011

passion-book



BUMI CINTA

dimana-mana sahaja adalah bumi cinta kepada orang islam
selagi mana dia boleh rukuk dan sujud kepada Tuhannya..


three papers to go.
marketing, economy and introduction to muamalat.

Allah.
permudahkanlah

Sunday, April 24, 2011

miss iP1980

segala-galanya bermula ketika aku berada di semester 2, tamhidi perakaunan USIM.

masa tu ada PC fair dekat Pusat Komersial (PK),USIM

aku ternampak satu printer. niat di hati melonjak-lonjak ingin memilikinya. sudah lama aku mengidamkan satu printer sendiri.

tangan dengan laju mendail nombor ayah

"ayah, erm... uyu nak beli printer boleh tak? harga dia around RM 220. boleh tak?... uyu guna duit sendiri ek?.... okay, assalamualaikum"

mudahnya. sebenarnya kalau aku nak terus beli pun takpe je, tapi lebih baik tanya ayah dulu kan?

memandangkan mesin ATM cimb dekat je dekat situ, bagai orang mengantuk disondolkan bantal, aku terus mengeluarkan 5 keping not RM 50 untuk membeli apa yang dihajati.

aku memilih CANON-PIXMA iP1980 sebab dia guna external ink. ink dekat luar, tak payah guna cartridge sebab aku tak pandai tukar dakwat. hee

tapi lepas aku beli, ayah aku pula bank-ink balik duit belanja printer tu. katanya biarlah ayah yang belanja beli printer tu.

wohoo.. aku terima dengan hati yang terbuka.. wee :)


dan bermulalah kisah miss iP1980

pada mulanya, aku beli printer ni untuk keperluan aku sendiri. dan tak terfikir pun untuk menukarkannya kepada business printing or whatsoever.

kawan-kawan ramai meminta agar aku menyediakan perkhidmatan printing tersebut untuk memudahkan mereka print slide, report, assignment dan sebagainya.

aku bersetuju. yelah, takkan nak guna sorang-sorang je kan.
aku caj sama je dengan market price.

black and white = $o.20
colour = $ o.30

kadang-kadang, aku rasa malas nak layan customer2 yang datang kat bilik aku.
yelah, time tu orang tengah khusyuk study sume, tetiba datang nak print.
so, aku kena la buka notebook, cocok usb printer, buka printer dan layan diorang.

tapi sebenarnya mudah je kan kerja aku?
semuanya bergantung kepada pemikiran aku dan cara aku layan mereka, aku akan jadi lagi gembira.

satu hari tu aku buat eksperimen lain pulak.
masa tu memang la aku study. well, aku ada cakap dekat korang tak yang aku suka study?. wawawa, korang da tau la ni!.

tetiba ada sorang kawan aku datang nak print.
aku sambut dia dengan senyuman .

pernah dengar tak lagu ni?

"senyum ..tak perlu kata apa-apa"

ataupun

" senyum seindah suria yang membawa cahya,
senyuman dari hati duniamu berseriii"

dan aku pun layan dia dengan sebaiknya walaupun dia hanya mahu print sehelai slip peperiksaan yang bernilai 20 sen.. aku gembira.

aku akui aku memang cepat panas kalau orang cari pasal.
dulu kalau orang cari pasal dengan aku, aku sound dia balik. entah, ego tinggi kot masa sekolah dulu.

still, sekarang pun aku sensitif jugak.
tak tau la sejak masuk uni ni makin sensitif jadinya.
tak boleh orang kacau sikit dah leleh.
tapi aku tak de nak hujan depan orang. aku kan ego juga.
ego, emo, semua tak boleh lari dari aku, seolah-olah bayang-bayang yang dijahit dengan badan.

nak dijadikan cerita,
ada sorang ni datang nak print ( for sure la kan)
dan cara dia cakap macam mengarah-ngarah dan marah-marah aku.

aku senyap je. aku buat je apa yang dia nak.
dia nak aku print, aku print.

sekarang, aku macam dah tak mampu melawan macam dulu.
aku senyap tak bermakna aku kalah. well, kalah pun apa salahnya kan.
aku tak lemah.
aku makin kuat sebab aku boleh tahan rasa marah aku.
walaupun masa tu boleh je aku tak layan dia dan buat dek je


well, i chose to be patience.

ada sorang kawan lama aku pun kata aku tak macam dulu. kalau dulu aku garang, sekarang aku happy-go-lucky dan boleh masuk dengan semua orang.

entah, aku pun rasa macam tu.

eh, dulu jahat sangat eh? ..harhar..
masing-masing ada sisi gelap dalam hidup.
biarlah rahsia~ ecece..

yes, i am changing... for good, insya-Allah

and i am happy (^_^)

alhamdulillah~

rezeki yang tak disangka-sangka




lately, business printing aku semakin menjadi-jadi.
setiap hari, ramai je yang datang nak print.
aku pun semakin ramai kawan baru.

percaya atau tak, aku tak buat pun advertising untuk printing service ni sebab kan aku cakap tadi, aku tak de niat pun nak wat business..

saje je tolong member2.
tapi satu aras 2 ni tau n datang print kat aku.

niat nak tolong orang, layan tetamu baik-baik
pun jadi ibadah dan dapat pahala kan ? =)

aku pun sikit sebanyak dapat la merasa perasaan menjadi seorang acik yang jaga printer. muahaha.. okay okay, tukar . miss printer.

sebenarnya, apa pun pekerjaan kita didunia tidak mendatangkan kemuliaan kecuali dengan niat yang ikhlas.

dan kemuliaan yang sebenar adalah dengan ketaqwaan.

aku pernah baca satu quote ni :
" tiadalah istilah elit dalam islam"

ya. setuju.

semuanya sama disisi Allah melainkan yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda :
" sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa yang memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa" .. riwayat at-Tabrani dan Muslim

buat akhirnya,

love your kin and be kind to others.

walaupun dengan acik cleaner (ataupun miss printer).. okeh?


sampai sini dulu.
wassalam~

Monday, April 18, 2011

bagi semangat sket!

sempena final yang bakal menjelang ni, sudilah terima hadiah dari saya :




hah. ter'booster' tak?

okeylah, all the best utk sahabat2 yang bakal menghadapi final 26 hari bulan ni.
insya-Allah, do the best and Allah will take care all the rest~

ameen~

Sunday, April 17, 2011

apple of my eyes

The Boy and The Apple Tree.

A long time ago, there was a huge apple tree. It loved a little boy very much. A little boy loved to come and play around it everyday.
He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow…he loved the tree and the tree was so happy.
Time went by. The little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree. "Come and play with me” the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I do not play around trees any more” the boy replied.
“I want toys. I need money to buy them.”
“Sorry, but I do not have money but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.”
The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The tree is Happy.
However, the boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited “Come and play with me” the tree said.
“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”
“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy.
But the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. "Come and play with me!” the tree said.
“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man.
"Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.” So the man cut the tree trunk to make a boat.
He went sailing and never showed up for a long time. Leaving the tree sad and drowned in tears again

Finally, the man returned after many years.
"Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you” the tree said.
"No problem, I do not have any teeth to bite" the man replied.
"No more trunk for you to climb on”
“I am too old for that now” the man said.
"I really cannot give you anything... the only thing left is my dying roots” the tree said with tears.
"I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years” the man replied.
"Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tears. =')

Everybody has an apple tree in his/her life. And its our Parents !!!

-------------

When we were young, we loved to play with our Mum and Dad...
When we grow up, we leave them…only come to them when we need something or when we are in trouble.

No matter what,
parents will always be there and
give everything they could
just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents.
We take them for granted we don't appreciate all they do for us, UNTIL it's too late.
Wallahi May Allah forgive us of our shortcommings and may He Guide us,
Insha'allah wa Ameen Ya Rabb.

________________

Allah.

haritu saya pergi melawat Rumah Sri Kenangan di Seremban
ditugaskan untuk menjaga wad terlantar.

cerita pengalaman?
ah, terlalu sebak untuk ku luahkan disini.

ada diantara mereka yang memiliki 14 orang anak. aduhh.

seorang ibu boleh membesarkan 14 orang anak
tapi 14 orang anak itu belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu.

fikir-fikirkanlah.



sama ada suka atau tak suka,
bersedia atau tak bersedia,
tua tetap akan hadir dalam hidup,
selagi hayat masih ada..


p/s : show your love before it's too late.

Wednesday, April 13, 2011

`proud`

kesibukan yang melanda finding serene tak pernah membuatkannya lupa yang dia memiliki 'my crystal' yang perlu digilap dan di'clorox'kan. teet~

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

i want to share my feeling about 3 things/events that made me proud and happy to be one of the USIM's students.

satu

hari tu saya pergi library. ok. bukan hari tu je.
dan rasa terkejut sangat bila nampak ramai chinese, indian and a few malay kat lobi library tu.
pelik gler sebab kitorang kan semua student Islam and major pun melayu. bila ada yang tak berhijab, tu yang buat saya curious sgt.

sampai saya tanya pak cik guard library tu


saya : ada event apa ye pak cik?

pakcik : JPA pilih kita untuk jadi tempat interview untuk students2 yang nak fly luar negara. alhamdulillah la, kita terpilih.

saya : alhamdulillah.. macam tak percaya je (sambil tersenyum)

=)
macam mengimbau zaman time saya interview dgn jpa dulu..
haha, all the judges - doctor, psychiatric, and an engineer were killing me.

time tu nak kata fail tak de la. just tak dapat fly je.
yelah, sorang fly overseas bersamaan 5 orang boleh studi dalam negara. sebab tu, jpa hadkan student2 yang boleh fly.

dan time tu, sebenarnya saya dapat biasiswa jpa untuk studi dalam uni swasta.

tapi ummi cadangkan supaya saya pilih usim.

and the rest is history ~ (n_n)


dua

semalam ada interview english - mock exam.
tak prepare apa2 pun
rasa macam membazir je sebab saya da print 55 frequently asked questions during interview.

interview pula pukul 11.30(dalam jadual la)
so, saya bajet2 masa
dhuha dulu, sempat pula habiskan surah al-insan dan surah al-mulk dekat surau fem tu.
alhamdulillah

dan time tu tak sedar pula dah 11.2o
tapi still tak sampai masa saya la kan?
saya terus naik ke bilik miss syuhada untuk interview.
dan dapat panggilan dari aini

aini: tirah, cepatlah kau orang last

saya : owh, ye ker. bukan aku pukul 11.30 ke?

aini : diorang start interview awal tadi.

saya : eh? okay. thanks.

saya terus berjalan dengan kadar yang agak laju. sesampai je, terus diorang kata masuk bilik miss. miss da tunggu.

OMG, time tu rasa berdebar je.

saya tak baca balik pun saya punya application letter, CV plus frequently asked questions tu.. aaa~

masuk je dalam bilik tu.
saya hanya ditanya dengan 4 soalan

1) introduce yourself
2) what's your hobby?
3) are you a creative person?
4) between 4 things, which one do you choose? : wealth, health, family and friend.

dan interview tak sampai 5 minit.
jawapan saya? heh, tak payah jawab la.. saya da jawab time interview kan :P
alhamdulillah, dipermudahkan.

owh. sebenarnya interview bukan topik utama. haha

lepas saya balik interview,
saya berjalan keseorangan menuju ke tempat menunggu bas.
i am alone, but i am not a lone ranger. ha

dan sempat berkenalan dengan Jamshiah.
muka dia macam indian tapi dia dari negara luar la.
saya tak ingat sebab pelik sangat.

dan bermulalah dialog antara saya dan dia

saya : why do you choose usim ?

jamshiah : my sister also studying here. you are taking master or degree?

saya : i am just an undergraduate student here. tell you what, i am impressed when i saw a lot of overseas students are studying here. what course do you take?

jamshiah : (she is smiling proudly, i think) i am taking master in law. do you know where is fkp? i want to photocopy this book. library lends me this book only for two hours.

saya : ow, you can photo-stat here at comersial center. let me show you the way.

i noticed that she is a pregnant woman.
tapi segan la nak tanya. haha

lepas tu, saya negotiate dengan pak cik kedai buku tu untuk photostat the whole journal tu dalam masa 2 jam je. tapi pak cik tu kan master, dia kata hanya ambil masa 40 minit je. okay la kan.

dan kami saling bertukar nombor telefon. ok. she asked me first.

jamshiah : what's your phone number ?

saya : eh, why?

jamshiah : i just got a new friend today.

smile. smile. smile
terharu la pula kat situ.

jamshiah buka telefon dia sambil menayangkan kepada saya gambar yang ada pada skrin telefonnya

proudly she said : this is my first son.

saya : owh, really?

lepas tu saya terus blur nak cakap apa. haha
dan kami pun saling bertukar nombor. =)

even students overseas berlumba-lumba nak sambung pelajaran kat usim ni. mostly master dan phD la diorang buat kat sini.

if you can't have what you love, love what you have

rasa gembira sangat.

dan sebenarnya ilmu Allah tu luas.
kita boleh belajar dekat mana-mana pun kan?
bukan sekadar ilmu akademik, tetapi juga ilmu kehidupan.

say what ? Alhamdulillah


tiga

malam tadi, kami kumpulan BMB 2 jadi organizer untuk program umthiyyah thaqafiah (malam kebudayaan arab)

ada sepuluh kumpulan yang bertanding.acaranya ialah lakonan, choral speaking dan dikir barat. semuanya dalam bahasa arab.

kama qala ustaz adil : fil lughah, la budda alaina lilmumarasah.

seperti yang ustaz adil cakap : dalam bahasa, kita perlu mempratiskannya.

yup. ana uwafiq ma'aka (i agree with you)

saya dan fatimah farhana diplih untuk menjadi MC dalam event ni. owh, malam tadi kami sangat nervous tapi kami cuba buat yang terbaik.

mula-mula, memanglah malu-malu nak cakap dekat mic tu.
yelah, 300 peserta bersamaan 300 pasang mata yang memandang.
tu tak campur lagi dengan tetamu, dan pelajar2 lain yang datang untuk menonton umthiyyah thaqafiah ni. (haha, susah students accounting ni, jumlah mata tetamu pun dia nak kira)

tapi akhirnya, kami terus bersemangat sebab kami sedar,
kami yang handle majlis tu.

alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar.
dan terselit juga masalah-masalah komunikasi yang timbul.
biasalah kami pun manusia biasa yang sememangnya tidak sempurna
tapi kami cuba buat yang terbaik.

gambar ? tak de la nak upload kat sini.
yang penting segala yang terjadi malam tadi telah terakam dalam memori saya dan akan kekal di situ sehingga ke akhir hayat. =)

akhir sekali, kami bergambar bersama ustaz adil
rasa 'farhun jiddan' bila ustaz bagi komen macam ni :

" saya da tengok 3 umthiyyah thaqafiyyah dan antara ketiga-tiga tu saya rasa kamulah yang terbaik. dan daripada 100, kamu dapat ... (buat suspen je)...... 95 markah"

ucapan ustaz disambut tepukan gemuruh daripada kami.

alhamdulillah.

saya gembira bersama BMB 2.

and i want to say out loud : i am happy with usim.

P.S : rasanya usim da berjaya buat saya setuju dengan tagline nya. "gembira bersama usim".

once again. Alhamdulillah
all praises to Allah kerana bagi kami merasa bahagia seperti ini.

wassalam~

Thursday, April 7, 2011

.realiti.

إن الحياة قصيرة

والموت بغتة



Hidup tak lama

Mati datang tiba-tiba


Saturday, April 2, 2011

.miracle.

hari tu ada cousin kahwin
kebetulan time weekend tu tergerak nak balik,
yalah duduk lama2 menghadap buku pun, rasa nak muntah hijau gak
balik rumah, tak payah baca buku..
what a pleasure ! =) haha

ok ok, sambung
my cousin, yang kawen tu anak dia la..
tak tau pe hubungan anak dia dengan aku..
yang pasti ada pertalian darah la..
dush, fail dow bab nak buat salasilah ni..

so, pengantin perempuan tu tak de la kurus
tak de la tak cantik
dalam kategori biasa2. sedap mata memandang.

lepas tu, pak cik Kori cakap.

" kak nor kawen ni is a miracle. her marriage is a miracle".

"aish, kenapa plak?" buat aku confuse je kat situ

"ni terbukti even orang x cantik pun ada jodoh, still kawen juga"

"oo000oooo" lama aku nak menyebut 'o' tu..

heh.. nak absorb benda2 orang besar ni.. payah sikit.

sampai aku terfikir la kan

kecantikan tu,
dari tubuh badan ke dari hati?

even aku tau je jawapan dia apa..

tapi memang tu ke ukuran orang zaman sekarang?
pelik kan?
eh, ke aku yang pelik ni?

yalah, hidup jodoh rezeki maut tu semua rahsia Tuhan kan..
kita hidup ni pun Allah yang tentukan tempat tinggal kita.
even ada je kaum kerabat aku yang lahir, hidup dekat kelantan
meninggal dekat kl. . tanam pun kat kl gak..

tu semua rahsia kan..
even dengan siapa jodoh kita still rahsia la kan.
sampai hari yang Allah tetapkan jadi, barulah benda tu da x jadi rahsia.
betul x?
lek lek.. faham ke x ni? hee

isteri uncle Kori ada bagi nasihat kat aku.. ok, she is a revert =)

sambil pegang tangan aku atas meja kenduri tu, beliau berkata:
"nurul, nurul doa kat Allah. minta kat Allah bagi jodoh yang sesuai untuk nurul dunia dan akhirat"

"ow, auntie buat macam tu ke?"

"aah. alhamdulillah, dapat pak cik Kori ni. mak cik doa kat Allah biar Allah yang pilih untuk mak cik. jodoh yang sesuai dengan mak cik dunia dan akhirat. so, nurul kalau nak doa, tak perlulah nak mention certain2 nama. ya, mungkin kita suka kat orang tu tapi belum tentu kita betul2 kenal dia kan. after kawen, baru kenal siapa dia yang sebenarnya"

"oooOOOoooo"

terharu dow time tu. bagi nasihat kat aku.
air mata aku da bertakung time tu..
da la tengah makan nasi minyak. tunduk je.
cover line beb. takkan nak hujan2 lak kat situ.
tetiba plak masuk mood tasing2 ni.. aiseh
aaa~ haru betul

tapi nasihat tu la yang aku pegang sampai sekarang
' just doa biar dapat jodoh yang sesuai dunia dan akhirat' =)

aku yakin dengan kekuatan doa.

usaha? doa pun kira usaha beb! aku kan wanita.. hehe


pak cik kori pun menyambung.

" adawiyah (her wife, auntie yg bagi nasihat kat aku tu) pun is a miracle"

"oh yeah ? kenapa pula ek?" ok. aku jadi orang yang paling byk tanya kat situ.

auntie wiyah pun jawab
"dulu, masa mak cik masuk islam. mak cik terus pakai jilbab dengan jubah ( i bet mesti dia da belajar islam dulu kan kan? =) ) . lepas tu kawan2 sekerja kat klcc perli2 makcik, cakap macam tak de siapa yang nak kat makcik. lambat jodoh la sebab pakai tudung plus tak pakai make-up semua tu. tapi, Alhamdulillah, mak cik doa dekat Allah. kahwin dengan pak cik Kori kamu ni. dan makcik kahwin lagi awal daripada kawan2 sekerja makcik dengan expectation mereka"

aku mengangguk faham.
rezeki masing-masing kan.

perjalanan hidup pun berbeza.
macam makcik wiyah.

she is an indian. she used to embrace other religion. until she chose to be a Mosleem. married to pak cik Kori, a lecture, a statistician, a piety Mosleem (that's the most important part).
Alhamdulillah.

jumpa mereka time kahwin kak nor tu, i bet mesti ada something yang Allah nak tunjuk kat aku kan.

yang sampai balik kampus pun aku duk terfikir pasal masa depan.

entahlah,
kalau dulu aku sangatlah x nak bercakap soal jodoh-nikah-kawen ni.
fikiran time tu cetek, rasa macam tu untuk orang2 besar je.
tak pernah nak ambil serius.

tapi aku tak sedar,
semakin lama aku semakin menginjak usia.
sampai satu masa memang kena kawen jugak kan?
tapi tak de la aku kata aku nak kawen sekarang.

pandangan peribadi aku senang je

aku tak sokong bercinta sebelum ada apa2 ikatan ni.
bagi aku, itu tak perlu, buat menambah saham dosa je buat apa.
amalan aku pun tak cukup lagi.

kalau ada la kan yang kacau aku sekarang ni
nama dia memangla kena reject awal2. (aku rasa bukan aku sorang yang buat macam tu)
bagi aku,
lelaki yang baik tak kan kacau aku straight away, tak kan distract aku punya pelajaran dan tak kan buat aku lalai dari mengingati Tuhan.

kalau betul serius, terus jumpa mak ayah.
maybe la zaman orang duk men fesbuk ni, zaman millionare,
orang akan kata cara aku ni macam budak kampung
pemikiran kolot,
semua nak serah kat mak ayah,
tak de pilihan sendiri ataupun tak laku sampai nak kena arrange2 plak.

bagi aku. pilihan mak ayah , itulah yang terbaik.
kenapa perlu sibuk2 mencari ?
disaat pencarian ilmu itu yang lebih utama?

dan aku tak nak terikat sebelum aku betul2 diikat.

aku tau, satu hari nanti, aku akan diuji dengan apa yang aku cakap
tapi aku akan terus berpegang dengan prinsip dengan iman yang aku ada.

malu rasanya andai title islam itu menjadi fitnah kepada dunia.
malu rasanya andai menjadi muslim tapi tidak menjadi mukmin.
malu rasanya andai ilmu berlambak didada, sikit pun tak diamalkan !
malu rasanya andai tahu ada Tuhan, tapi hidup style macam x takut Tuhan




teringat lebih kurang kata-kata bro shah;

bila cinta da kuat
taik kucing pun rasa coklat.

haha. gler geli en.







bercinta itu halal HANYA selepas nikah =)

p/s : i pray for my miracle. ameen.
opps, i pray for our miracles .
(n_n) ameen.

peace~