Friday, June 28, 2013

CueTue Adventure, Tips and Sharing Moment

Assalamualaikum guys and gals !!

Lama rasanya tidak menulis. Okay, kali ini saya akan berkongsi tentang aktiviti hiking yang terbaru adalah misi menawan Gunung Kutu yang terletak di Kuala Kubu Baru pada 13-14 April 2013 yang lalu.

Ekspedisi ini telah disertai oleh 30 orang = kaki hiking ♥


Disebabkan 4  bulan telah berlalu dari peristiwa hiking ni, untuk bercerita tentang aktiviti2 da tak ingat sangat da.. so, I will try sharing tips and advices especially for addicted hikers for a great hiking experience !

1. Betulkan niat. Mohon doa sungguh-sungguh dalam hati agar segalanya dipermudahkan. Agar pendakian tidak sia2, niat tadabbur alam untuk mendekatkan diri lagi dengan Sang Pencipta. Moga kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

2. Bawa air. 2 atau 3 botol besar. Perjalanan mendaki gunung sangatlah mencabar fizikal dan mental. Dan akan terasa sangat dahaga!.  Kalau boleh bawak juga choc sebab tu bagi fast energy untuk badan.

3. Pakai sarung tangan untuk mengelakkan daripada bahaya terpegang benda-benda secara direct macam terpegang duri atau ulat ke. At least, tak kena terus kat tapak tangan tu. Untuk kasut, kalau boleh cari kasut getah, standard RM 12 je kat Giant tu.

Kasut getah ni bagus, sebab apa ? kadang- kita akan lalu sungai  atau kawasan yang berlumpur atau berlecak. So, kasut getah ni dapat tahan dari stoking basah dan akhirnya menyebabkan kaki kecut. Hari tu, saya pakai kasut sukan je, habis stoking basah semua.. Lesson learnt!

4. Kotak kecemasan mestilah mempunyai alatan yang lengkap. In case, kalau nak cari ubat tengah-tengah hutan tu senang. Lagi satu, kalau boleh bawa sorang dua kawan-kawan yang ada ilmu tentang perubatan dan menangani hal-hal kecemasan macam budak PBSM ke, budak medic ke. At least ada orang yang kita boleh refer kalau apa-apa hal.

5. Berjalan kat tengah-tengah hutan tu mestilah dalam kumpulan - dalam 2 atau 3 orang. Berjalan seorang diri is a big NO. Nanti sesat, siapa susah? nak contact orang lain, bajet tengah hutan tu dapat line?? Lagi satu, kalau ada kawan-kawan kita yang penat, rehat dulu.. apa salahnya tunggu dia habis lelah, bukan nak kejar pegi mana pun. Nak daki gunung sama-sama, then tawan puncak pun sama-sama la.

6. Ok, ni optional. Bawa la camera atau fon korang yang canggih tu. Snap, snap and snap!! view dekat tengah hutan dan puncak sangat la osem kot !! Subhanallah.

kitorang tak habis-habis rasa macam dalm cerita 'Siti di Alam Fantasi'.. tak pun macam Snow White masuk hutan .. haha

7. Agak-agak lost dalam hutan tu, perhatikan pokok-pokok sekeliling. Kalau nak daki gunung ni, kita mestilah bukan orang yang pertama en? da ramai orang yang treasure dulu sebelum kita. So, kemungkinan besar untuk pokok yang bertanda tu ada.

Macam dekat gunung kutu, bila mana kami menjumpai dua simpang - akan ada satu pokok yang bertanda dengan tape AWAS. so, kami tau direction nya kena ikut arah pokok tu.

8. Kalau boleh sebelum pendakian, buat research dulu tentang tempat yang kita nak pergi tu. At least kita ada sedikit gambaran tentang tempat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

9. Elakkan membawa barang-barang yang tidak perlu di dalam beg. Cuba ringankan beg seringan yang boleh, tapi makanan wajib bawa. Nanti lapar ~ No excuse for food. hehe

10. Rancang dan usahakan aktiviti yang best-best dekat puncak macam masak nasi sama-sama, masak air, masak maggi dalam tin sardin =_='

walaupun benda-benda simple, tapi bila buat sama-sama then it will create a very beautiful moment together =)


Experience. Moment. Together


 

That's all from me. Hope you enjoy it.

Ramadhan akan datang beberapa hari sahaja lagi
Jom prepare untuk rebut Ramadhan pula !!