Monday, September 27, 2010

gadis paling cantik

Oleh :D r. Hindun Abdullah
Terjemahan :Ust. Anwar Fakhri

Jalan Menuju Kecantikan
Bunga atau mutiara?




Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman… daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hati anda menjadi gelap… yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Renungan

Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang… Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

artikel diambil dari - krim

Sunday, September 26, 2010

bebas. aman.



sebelum terlambat, mari muhasabah..
apa sumbangan kita demi Islam?


Realiti ; kau tak sayang aku !

kisah yang akan saya bawa ini adalah kisah benar. cuba penceritaan semula sahaja.

Aziz dan David berkawan baik. sejak kecil lagi mereka sudah rapat.

Ya, ibarat belangkas. di mana anda bertemu Aziz, David juga ada turut bermain bersama-sama.

zaman terus berlalu, masing-masing menginjak dewasa. David dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Aziz meneruskan pengajiannya di Malaysia. Masa membataskan. mereka jarang untuk menelefon bertanya khabar antara satu sama lain.

5 tahun selepas itu

ibu Aziz memberitahu anaknya bahawa David akan pulang ke Malaysia. Aziz gembira tak terkata apabila menerima perkhabaran bahawa David sudah memeluk agama Islam.

maka, nak dijadikan cerita..
Aziz bersiap-siaga menunggu kepulangan David di KLIA. teruja sungguh dia.

nampak sahaja kelibat David, Aziz terus menerpa dan memeluknya.
tiba-tiba, David membisikkan sesuatu kepada Aziz.

kau tak sayang aku !

eh?.. apa yang kau cakap ni David, ni aku la Aziz. kita kan kawan sejak kecil. Aku sayang kau dan aku da anggap kau macam adik-beradik aku sendiri !!

kalau kau sayang aku, kenapa sedikit pun kau tak pernah cerita pasal Islam ? kalau kau sayang aku kenapa tak terangkan kunci syurga tu adalah kalimah LAILAHA ILLAH MUHAMMAD ARRASULULLAH ? kalau aku mati kafir macam mana??

terdiam Aziz mendengar butir bicara David. tertunduk malu dia mendengarnya.

**********

benar, hidayah itu milik Allah
tapi menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan walau satu ayat.

itupun, jika anda benar-benar sayangkan mereka
bukan sahaja kawan anda, malah sesiapa sahaja

dan tegurlah saya dan sahabat-sahabat anda
jika mereka melakukan kesilapan atau kesalahan

jangan jadi 'yes man' tak tentu hala..
katakanlah yang benar walaupun pahit

anda juga - terbukalah untuk menerima teguran agar anda menjadi lebih baik.

kata Saidina Umar : manusia yang bijak ialah mereka yang boleh memberi dan menerima nasihat.


May Allah Bless Us

Wednesday, September 22, 2010

ibarat semut

aku

ibarat

semut hitam kecil..

mengharungi batu-batu kehidupan..

daun-daun,
ahh.. alangkah terasa berat
menghempapku yang kerdil ini..

ku temui busut kecil
aku mahu beradu !

Tuesday, September 14, 2010

tautan hati

tajuk entri macam tajuk novel pula ye??
tautan hati ni berkaitan dengan ukhuwah,, dengan persahabatan..

Alhamdulillah,
saya diketemukan dengan dua kawan
kawan yang akhirnya bertukar menjadi sahabat
dan akhirnya tautan hati antara kami semakin erat..

syukur kepada Tuhan ..
Allah yang Maha Memberi
Dialah yang mencampakkan rasa cinta dalam hati-hati kami
agar saling kasih mengasihi antara satu sama lain..
sungguh,
selayaknya Allah untuk dicintai..
Cinta Tempat Teratas..

dua sahabat yang saya maksudkan ialah Siti Maryam Bt Mohd Zainal dan Norimah Bt Mt. Yusoff

mengenali mereka,
banyak mengajar saya erti kehidupan..

kami bersama selama 2 tahun di Bestari
tatkala itu, kami masih belum mengenal hati budi masing-masing
ya.. anda boleh katakan kami berkawan assabiyah..
jadi.. macam x rapat sangat ..
walaupun sekelas.. form 4, form 5

kuasa Tuhan,,
tiada siapa mampu menduga
kami dipertemukan lagi di USIM
kursus yang sama
Tamhidi Accounting and Muamalat..
saya jadi tertanya-tanya
apakah yang ingin Allah tunjukkan di sebalik pertemuan kami ini?

hubungan kami bertambah erat
rancangan Tuhan..
melalui Maryam.. saya jadi mengenali dunia tarbiyah..
kita dididik agar menjadi muslim yang sebenar..
saya, Maryam dan Norimah ..
kami melangkah bersama
dalam mencari sinar agar kaki terus tetap pada jalan-Nya yang lurus..

perkenalan kami membuahkan hasil..
ada Mabit.. kami bermukim di rumah-rumah murabbiyah..
saya jadi lebih mengenali apa itu ukhuwah
bila kami solat berjemaah bersama-sama
bila kami makan dalam satu talam..
anda boleh melihat 6 tangan dalam satu dulang..

lagi mengharukan
ada seorang ukhti tu
suapan pertama untuk saya..
masa tu rasa macam malu pula..
segan pun ada..
namun, mereka tidak malu
tiada apa yang dimalukan dalam berukhuwah
kita sama-sama perempuan kan?

ouh, nasib baik tak nangis terharu je..
walaupun perut mereka pun berkeroncong minta diisi
saat itu juga mereka mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

benarlah kata kak Min
“tahap ukhuwah yang paling rendah ialah berlapang dada dan tahap ukhuwah yang paling tinggi ialah itsar”

itsar maksudnya mendahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri..

kalau nak muhasabah balik, kadang-kadang.. tahap yang paling rendah pun saya tak lepas lagi..
berlapang dada.. tak boleh marah-marah.. kita kawal perasaan kita.. kita maafkan sahabat kita walaupun mereka tidak meminta maaf.. kita sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka..

Allah, berilah saya peluang untuk mendaki tangga ukhuwah yang teratas..

serasa saya, banyak lagi yang perlu kami cari gali ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat
ilmu yang tidak akan dapat di dalam universiti atau di kelas-kelas tutorial..
ilmu kehidupan.. ..ilmu praktikal..
bukan ilmu teori yang mengeras dalam lipatan buku-buku teks yang tebal..

semoga ukhuwah yang kami bina ini dapat disemai dan dibaja agar berkekalan hingga ke akhir hayat..
semoga Allah masih lagi memberi kasih sayang-Nya kepada kami agar kami cenderung untuk berbakti dan berjuang di jalan-Nya..

dengan doa Rabitah yang saya titipkan buat Norimah dan Maryam, juga buat sahabat-sahabat pembaca saya yang setia,, saya mendoakan agar tautan hati antara kita akan kekal erat seperti eratnya tali yang disimpul mati..

akhir kalam, ukhuwah itu walau jauh di mata, tetapi tetap dekat di hati .. dan sebaik-baik hadiah buat sahabat ialah doa agar mereka sihat sejahtera, hidup dan mati dalam iman hendaknya.. jangan lupa doakan saya juga ya ! =)

sekian.

p/s : syukran ya uhkti ima. buku Langit Illahi karya Hilal Asyraf tu memang best.. insya-Allah, saya akan memanfaatkan kandungannya sepenuhnya..



May Allah Bless Us

Friday, September 3, 2010

ramadhan meninggalkan kita

RAMADHAN, KEDATANGANMU DIRAI
PENINGGALANMU DITANGISI

ramadhan bakal pergi meninggalkan kita

dan entah tentu entah tidak
mungkin kita juga yang bakal meninggalkan dunia sebelum ramadhan.

andai ini ramadhan terakhir..
jadikan ianya yang terbaik..

macam ramai murabbi n murabbiyah yang cakap

bulan ramadhan ni bulan tarbiyah..

so, apa yang penting sekarang
apakah yang akan berlaku pada diri kita selepas bulan ramadhan?
adakah masih sama seperti sebelum ramadhan?
adakah menjadi lebih teruk lagi? naudzubillahi min zalik..

kat sini
nak tekankan hasil selepas ramadhan
adakah ramadhan kali ini benar2 meresap ke jiwa2 kita?
adakah keluar daripada ramadhan, kita betul2 kembali kepada fitrah?
suci bersih .. bak bayi yang baru lahir..

kalau dalam bulan ramadhan,
kita mampu untuk bangun sahur
qiamullail dan sebagainya

selepas ramadhan,
adakah kita mampu untuk bangun lagi..
bukan untuk sahur
tetapi untuk terus bangkit melakukan qiamullail ini

kalau dalam bulan ramadhan,
al-quran kita kelek ke mana-mana..
kita baca selagi ada ruang tersedia
kita tadabbur dan meneliti makna-nya..
kita mampu untuk melaksanakan target 1 juzuk sehari

selepas bulan ramadhan,
usahakanlah untuk melakukan amal yang sama
dan seharusnya kita menjadi lebih baik lagi..
kalau kita boleh bawak buku setebal buku econs Nellis Parker ke mana-mana,
mengapa kita x boleh untuk membawa al-quran yang mulia itu bersama-sama kita juga..
al-quran yang bakal menjadi syafaat dan saksi kita di akhirat kelak..
dan selitlah masa yang ada untuk membaca al-quran 1 juzuk sehari juga..

kalau dalam bulan ramadhan,
kita cuba sebaik mungkin untuk dapat solat berjemaah
untuk setiap solat fardhu..

mengapa tidak untuk beramal jamaie selepas Ramadhan?

kalau bulan ramadhan
kita mampu untuk berdamping dengan Ma'thurat 2 kali sehari..
pagi dan petang..
sepatutnya kita boleh juga untuk membacanya pada hari-hari biasa..

cuba dan cuba
usaha kita dipandang Tuhan..
ingat.
Tuhan tidak pernah melupakan hamba-Nya

kita yang sering melupakan Tuhan
tapi jangan jadikan 'nisyan' sebagai alasan..
sebab itu kita dijadikan berteman
agar saling memperingatkan..

=-----------------------------------------------------------------=
sebenarnya 11 bulan selepas Ramadhan ini dapat membuktikan
sejauh mana kita terkesan dengan ramadhan kita pada kali ini..

so, nasihat untuk diri sendiri.. ingatan untuk diri sendiri.. teguran untuk diri sendiri
dan untuk sahabat-sahabat pembaca juga

istiqamahlah dengan apa yang kita lakukan sekarang
walau setelah kita keluar dari universiti Ramadhan sekalipun..

ada yang gagal dan ada yang berjaya
pilihlah untuk menjadi graduan Ramadhan yang berjaya
graduan yang mampu meraih nilai taqwa dalam hatinya, dalam segenap perlakuannya, dan dalam seluruh kehidupan kita pada akhir universiti ini..

akhirnya, jadilah hamba Tuhan yang ada izzah sebagai seorang muslim..
yang berani untuk tampil sebagai muslim sejati !!

jadilah hamba Tuhan
jangan jadi hamba Ramadhan !!





~relakan diri berubah dan relakan diri diubah- alhan nur~

May Allah Bless Us

Wednesday, September 1, 2010

tip ubat batuk

minggu lepas, aku dengan aina, aini, yaya, nady, asma n pura pergi ke perpustakaan negara...
niat di hati, ingin mencari bahan untuk assignment titas (tamadun islam n tamadun asia)

assignment ; faktor kelangsungan tamadun islam, eropah, china, India, Melayu..

untuk sampai perpustakaan negara (PN) uh, kitorang ambil ktm dari batang benar.. berhenti dekat stesen putra.. then, ambil teksi..

kitorang pun tahanlah satu teksi ni..
orang cina. tua. muka macam serius.

even PN dekat je tapi lambat juga nak sampai sebab da nama pun kl en..
traffic jam je memanjang..

kebetulan pula,
time tu kurang sihat sket..
so, batuk-batuk la dalam teksi tu..
hehe.. maaf ye
mengganggu ketenteraman awam sungguh la aku ni..

tetiba, pak cik tu tegur

you demam ah ?

kawan aku y baik hati tolong jawabkan

aah pak cik, dia tak sihat sket ari ni

oo, you kalau mau cepat baik.. you letakkan 5 titis minyak cap kapak dalam mulut you, lepas tu you tido.. kalau tak percaya cakap saya, you cuba dulu la..

hehe.. aku tersenyum.. buat lawak ke hapa pak cik ni..
tak pernah aku buat.. ni da bertentangan dengan norma2 hidup seorang aku.. heh..
ye la sangat..

betul ke ni ?

iyaa la.. you tak payah percaya cakap doktor.. ikut je cakap saya.. kalau you sembuh, belanja saya.. okay??

haha.. demand sungguh pak cik ni la..
by the way, thanks a lot for the 'ilmu'..

balik je rumah..
agak2 pukul 10 mlm tu, aku pun tanya la ina ..
nak sket minyak cap kapak..

bila ina tengok aku cuba nak tuang cap kapak dalam mulut

ehhhhh, buat apa tu? risau benar bunyinya

nak minum sket, he he he

la, tak payah.. tak payah.. sapu je minyak TYT ni dekat leher tu..

=(

ilmu baru tak dapat nak aplikasi,,
apa nak buat,,
da ina sayang kan?.. ha ha
kalau suruh betul2 pun, aku tak berani pun
saje je acah2.. bajet berani la sangat..

tapi kan bila aku ingat balik..
releven ke statement pak cik tu kata ubat doktor bukannya boleh percaya sangat..??

heh.. teringat pula.. masa first2 kena demam tu..
pergi la jumpa doktor kat HEP..

dia check la suhu sume .. then, dia cakap

you have a bad fever.. now, no more fasting

huaa.. rasa nak nangis jek.. ada ke patut suruh orang bukak pose?
sampai sudah, aku still puasa... sayang la puasa tu..

tell you what,
doctor tu bagi 8 jenis ubat..

- ubat antibiotik, ubat selsema, ubat batuk, ubat diarrhea, panadol berpapan-papan..

banyak siih..

sebelum keluar bilik doc tu, sempat lak dia cakap ;

you have to eat all of your medicines !!

=(.. ceh, baru je nak ngelat..

ubat semua tu sebagai pemudah cra je kan untuk kita sihat balik?
yang bagi sihat tu Allah
yang tarik nikmat sihat tu pun Allah..

pengajaran dari kisah ni untuk dirku sendiri ;

jaga kesihatan anda.. hargai diri sendiri dan jaga hak2nya supaya tak jatuh sakit lagi..
demam punya pasal.. sebab busy, ingat dunia ingat akhirat
lupa pula badan ni kena rehat
kita bukan robot kan?

aiyaa tira.. diri sendiri pun x bleh nak jaga betul2
macam mana nak jaga orang lain?

okay .. okay..
baik .. baik..

mulai hari ni,, kalau nak buat kerja pun..
berpada-padalah.. jangan kerja kuat sangat.. nanti sakit
jangan kerja bertangguh.. nanti ketinggalan

kerja selagi ada daya
selagi ada tenaga..
da sakit buat cara sakit kay !

actually, hari tu terlintas dalam hati
da lama x sakit.. jealous tgk orang sakit..
tanda Allah sayang..
Allah ampunkan dosa walaupun tercucuk duri
alhamdulillah,
demam ni sedikit sebanyak telah memuhasabahkanku
membuka mata tentang kawan yang sejati
tentang nikmat2 yang sebelum ni Allah beri iaitu nikmat sihat..
nikmat yang mana lebih berharga daripada lautan emas..
semoga demam ni menjadi kaffarah dosaku yang sebelum ni dan akan datang..

sekian..


May Allah Bless Us