Sunday, July 17, 2011

bila masuk umur mengundi

kebelakangan ni, aku jadi pening sendiri.

ok, dalam erti kata lain aku yang cari pening.

memikirkan politikus di negara sendiri




dimanakah ada nur kebenaran?





argh. aku jadi penasaran..

mana yang betul? mana yang salah?

(argh..aku boleh jadi gila memikirkan ini)





aku penat mendengar berita dari sebelah pihak.

aku penat mendengar caci-maki dari kedua belah pihak

aku penat melihat sikap keanak-anakan warga kota ini..






aku baca ini dan ini..

aku tahu aku masih mentah.

tapi aku tak buta, aku tak pekak dan aku tak bisu
untuk melihat situasi sebenar.





akan tiba suatu saat

bila umurku mencecah 21 tahun (dengan izin Allah)

aku perlu memilih

aku berdoa aku tidak tersilap dalam membuat pilihan

undian menentukan siapa yang layak memegang kuasa






aku tidak terkejut tatkala aku berbicara dengan soal rakan-soal politik

dia menyatakan hasrat bahawa dia tidak akan keluar mengundi

dia tidak akan memilih dua-dua belah pihak

ah, mungkin dia sudah 'lelah' dengan permainan politikus di negara ini




tapi aku tidak akan mengambil langkah se'ekstrem' dia

aku tahu, aku masih punya hak untuk mengundi sebagai rakyat

aku masih punya suara untuk disuarakan (cuma, mungkinkah akan didengari?)










maaf untuk menyatakan.

































tapi undi aku adalah rahsia (haha)

Friday, July 15, 2011

love @ first sight

watch you eyes

then you will not fall in love

because once you fall


it's hurt to delete it back from your heart

it's hurt to deny that you don't feel anything

it's hurt to fight with your own feeling


once again

watch your eyes, athirah!

watch your eyes, my dear friends!



let find the love of the Creator of Love



status : pretending that I'm not feeling anything

love @ first sight

love. i don't believe that true love is exist.

it's not like men are from mars and women are from venus.

i told my friends about my theory.

guess what, they scold me.. blabbering bla bla bla.

Wednesday, July 13, 2011

r i n d u

Assalamualaikum buat pembaca semua. Rasanya sudah lama saya menyepikan diri dalam blog ni. Mungkin korang rasa yang aku da tak nak tulis da (anyway, korang betul).. haha.. tapi aku rindu pula nak menaip..

Setakat hari ni, da 7 hari aku cuti kat rumah. Cuti Final Sem 2. Alhamdulillah, well siapa tak suka cuti weh? .. Insya-Allah, cuti sampai raya. So, lebih kurang duduk rumah dalam 2 bulan (muka happy gler)

Tapi, yang kurang bestnya. Adik-beradik tak cukup kuorum. T_T how I miss them damn much!!

Kak ngah dekat matrik perlis. Kelakarkan, ada ke dia kata kena serang dengan Charlie (ni nama tebuan).. haha, ingatkan Charlie and the Chocolate Factory.. sian kan? Plus cuaca dekat Perlis tu tak menentu, dia asyik selsema je. Well, I think tu selesema rindu.. haha.. da 3, 4 bulan dia tak balik rumah. Dia pun ambil ‘accounting’ juga.

Kak ngah, aku tau ko tak baca blog ni. (ko kan tak de laptop :P) aku rindu kat ko la. Lain kali, murah hati la call aku.. ni asyik aku je call ko. ( hampeh tol). Walaupun kita selalu gaduh (aku tau ko sayang aku kan?..).. haha. Perasan (anyway, aku selalu sayang ko). Aku cari gaduh sebab nak dapat perhatian (sounds childish then) ..

yela. Kita masing-masing asrama khatam 5 tahun, sekolah lain-lain. Jumpa pun bila cuti je. Sebab tu la bila berjumpa macam tak sebulu. Haha. Padahal ‘the same bloods are running in our veins’.

Kalau ada resume. Hobi aku tulis, menyakat semua adik-adik aku terutama kak ngah.. ngeee.. weh, ko kata balik bulan 8 kan, aku tunggu hadiah dari perlis tau.. haha .. eh, ko da janji kan? Jangan nak buat-buat lupa !! T_T (muka berharap)

Sorang lagi. Appa. Nama dia Azfar Hakimi (aku tau nama dia sedap kan).. tapi kitorang panggil appa je.

Appa adik aku yang kedua. Sekarang Form 4 dekat SAMER. He is my best man. (ayat macam hape)

Aku jarang nak gaduh dengan dia ni sebab perangai kitorang sama. Rajin. Haha. Well, aku sayang orang rajin. Siapa tak ternganga, naik tingkat atas, adik lelaki aku ni tengah menyapu dan kemas rumah. Sesetengah lelaki ego kan?. Tapi aku tak boleh puji dia.. cakap ‘ fuiyoo’ pun tak boleh. Nanti dia stop buat kerja. Ha, ego disitu.

Tapi dia tak lembut. Tak sotong pun. Kalau tak da lama aku luku kepala dia.
Hari tu appa ada cakap dekat aku :

“kak long, orang da pandai menyapu, memasak (telur je pun), menjahit (guna mesin jahit ummi) dengan basuh pinggan”

‘erk??. So ko nak kawen ke nih ?..’

“mana ada, cuma orang lagi baik dari kak ngah tu”

Hampeh. Haru betul. Ada ke patut nak compare dengan kak ngah yang sangat ‘rajin’ tu. Haha, memangla kau menang.

Appa, cepatlah balik rumah. Kak long rindu nak main badminton. Takpela, kak long bagi can kau menang. (ingat senang-senang nak bagi kau menang? ;)

Umi aku cikgu smk biasa. Umi berusaha semua anak-anak dia masuk asrama. Alhamdulillah, sekarang 2 anak dia da selamat habis 5 tahun asrama, appa pula da 4 tahun.

Well, mesti ada yang tanya kenapa tak sekolah dekat sekolah umi je?.
Haha. Umi tak nak anak-anak dia masuk sekolah menengah biasa terutama sekolah menengah umi. Umi lagi tau keadaan kat sana kan?.

tapi kan, kalau diperhatikan balik. Sikit je masa aku dengan family. Umur sampai 12 tahun duduk rumah, budah kecik tak terfikir pun nak berbakti dekat ibu ayah secara serius. Umur 13-17 tahun, duduk asrama. Hidup banyak habis masa dekat sekolah. Umur 18 tahun masuk tamhidi. Sekarang umur 20 tahun.

Alhamdulillah, sekarang saya dapat hikmah ‘tidak terbang ke seberang lautan’. Hah. Sebab Allah bagi peluang saya berbakti dekat umi dengan ayah. Saya tak kata orang yang fly tak boleh berbakti, bawa pulang kejayaan pun pasti menggembirakan orang tua.

Yang penting bukan kuantiti masa yang diluangkan, tetapi kualiti masa kita bersama mereka.

Cuma orang di sini boleh raya dengan family :P. haha . well, I love my family, I love Malaysia.

So, saya ambil keputusan untuk tidak bekerja sepanjang 2 bulan ni. Bekerja dekat rumah je la. Menjadi suri rumah. Suri di hati umi dan ayah. Tak salah kalau kalian nak bekerja, cuma masa yang ada ni gunakanlah dengan sebaiknya.

aku bersyukur Allah jadikan aku perempuan. Sebab dulu, aku terfikir kenapa Allah tak jadikan aku lelaki. Haru betul. Tapi, rupanya lelaki banyak tanggungjawab daripada perempuan. Aku tak mampu.

Tapi ajik (adik ketiga) aku cakap:
“kak long ni tomboy, kak ngah mak nyah”

Sheesh. Aku rasa dia ni keliru dengan identity kakak-kakak dia. Haha. Keliru nak guna ‘term2’ yang betul pun satu hal.. aiyakk..

Tu baru list rindu adik-beradik.

Ni list rindu kawan-kawan

1. Norashikin bt Mohd Isa (Jordan)

Syukran jazilan sebab call hari tu. 40 minit kan. Tak cukup nak cerita semua. Mesti muka orang tu da macam orang arab kan ;). Haa. Jealous.

2. Khaliesah bt Kamal Azhari (Perancis)

Lisah, thanks a lot. Sebab ingat dekat kita, sebab call kita. Ingatkan nombor 0301 tu dari mana, rupanya dari perancis. Lisah, this is a reminder. Awak makin cantik, jangan letak gambar dekat facebook. Saya sayang awak.

Eh, hari tu awak cakap macam ni kan ; “atie, kita nak bagitau awak yang kita sayang awak.. sayang sangat-sangat”.

Ok, saya sangat touching. Haha. Saya pun sayang awak juga.

3. Siti Hajar binti Azhar (Mesir)

Miss miss miss, kismis. Ni pantun are-jaa kan?



Haha. Siannya, tak dapat call kita. Anyway, all the best exam tu ey. Insya-Allah mumtaz. Berjaya kerana Islam =)

rindunya dekat semua. bila mau reunion?.

aku pun rindu usrah. rindu wardah, rudy, sumaiyah(x pernah tunggang), mujahidah..
plus kak zack, ain, imah, iyam, umi rudy nurrayyan sufiyyah, rimbun ijo, kak nisa'@nor.. selalu malam jumaat, ada usrah kan? T_T. miss that.

sama-sama jaga mutabaah. duduk rumah takde siapa nak ingatkan.. kena fight sendiri. btw, bila kak zack nak msg ni?.. huu~


" hargailah sebuah perpisahan,
kerana di situlah kita mengenal erti sebuah pertemuan"
^__^