Sunday, July 17, 2011

bila masuk umur mengundi

kebelakangan ni, aku jadi pening sendiri.

ok, dalam erti kata lain aku yang cari pening.

memikirkan politikus di negara sendiri




dimanakah ada nur kebenaran?





argh. aku jadi penasaran..

mana yang betul? mana yang salah?

(argh..aku boleh jadi gila memikirkan ini)





aku penat mendengar berita dari sebelah pihak.

aku penat mendengar caci-maki dari kedua belah pihak

aku penat melihat sikap keanak-anakan warga kota ini..






aku baca ini dan ini..

aku tahu aku masih mentah.

tapi aku tak buta, aku tak pekak dan aku tak bisu
untuk melihat situasi sebenar.





akan tiba suatu saat

bila umurku mencecah 21 tahun (dengan izin Allah)

aku perlu memilih

aku berdoa aku tidak tersilap dalam membuat pilihan

undian menentukan siapa yang layak memegang kuasa






aku tidak terkejut tatkala aku berbicara dengan soal rakan-soal politik

dia menyatakan hasrat bahawa dia tidak akan keluar mengundi

dia tidak akan memilih dua-dua belah pihak

ah, mungkin dia sudah 'lelah' dengan permainan politikus di negara ini




tapi aku tidak akan mengambil langkah se'ekstrem' dia

aku tahu, aku masih punya hak untuk mengundi sebagai rakyat

aku masih punya suara untuk disuarakan (cuma, mungkinkah akan didengari?)










maaf untuk menyatakan.

































tapi undi aku adalah rahsia (haha)

2 comments:

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

di manakah nur kebenaran?

oh... diri ini jg tercari-cari!

finding serene said...

soalan sama :(