Friday, February 18, 2011

are you master in Sirah?

adakah anda cukup mengenali insan-insan di sekeliling Rasulullah ?

cuba jawab soalan-soalan di bawah ;

anda tidak dibenarkan untuk mencari sebarang rujukan, sila jawab tanpa menggunakan pakcik google atau buku-buku.. sejauh mana anda mengenali dan memahami sirah para sahabat?

AYUH BUKTIKAN !!

1. Beliau adalah sahabat karib dan insan teristimewa buat Rasulullah. Nama sebenar beliau adalah Abdul Kaabah.


2. Rasulullah memperbetulkan singkapan kainnya apabila bertemu dengannya. Beliau seorang yang pemalu.


3. Memiliki 4 orang cahaya mata iaitu Hassan, Husain, Zainab dan Ummu Kalsum.


4. Nama sebenar beliau Amir bin Abdullah bin Jarrah. Memeluk Islam melalui Abu Bakar.


5. Merupakan seorang Rahib Nasrani yang dapat melihat tanda-tanda kenabian Rasulullah.


6. Ia diseksa oleh tuannya yang bernama Umayyah bin Khalaf.


7. Seorang sahabat yang digeruni, ibunya bernama Hantamah binti Hasyim. Ia telah ditikam oleh Abu Lu'luah ketika solat.


8. Ibunya bernama Safiyah binti Abdul Mutalib. Anak saudara kepada Siti Khadijah.

9. Beliau disaudarakan dengan Saad bin Rabi Al-Ansori. Ibunya bernama as-Shifa binti Auf.

10. Bekerja sebagai pembuat anak panah di siang hari. Mengalami mimpi yang aneh sebelum memeluk islam dan akhirnya memeluk islam berdasarkan mimpi tersebut, hasil dari hidayah Allah.


11. Bapanya bernama Ubaidillah bin Usman. Nama samaran beliau Abu Muhammad. Pernah ditangkap oleh Naufal bin Khuwailid bersama Abu Bakar. Kedua-dua mereka diikat di tiang dan diseksa.


12. Bapanya tidak akan makan sembelihan binatang jika sembelihan itu tidak disebut nama Allah. Beliau memperisterikan Fatimah bin Khattab.


13. Beliau merupakan sepupu Khadijah sebelah bapa. Beliau sangat tua dan sudah buta ketika khadijah menceritakan hal keadaan Rasulullah ketika turunnya wahyu Allah yang pertama.

SEMUA SOALAN ADALAH WAJIB JAWAB KEPADA SEMUA PEMBACA !!!

plus apa ibrah yang anda dapat dengan menjawab soalan2 ini?..


the Answer ? coming soon =)

2 comments:

AmirSyafiq said...

(failed)

Nurul Athirah said...

THE ANSWER

1. ABU BAKAR AS-SIDDIQ

2. UTHMAN BIN AFFAN

3. ALI BIN ABI TALIB

4. ABU UBAIDAH

5. BAHIRA'

6. BILAL BIN RABAH

7. UMAR AL-KHATTAB

8. ZUBAIR

9. ABDUL RAHMAN BIN AUF

10. SAAD BIN ABI WAQAS

11. TALHAH

12. SAID BIN ZAHID

13. WARAQAH BIN NAUFAL


p/s : hakikatnya masih banyak lagi sirah nabi dan para sahabat yang belum kita khatamkan dan hadam serta hayati dalam kehidupan.

moga kalian terus mencari kebenaran !! moga tsabat di jalan-Nya!!!