Wednesday, November 14, 2012

Tips Hijrah


Alhamdulillah, saya sempat mendengar satu pengisian dari Ikim pagi tadi.

So, saya nak kongsikan tips2 hijrah as mesti ramai yang ada azam baru kan?

1. Kalau nak berubah, jangan bertangguh-tangguh .

Contohnya, ada sebatang pokok kecil tumbuh dekat depan rumah kita. Then, kita biar je sebab pokok tu kecik lagi, walaupun sebenarnya pada kita pokok itu semak dan tak perlu pun. Kita asyik memberi alasan, esok-esok je lah aku cabut pokok kecik ni..

Along the way, lama-lama pokok ni da besar sampai mengakar dan mencengkam ke tanah. Pokok yang semak dan tidak menghasilkan buah pun. Waktu tu, kita da semakin tua disebabkan faktor usia yang semakin meningkat. So, masa tu kita nak cabut pokok ni pun da tak kuat.




Samalah macam sifat mazmumah yang ada dalam diri kita. Satu benda kalau lama-lama kita buat dan biarkan, lama-lama ia jadi tabiat.

Jadinya, once kita da terdetik nak berubah, teruslah berubah. Jangan ditangguh-tangguh..  macam kita aim sehari nak baca 1 juzu', then terus buat dan baca sehari 1 juzu'. Jangan asyik menyebut .."nantilah dulu.."

akhirnya akan menjadi
aku buat sehari dua, aku tinggal seminggu dua
aku buat seminggu dua, aku tinggal sebulan dua
tak nak la macam tu kan?


2. Niat untuk berhijrah dan berubah, mestilah bersungguh-sungguh.

Apa-apa yang kita nak buat, mestilah bersungguh-sungguh. Barulah apa yang diazamkan itu menjadi kenyataan.


3. Kita juga perlu berdoa kepada Allah supaya dikurniakan istiqamah agar terus dalam melakukan amal kebaikan.

Doa agar istiqamah mudah sahaja, saya kira anda boleh terus menghafal sejurus membaca ayat ini.

اللهم الرزقنا الإستقامة
(allahummar zuqna istiqamah) - ya Allah, rezekikan kami istiqamah

ataupun doa ini

 اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
- ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan melakukan amal ibadat kepadaMu

4. Dalam proses penghijrahan, banyakkanlah membaca sirah -sirah Nabi dan para sahabat.

dan kalau kita nak jadi orang yang sabar, berkawanlah dengan orang yang sabar.
pemilihan kawan juga penting untuk membantu proses hijrah kita

seperti yang selalu kita dengar..
kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi tu akan terlekat sama pada kita walaupun kita tak masuk kedai minyak wangi tersebut

dan kalau kita berkawan dengan tukang besi, cebisan api itu mungkin akan terkena pada baju kita dan akhirnya memudaratkan diri walaupun hakikatnya kita tak masuk pun bengkel itu.

Sekadar perkongsian, mungkin kalian boleh menambah jika ada yang lain.
sama-samalah kita berkongsi, bukan sahaja untuk penambahan ilmu tapi yang lebih penting lagi adalah penambahan amal


Salam Maal Hijrah,
1 Muharram 1434 H.

No comments: