assamalamualaikum w.b.t..
lama rasanya tidak menaip aksara2 di ats laman ini..
sekarang, saya nak kongsi tentang Ramadhan
ya, setiap tahun akan ada satu bulan..
bulan yang mana kita diwajibkan berpuasa...
tiap-tiap tahun berpuasa...
adakah kita masih mahu berada di takuk yang lama?
pada tahap iman yang lama?
sikap yang lama?
bulan Ramadhan ..
Allah bagi sebagai satu madrasah
agar kita koreksi diri kita ..
siapa tahu bila diwajibkan berpuasa ??
okay..
sebenarnya Allah telah mensyariatkan beberapa perkara pada
------> bulan syaaban, tahun ke-2 hijrah,..
setelah Nabi Muhammad sallalahu alaihi wassalam menyiapkan Piagam Madinah dan menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah..
Allah telah menetapkan beberapa syariat penting pada bulan Syaaban,tahun kedua hijrah ni..
first, ibadah puasa..selain menahan lapar dan dahaga..
kita juga dituntut untuk menahan segala pancaindera kita daripada melakukan apa yang diharamkan Tuhan..
sedar tak sedar,,
berpuasa pada bulan Ramadhan ini juga adalah merupkan salah satu daripada Rukun Islam yang lima..
ingat tak hadith tu?
Islam dibina daripada lima perkara..
termasuklah puasa
mari kita hayati sejenak..
mengapa puasa?
sebab Allah nak latih kita tahan nafsu..
nafsu boleh ditahan dengan rasa lapar..
dengan rasa lapar, baru kita rasa kita bertuhan..
andai diri sering kekenyangan..
kita akan lupa untuk bersyukur nikmat yang selama ini kita terima
dari Tuhan..
then, kenapa puasa 30 hari @ 29 hari?
bukan puasa setengah bulan, dua minggu atau 25 hari sahaja
maksudnya kat sini,
Allah nak kita masuk Islam secara menyeluruh
bukan sekadar perlakuan kita
bukan sekadar solat kita
bukan sekadar pakaian kita
tetapi semuanya... semuanya
Islam itu syumul
Islam itu indah
dan lebih indah lagi
jika Islam yang sebenar itu kita praktikkan bersama..
* * * * * * * *
second, dalam bulan syaaban, tahun kedua hijrah ni jugalah
Allah mensyariatkan
zakat..
sebab tu dalam bulan Ramadhan kita diwajibkan membayar zakat fitrah..
cuba kita renung kembali..
pensyariatan puasa dan zakat diturunkan pada bulan syaaban
then, pada bulan Ramadhan tu,
terus Nabi dan ummat Islam kena puasa dan kena zakat..
bayangkan..
kena terus puasa 30 hari..
kalau kita time kecik2 dulu..
awal2 puasa pun.. liat.. susah ..
lagi satu,
cara kita makan tak sama dengan para sahabat masa dulu..
kita kalau puasa kat sini,
makanan buka puasa tu terjamin ada..
ada duit, senang nak beli..
tapi, kalau para sahabat
makanan mereka kurma..
bukannya macam kita
makan nasi,
dengan lauk ayam , telur,ikan, daging
tu tak campur lagi dengan kuih-miuh
tepung pelita, murtabak dll
tapi..
dengan nikmat2 yang begitu banyak ni.
mengapa kita tak buktikan rasa bersyukur kita
dengan menjaga kualiti puasa kita..
puasa yang Allah sendiri akan nilai..
satu-satunya ganjaran yang ditetapkan oleh Allah
bukan para malaikat kiri dan kanan ..
* * * * * * * *
yang ketiga,
Allah membolehkan kita untuk "qital"..
maksudnya
berjihad melawan musyrikin yang mengganggu kita
tapi kalau nak berperang pun..
tak boleh la dengan kanak-kanak, wanita dan orang tua
mereka ni golongan yang lemah..
cantikkkan Islam ni?
dengan detail Allah tunjuk kita cara untuk menjalani kehidupan
even cara2 untuk berperang sekalipun..
Perang yang paling besar dalam sejarah Islam ni adlaah perang Badar..
perang yang disyariatkan dalam bulan Ramadhan
kat sini, nak tunjukkan yang bulan Ramadhan ni bulan untuk kita berjihad..
dalam keadaan ummat Islam yang sedikit,,
minoriti 313 orang untk berlawan dengan majoriti 1000 orang
kalau nak fikir logik akal..
memanglah kaum muslimin akan kalah..
tapi dengan kuasa Allah, tiada apa yang mustahil..
dan
kalau nak ikutkan
boleh je Allah turunkan bala tentera malaikat untuk kalahkan kaum musyrikin..
tapi nak tunjuk kat sini..
Allah nak kita usaha..
only then, Allah akan tolong kita..
dan dalam Perang badar pun
hanya 14 sahabat yang gugur syahid
beruntunglah tentera-tentera Allah dalm perang Badar ni,
sebab Allah janjikan syurga buat mereka..
so, pengajaran yang kita boleh ambil kat sini..
bulan Puasa ni bukan bulan untuk kita berehat-rehat
bukan bulan untuk kita bermalas-malasan..
tetapi bulan Ramadhan ni
adalah bulan untuk kitaberjihad
melawan hawa nafsu
melawan sikap2 negatidf yang ada dalam diri
'versus' memang sakit..
tetapi itulah yang penting untuk membentuk diri menjadi lebih baik.. :)
* * * * * * * *
dan keempat, Allah mensyariatkan pertukaran kiblat dari masjidil Aqsa ke arah Kaabah yang terletak di Makkah
saat hati Nabi Muhammad gusar kerana kiblat kita di Masijidil Aqsa sama dengan kiblat orang Yahudi, Allah mendengar detik hati Nabi..
kemudian berlakulah peristiwa tahwilul kiblat (pertukaran kiblat) ini ketika Nabi sedang solat..
dan sebab itulah wajib keatas kita untuk mempertahankan Palestin..
for your info,
solat menghadap kaabah ni
menjadi pembeza antara kita dengan Agama lain..
begitu juga dengan ibadah puasa
belum ada satu agama pun yang mensyariatkan agar ummatnya
berpuasa sebulanmelainkan ummat Nabi Muhammad sallalahu alaihi wassalam..
* * * * * * * *
so, sama-sama kita generate diri
dan perindahkan peribadi agar objektif utama Ramdhan tercapai
yakni menjadi hamba Allah yang bertaqwa
semoga usaha kita diberkati
dan doa kita didengari
oleh Tuhan Yang Maha Pemberi
May Allah Bless..