Thursday, August 27, 2009

erm

actually..nak post banyak2..

so sorry..athirah x dpt nak update skg..

even dapat online.. i have to finish my assignment..

tq kpd sesapa y sudi buka blog ni..

n sorry kpd sesapa y da buka blog ni tp blog ni x ber'update'2..

saLam..

Saturday, August 22, 2009

Antara Blogspot atau Blogpsot

sumber : iluvislam.com
penulis : myikhtiar

Sedar atau tidak sedar, pengaruh yahudi semakin menular. Mereka bukanlah berjuang semata-mata menggunakan senjata. Benar, teknologi senjata mereka sukar ditandingi masakan tidak sekitar Gaza penduduk Palestin merana hilangnya tempat berteduh. Namun ada satu senjata yang sukar kita tentangi. Ia tidaklah memerlukan jemaah ribuan tentera, namun ia memerlukan kekuatan diri sebagai benteng daripada keangkuhan Yahudi.

Perang Psikologi?

Itulah kaedah peperangan yang kini semakin menular ke seluruh dunia terutama negara Islam. Namun persoalan di sini bukan ingin penulis ulaskan tentang yahudi kerana terlalu panjang untuk dihuraikan siapakah yahudi yang sebenarnya.

sila cuba..
Baik, sila lihat URL blog penulis

cth : www.namaanda.blogspot.com
www.namaanda.blogpsot.com

Mereka telah mereka satu laman web tentang kitab penjelasan kitab Bible. Diperhalusi melalui perkataan blogspot kepada blogpsot.

Cuba anda buka www.apa2jer.blogpsot.com. Lihat apakah yang anda lihat?
Bijak mereka menggunakan teknologi sedia ada mengoncangkan akidah kita.

* * * * * * *

saya cuba beberapa blogspot yang tak wujud dan gantikan dengan blogpsot. nampaknya semua redirected ke site abundantbible.com. maybe dia dah beli domain blogpsot.com

targetnya mungkin orang-orang yang nak cari pasal islam di blogspot-blogspot, bila tersilap taip maka masuklah dia ke laman web abundantbible.com

Rujukan :
http://www.myikhtiar.com/search?q=bible

Friday, August 21, 2009

adakah sekadar malam pertama?

kalau kita lihat dan perhati betul-betul, situasi y berlaku kini

berapa ramai umat Islam yang bercerai-berai selepas mendirikan masjid? ...
setelah memiliki beberapa orang anak..
adakah wajar untuk berpisah begitu sahaja?..
dan anak2 menjadi mangsa perceraian...

apakah sebabnya?
adakah manisnya sebuah rumah tangga itu sekadar malam pertama?
mengapa x dipupuk rasa mahabbah dan kasih sayang dalam keluarga untuk hari-hari yang seterusnya?
begitu banyak persoalan y merangsang adrenalin kita agar berfikir dan terus berfikir..

bila si lelaki mula pasang yang lain di luar..
bila si perempuan mula bosan dengan pasangannya..
berlakulah perkara y kita semua x jangka..PERCERAIAN

sedang kita tahu,
perceraian adalah perkara yang amat x disukai oleh Allah s.w.t..

* * * * * * * * *

begitu juga suasana ketika berada di dalam bulan Ramadhan..
bila malam pertama datangnya Ramadhan,
Masya-Allah, ramainya jemaah yang datang..

tetapi lama kelamaan..
bila masuk minggu ketiga dan minggu keempat Ramadhan,
bilangan jemaah semakin berkurang dan berkurang..

di manakah mereka pergi?
adakah membuat kuih raya dan membakar lemang di malam hari lebih baik daripada melakukan solat sunat terawih di bulan Ramadhan?

sedangkan pada malam-malam terakhir,
ada satu malam yang dinamakan sebagai "Lailatul Qadar"
malam yang Allah janjikan lebih baik dari 1000 bulan..

sekali lagi persoalan menyesak minda..
adakah kesungguhan kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan ini sekadar pada malam pertama?
adakah di bulan Ramadhan sahaja kita perlu melakukan kebaikan?

persoalan2 y saya timbulkan ini, bukanlah untuk dijawab di sini..
tetapi tanyalah diri, tanyalah hati, tanyalah iman anda...

"Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza"

..seKian..

Monday, August 17, 2009

aku dan tanggungjawab

hmm.. aku rasa macam nak cakap pasal isu tanggungjawab plak..

well, sume orang ada tanggungjawab en?
-sebagai anak
-sebagai kakak,abang atau adek
-sebagai kawan

tapi sejauh mana pelaksanaan kita dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan ini ?/

sekali lagi aku cuba untuk memuhasabahkan diri ini yang sering leka dan alpa

dulu..

maSa darjah 2 :
aku dilantik jadi penolong kelas..
time budak2 en? apala y aku tau sangat,
just lead salam bila ketua x de..
ni bila kelas bising, aku biar je..
sebab aku pun wat bising sama..

maSa darjah 3, 4 dan 5 :
aku dilantik jadi pengawas..
aku x tau sama ada aku ni jadi pengawas dlm erti kata sebenar ataupun mawas?
hmm, but still i am a human-being..
pengawas pakai baju warna biru la katakan.,huh

bila perhimpunan tarik bendera biar sampai atas..(kengkadang tu x sampai pun)
pastu lead ikrar..
suro budak2 diam time assembly..
n make sure class dlm keadaan y terkawal bila cikgu2 x de..
tu je kot, seingat aku la apa y pernah aku sumbangkan kat sekolah..

ehh, ada lagi satu..aku ni ditugaskan jadi pengawas jaga tangga tengah..
cikgu2 je boleh lalu tangga tu .. setakat ni, aku memang komited ar jaga tangga tu..
jadi Jaga senanya..x pe2, ikhlaskan niat..

maSa darjah 6:
aku pindah sekolah baru coz parent nak pindah rumah..
bayangkan ar, kena berpisah ngan kengkawan n amik UPSR kat sekolah lain..
waa, actually sedih.. tapi nak wat cam ne en?

n dengan x disangka-sangka ..
aku dilantik menjadi ketua kelas kat sekolah kebangsaan aku y baru tu..
terkejut betul, well, biasanya lelaki en y kena jadi ketua..
ni pompuan plak..
aik, dunia da terbalik ke?

cikgu y lantik aku coz cikgu kata lelaki kelas tu mcm x leh harap..
hmm, pelantikan aku ni bukannya y kali pertama..
actually cikgu da lantik da 2 ketua kelas pom sebelum aku,
tapi dua-dua tu x nak..
so, cikgu terpaksa la lantik aku..the last choices..
aku terima.. da sume org x nak, sape nak urus kelas?

alhamdulillah, aku da ada pengalaman jaga kelas sblum ni sbgai pengawas,
so, wat keje sbagai ketua kelas ni mcm x banyak beza ..
but still, it has slightly different from being a prefect sebab ni melibatkan kelas je..
senang cket nak handle..

maSa tingkatan 2 dan 3:
sekali lagi, amanah dipikulkan ke atas bahuku,
aku dilantik menjadi prefect,
tapi ni lain sket,
coz da sekolah menengah..
kerjanya spot-check, kawal sekolah..
tolong cikgu uruskan sekolah supaya x ramai y buat masalah..

jadi pengawas ni,
sedikit sebanyak telah merapatkan hubunganku dengan cikgu2..
paradigma aku juga berubah..

seringkali kita memikirkan posisi dan perasaan kita sebagai student..
tapi pernahkah kita terfikir posisi dan perasaan cikgu2?
bila budak2 langgar peraturan..
bila budak2 baca n tonton bahan y x sepatutnya..
bila budak2 bantah dan lawan cakap cikgu2..
cikgu2 y letih memikirkan cara untuk mendidik anak-anak muridnya..
tetapi apakah peranan kita? fikirkan..

sama ada aku jadi pengawas atau x,
orang still melabelkan aku sbagai "skema"..
well, pendirian aku x kan berubah even org mengata y bukan2..
x salah jadi skema.. ikut peraturan..
sebab peraturan tu diwujudkan untuk dipatuhi..bukan dibantah..
buat apa nak bantah2?..
buat apa nak mengata belakang cikgu?
sume tu x kan mengubah peraturan y sedia ada..
n at last, kita kena akur juga..

ikutlah peraturan selagi mana ia x melanggar hukum syarak..
seperti kita ikut dan patuh dengan segala gerak-geri, bacaan dan perbuatan di dalam solat..
mengapa x dibawa ketaatan itu di luar solat?..
tepuk dada, tanya iman..tanyalah hati

maSa tingkatan 5:
aku pindah sekolah baru time tingkatan 4,
atas permintaan ayah pada mulanya..
sebab aku x pernah terfikir untuk berpindah..
bagi aku, kita boleh berjaya kat mana-mana..
x mengira tempat ataupun suasana..
because nothing is impossible to a willing heart..
tu prinsip aku ..

tapi, sebab masa awal2 form 4 tu,
penolong ketua umum mcm ada hidden agenda.
dy suro aku pegang kunci blok asrama puteri,
aku pelik..
x kan suro aku?
n akak tu panggil aku n ckap ngan aku face to face kat bilik warden..

"tira, akak nak tira tolong akak jaga asrama ni.."
"kenapa saya?...pilihla orang lain ke?"
"alaa, tira ni, x leh ke akak nak mintak tolong ?"

hmm, bijaknya akak tu bermain dengan kata,
dan aku tau niatnya,
dia mahu aku jadi penggantinya untuk tahun hadapan..

dan aku nampak riak wajahnya berubah,
bila aku menyatakan bahawa aku hendak berpindah sekolah..
bukanla bermakna aku cuba untuk melarikan diri dari tanggungjwab..
tapi cukupla sekadar itu,
aku ingin memberi peluang kpd orang lain untuk merasa berada di atas..

memang ketentuan Tuhan,
aku x dapat lari dari takdirnya..
sekali lagi aku diuji masa form 5..
aku dilantik sebagai setiausaha pengawas di sekolah baruku..
x terjangkau akalku..
mcm mana nak melaksanakan tanggungjawab seberat ini?
n pada tahun y sama aku bakal menghadapi SPM ?

sungguh, Allah x kan menguji hambanya sekiranya hambanya x mampu
dan Allah x pernah silap untuk memberi ujian tertentu kepada hamba2-Nya y terpilih..

aku cuba sedaya upayaku..melaksanakan apa y diamanahkan..

* * * * * * * * *
habis hikayat aku zaman sekolah dolu-dolu..
bukanlah aku menghitung berapa banyak jawatan yang pernah aku pegang..
tapi apa y penting sejauh mana usahaku dalam menunaikan tanggungjawab y telah diamanahkn..

bak kata seorg cikguku : tugas itu amanah, kerja itu ibadah

dan kini aku merasa kemanisan berada di bawah..bila org x mengenaliku sebagai orgy berjawatan..bila orang melayanku sebagai orang biasa2..aku bahagia..

sesungguhnya kehidupan ini umpama roda..
kadang2 diatas..kadang2 di bawah..
dan ingatlah,
x selamanya kita di atas,
dan x selamanya kita di bawah..
kerana roda itu berputar dan terus berputar...
selagi hayat dikandung badan..

Monday, August 10, 2009

dah 'ada' ke ?

hmm, soalan yang da lali telinga aku dengar..
sejak muka macam da matured n umur da meningkat 18..
tapi ketinggian macam bdk comel je...hehe

erm,
actually aku x suke la nak kena jawab soklan yang sama..
nak-nak plak orang tua y tanya..
nak diam..kang kata rude plak..
so, aku pun jawabla .." x de lagi la, nak blaja dulu"..
tapi dyorang x percaya plak..
adehh..
ade ke patut dyorang ckp aku da ada..tapi x nak bagitau..

dalam hati aku memberontak je..
nak je aku ckp.."orang ckp x de, x de la..x de sapa pun y nak kat org masa ni"..
tapi aku diam jugak...
kata-kata ku x terluah..
cuma senyuman pahit terpamer di wajahku..

ada tu, orang lain plak tanya..
"laa, kenapa x de lagi..patut masa2 mcm ni la kena ada..esok2 senang, x yah cari da"
hmm..duhai auntie ku sayang.. bukannya org kena kawin esok..
sekali lagi aku membisu dan kata-kata terpendam jauh di lubuk hati..

adakah ini pemikiran orang masa kini?
adakah perlu untuk ada seseorang dalam hati sebelum nikah?

aku tau ummi n ayah x ske mende2 mcm ni..
ada tu plak, sorang hamba Allah ni pegi tanya soalan maut ni depan ummi n ayah aku..
nak je aku jerit.."senyapla, tanya la soalan lain ke?..."
jawapan sama.." saya x de lagi laa.."

kadang-kadang..aku ada terfikir juga..
betul ke x de siapa-siapa y special dalam hati aku?
nafsu menyebut nama ajnabi2 y pernah hadir dalam hidupku..
pantas, aku menggeleng-gelengkan kepala ..
hati menjawab " cukupla Allah, Rasul, Ummi dan Ayah serta Sahabat2ku"
kerana saat ini, masanya belum tiba lagi untuk membina masjid..

belajar,belajar dan terus belajar itu y utama..
dan meletakkan prinsip "belajar no. satu, Islam bukan no. dua"

kerana bila masa dan waktunya telah tiba,
jodoh x kan ke mana..

so, ingatlah janji Allah kepada kita bahawa..
"wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan y baik"


..seKiaN..

Tuesday, August 4, 2009

the special day

tentang 6 og0s

1) wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Jibril (iaitu cara pertama)di Gua Hira' ... Tarikh wahyu (ayat) pertama : Malam Isnin 17 Ramadhan tepat pada 6 Ogos 610 masihi.

2) Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki.

6 august is just too special..its might be the historical date for the world, even for me too..

Monday, August 3, 2009

kehilangan identiti

kehilangan identiti muslim : dilema belia masa kini.

seringkali manusia mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah..
seringkali juga manusia lalai dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas muka bumi..

firstly, ana nak cakap pasal identiti..

Apa itu identiti ??

identiti bermaksud gaya hidup atau pegangan hidup seseorang.

identiti ni merangkumi 3 tunjang utama iaitu mental, emosi dan penampilan.

tidak sempurna identiti muslim kita kalau kita menunaikan solat tetapi kita x pakai tudung..
tidak sempurna juga identiti muslim kita kalau kita menutup aurat tetapi x jaga muamalat dengan ajnabi..

pendek kata, identiti muslim ni kena meliputi semua perkara..semua ni pakej..hilang satu, yang lain2 tu x bermakna..


Apa identiti kita?? Kita nak ikut siapa ??

identiti kita adalah identiti muslim..marilah kita merujuk kepada firman Allah s.w.t;

"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"

dalam kita terfikir-fikir..apakah identiti yang perlu kita tonjolkan.. sedangkan Allah telah memberi jawapan kepada kita iaitu jawatan kita sebagai hamba Allah.

bagaimana kita sebagai seorang muslim tertanya-tanya siapakah yang harus dijadikan sebagai ikutan padahal jawapannya sudah ada dalam dua kalimah syahadah yang bermaksud
"aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

di sini, kita boleh menilai sejauh mana penghayatan kita terhadap kalimah syahadah yang acapkali kita ucapkan dalam solat kita sehari-hari..muhasabahlah wahai sahabatku !

Rasulullah s.a.w telah diturunkan kepada kita untuk dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh teladan yang terbaik) dalam segala perkara sama ada perkataan, perbualan dan pergaulan sesama manusia dan dalam menjaga hubungan dengan Allah..

sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak mulia"

Idola atau ikutan?

idola mengikut kamus dewan edisi ketiga bermaksud patung, berhala atau sesuatu yang dianggap berkuasa.

Jadi adakah wajar kita sandarkan perkataan idola itu kepada manusia?..fikirkan..

sebenarnya kita telah dimomok-momokkan oleh Yahudi dengan perkataan idola sejak dari kecil tanpa kita sedari. Yahudi sebenarnya telah mengkaji kelemahan umat Islam. Apabila mereka mengalami kekalahan yang besar dalam perang salib, mereka sedar bahawa mereka memerlukan strategi lain untuk mengalahkan umat Islam.

Dan kini mereka yakni puak Yahudi menjajah kita dengan serangan pemikiran iaitu dengan menerapkan budaya hedonisme (suka berhibur) dalam diri kita. siapa yang x kenal Jaclyn Victor ( juara Malaysian Idol) dan David Archuleta (naib juara American Idol). ?

begitu kita dilalaikan dengan hiburan dunia sehingga anak-anak muda zaman kini lebih dahulu mengenali artis2 barat daripada sirah Nabi2.. silap siapakah ini?

Bagaimanakah keadaan orang-orang yang baik ?


orang-orang baik seperti yang telah disebut dalam Al-quran iaitu orang yang selalu melakukan taubat dan orang yang melakukan kebaikan..

nak membangunkan personaliti orang mu'min ini bermula dalam keyakinan ibadah solat.

Kalau kita mampu untuk mentaati rakaat-rakaat dalam solat, bacaan-bacaan dan gerak-geri dalam solat, maka bawalah ketaatan itu dalam melaksanakan perintah-perintah Allah yang lain.

hidup kita ni sebenarnya x lepas dari perjuangan..

oleh itu..
Wahai Sahabatku,

jadikan gerak itu jihad, kata-kata itu khutbah dan jadikan ibadah sebagai ambang berjumpa Allah..