Friday, February 4, 2011

planner dunia akhirat =)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

asif jiddan, saya tak update selalu
bila balik rumah, saya cuba menghargai setiap detik bersama keluarga
sebab tu saya tak suka online 24-7..no offense.. haha

sebenarnya ni macam kali kedua kut,
saya balik lepas 3 minggu..haha
saja je nak test diri biar jadi tabah
ikutkan hati, rumah dekat
tiap-tiap minggu nak balik
hari jumaat je terus hilang

tapi saya sedar
sudah masanya saya berubah
terkejar-kejar dengan ktm setiap hari jumaat pun tak guna kan
asyik nak balik memanjang
padahal rumah tu tak lari mana pun =)

baru cam rasa kenikmatan selepas lama tak bersua.. hoho
kak ngah pun balik bercuti plkn, lepas ni dia pergi balik..
semua balik.. kira hari-hari tak menang tangan la
ummi asyik masak je.. adalah maid yang tak bergaji kena la tolong..haha
best best..

dan bila balik rumah la saya rasa ujian yang paling besar
dan kita berhadapan dengan musuh, iaitu diri sendiri
masa ni la menuntut mujahadah yang sangat kuat
untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya
sebab kat rumah, kita adalah kita
tak de sesiapa yang boleh ingatkan kita
even kalau sekadar mesej pun macam tak cukup
rasa cam lemah je..

tapi masa ni la kita kena bangkit
dan cari kekuatan untuk terus melakukan ketaatan
tiada waktu rehat bagi yang bergelar hamba kan?
setiap masa kita kena ibadah, dan apa yang kita lakukan jadi ibadah bila semuanya diniatkan kerana Allah..

saya ada planner
setiap hari, saya catat apa yang saya rancang,
apa yang saya nak buat pada hari tersebut
tapi lama-kelamaan saya sedar
kebanyakan perancangan yang saya buat mengarah ke dunia
akademik.. hafal surah.. akademik

dan saya baru sedar
planner saya tak seimbang
saya ada planner dunia
tapi saya kurang planner akhirat

duduk kat rumah,
mengajar saya membuat planner akhirat sendiri
ma'thurat, dhuha, qiam, baca quran, tadabbur




rugi kan kalau hanya dunia yang kita kejar
mengapa tidak kita kejar dua-dua?
dunia dan akhirat
dan sesiapa yang membuat pelaburan untuk akhirat tak kan rugi woo!

suka untuk saya kongsi ayat favourite saya ;

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (64:17)

nak tau macam mana nak buat planner akhirat?

^__^ waa, teruja sungguh la korang ni!

nama lain untuk planner akhirat ialah mutabaah ibadah
haa, mesti pernah dengar kan?

zaman dolu-dolu memang la biasa benda ni diedarkan
lagi-lagi dalam kalangan naqib-naqibah
tapi serasa saya
kala ini, kita semua lebih memerlukan planner akhirat itu
untuk terus tsabat dan tetap di jalan-Nya

klik untuk download ------> PLANNER AKHIRAT


buat akhirnya, renungkanlah kata-kata dari Syed Aidh Al-Qarni

hari kelmarin telah tiada
hari ini sedang berlangsung
sementara hari esok belum lahir
Harimu adalah hari ini
maka isilah ia dengan ketaatan
nescaya engkau akan mendapat
keberuntungan


ha ! selamat merancang dan selamat beramal !!


moga Allah redha

2 comments:

NidzamYatimiRamli said...

syukran atas perkongsian link mutabaah tuu...

Nurul Athirah said...

ha.. sama-sama