Tuesday, February 19, 2013

Thailand, here we come !

Assalamualaikum. Lama rasanya saya tidak menulis. 3 bulan (pheww).

Alhamdulillah, awal bulan Februari yang lalu saya berkesempatan menyertai Lawatan Antarabangsa bersama 67 pelajar yang lain ke Thailand..

 say what? Sawadeekaaa~

Lawatan Antarabangsa ni bertujuan untuk membuka mata dan minda pelajar serta memberi peluang kepada kami untuk belajar budaya, makanan serta cara pembelajaran yang berbeza di tempat lain. Selain itu, ia juga mampu mendidik pelajar agar lebih berdikari, yakin diri serta bersedia dengan apa jua yang mendatang (if you know what I mean).

Bagi saya, program ini agak berjaya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengutip dana, membuat paperwork dan sebagainya. Kalau tidak, tak merasalah saya cabut rumput rumah orang, cuci longkang, handle event, pergi Cerakah n etc etc .. Semua ni memberi pengalaman yang bernilai dan membuat saya membuka mata bahawa mendapat duit yang beribu riban bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi, sebab nk travel kan.. btw, Man Jadda, wa Jada

So, here is our itinery
4 Februari 2013
 11.00 am - bertolak dari FEM

5 Februari 2013
09.00am - 10.00 am : Bertolak dari Bukit Kayu Hitam
02.00 pm : Tiba di Tungsong, Nakhon Sithamarat (Mkn & Solat)
10.00 pm – 12.00 am : Tiba di Chungkong (Mkn Mlm & Solat)

06 Februari 2013
06.00 am : Tiba di Pratchurat (mkn/solat/berehat)
08.00 am : Pasar Terapung (Floating Market) di Dam Non Saduak
10.30 am : Bertolak ke Bank Islamic, Bangkok
01.00 pm : Bank Islamic, Bangkok
05.00 pm : Check-in regend Hotel
8.00 pm : Ke Muslim Seafood (Mkn Sebanyak mungkin dgn syarat akan didenda jika makanan tidak dihabis)
10.00 pm : Pasar Malam terbesar Di bangkok

 07 Februari 2013
07.00 am : Sarapan
08.00 am : Betolak ke Kasim Bundit University
10.00 am : Lawatan ke PANYAPIWAT Institute of Management
06.00 pm : Kanchana Buri ( Menginap di Rumah Rakit)

08 Februari 2013 09.00 am : Jambatan Maut (keretapi Maut masa Zaman Jepun)
04.00 am : Pantai Chak Arm
08.00 pm : Bertolak ke Songkla

09 Februari 2013
09.00 am : Tiba Di Pantai Goro Songkla
02.30 pm : Tiba di Bukit Kayu Hitam

okay, basically i will explained our journey based on pictures. enjoy!


meet my partner, tikanor. A very hardworking s/u and kind hearted too :)

ceria je muka-muka ni. aten, mas dan ecah. bas 1 in memory. cayalah!. memandangkan masa kami banyak terluang dalam bas, sampai 4 cerita movie hantu siam ditayangkan. haih.. sabar je la. Saya memang tak layan la citer2 hantu ni kan.. heh. but tell you what, watching those movies make me braver. at the end, saya among yang request tayang citer hantu siam, walaupun tak paham satu apa dia cakap. hehe. 



@ one of the Muslim Restaurant. tak ingat dah kat mana sebab most of the time kami tidur dalam bas, then bila ada pitstop turun makan dengan muka mamai. hehe.. just nak share, word yang paling common kami tau sawadeekaa je. heh. tapi sebenarnya kan cara sebutan tu lain tau berdasarkan gender. macam untuk laki kita greet 'sawadeekapp', then untuk perempuan 'sawadeekaa'.. okay, sebut biar lemah lembut gitu. ahaks



pemandangan Menam Chao Phraya. dulu belajar je time Sejarah, tak sangka dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah. kalau korang nampak la kan, tepi2 tu rumah yang dibina atas sungai. Interesting kan?

Makan2 di Muslim Seafood. Kelakar sungguh time ni. Agak2 datang restaurant thailand, dengar lagu siam la kan? tup tup, restaurant ni pasang lagu Siti Nurhaliza sebab meraikan kedatangan kami dari Malaysia ni. :)

Makan ! paling sedap ayam dan daging sebab da marinate very2 well dengan perencah . guess what apa kat tangan saya tu? for sure la my favourite, ketam! wee 



capture the moment. Happy. Bliss. Serene

Peace ^_^

Lorong 22 ialah tanda untuk sampai ke hotel. Ada sekali tu, kami diberi peluang untuk ke pasar malam terpanjang di Thailand. Dari tapak pasar malam ke hotel kami terpaksa berjalan sejauh 2 km. Sebab kami tak jumpa2 simbol lorong 22, kami ingat da sesat da tengah2 negara orang tu. Rupanya sebab hotel tu jauh lagi. Alhamdulillah tak putus asa berjalan walaupun time tu banyak kali jugak la berhenti sebab penat. 

           berjalan dengan ekin ('',) hehe.. tak beli apa sangat pun, habis RM 4.90 je kat pasar malam ni - tu pun beli spec hitam buat bergaya. haha

Breakfast @ Regent Hotel with asirah, me, marliana . A Muslim Hotel. Sangat2 bersih. even pelayan2 pun pakai tudung cantik2. Yakin sket nak enjoy makan2 tu kan?


Athirahs @ Kasem Bundit Universiti.


Kami bersama tenaga pengajar Kasem Bundit Universiti. Basically universiti ni best gler. Ada swimming pool, bowling, padang dan banyak lagi. hoho. I did ask one of the lecturer about the main language that being used in this university. Of course Thailand Language. Unless if I am taking International Subject, so it will be taught in English.
Highlight event - pergi melawat PIM (Panyapiwat Institute of Management). As a token of appreciation, PIM gave us a notebook each. tu yang Maryam pegang. Kap Kun Khaa

tambah ilmu =)

okay, saya share la sikit apa yang saya dapat ya. Kami dengar taklimat pasal Cabaran Negara Thailand untuk menyertai AEC (Asian Economy Community). dimana AEC adalah satu langkah menyatukan negara-negara Asean dalam bidang ekonomi. We will work as ONE. okay, one of the challenges that need to be face by Thailand is the level of proficiency in English is very low. Thailand has been ranked to be in 49th among Asean countries which mean low proficiency while Malaysia has been ranked to be in 9th which represent quite high proficiency in English.


with yaya, wan, nadia :) okay, for your information, there are only 3 public listed companies in Thailand namely CPF (Agriculture based company), True (Service Provider for Telecommunication) and lastly CPO (focusing on retailing). Tell you what, no wonder la kami jumpa banyak sangat 7 eleven dekat Thailand ni sebab rupanya semua ni under CPO dan ada lebih kurang 6000 7 eleven di Thailand. Tentang CPF - satu company yang saya rasa sangat berjaya dan sepatutnya dikuasai oleh Muslim. Bayangkan dari proses menternak ayam, mengutip telur, memproses nuget sampai la pembuatan sosej, semuanya dikuasai oleh satu company- bermakna syarikat ni memang menguasai pasaran. Tu tak yah cakap lagi lembu, itik, sayur-sayuran, padi.. .. memang hebat lah.

 di Rumah Rakit. me, azie, nadia, maryam, ekin =)

sawadeekaa~ ha, belakang tu la gambaran Rumah Rakit. besar tak besar, ada dua tingkat, siap ada dapur, toilet sume. nak citer pun tak reti sangat, datang n rasa sendiri eh. baru feel :)


prepare breakfast atas rumah rakit. terbaik betulla.. boleh masak nasi, goreng telur, ayam segala atas rumah rakit ni. ni antara crew2 yang tolong2 sediakan breakfast.




Breakfast sambil melayani pemandangan indahnya tasik dan gunung ganang ciptaan Tuhan. Subhanallah, tenang sangat. Pengalaman yang takkan dapat kat Malaysia. Dan sebenarnya time ni Rumah Rakit ni dah bergerak menuju jeti balik

Salah satu keunikan Thailand ialah mereka berniaga di atas air. I mean guna bot la kan?..Tu tengah berlaku proses jual beli dengan rumah rakit jiran. Nampak tak ada cam periuk tu, ha jangan main2 atas bot pun ada tong gas, boleh goreng pisang you !

ada satu tempat ni, tengah-tengah bangkok, deretan bangunan yang dibina khas untuk menjual cenderamata. Tell you what, kedai2 yang jual2 tu sangat awesome. Basically kami tak beli sangat pun barang kat situ, lebih kepada tangkap gambar.. snap, snap n snap sebab pemandangan dia sangat superb. with afiqah :)

di  antara bunga-bunga plastik, ada satu je yang hidup. hehe

handsome

with Mr. Lollipop :)

Photoshoot bersama Marliana di Pantai Goro , Songkla.
sailormoon in the making?? 


Okay, 2 gambar di atas ni diambil dekat Jambatan Maut, Sungai Kwai, Kanchanaburi. Sebab apa dinamakan Jambatan Maut? sebab dalam pembinaan jambatan ketika Perang Dunia Kedua,  ribuan nyawa buruh kasar dikorbankan hanya semata-mata untuk membina jambatan ni. So, sekarang tempat ni macam da jadi tarikan pelancong dan dikekalkan untuk memperingati pengorbanan buruh2 tu serta kekejaman penjajah dulu2. We used to learn about this Jambatan Maut in History during Secondary School, remember??
mariam, athirahs , hayati
 (gaya yati da macam nak tolak minah saleh tu je. hehe)

okay, gambar lagi. dalam lif. tell you what, i love budak yang pegang fon tu. hehe. She was born in August, also the eldest daughter and share the same name with me - Athirah. awesome :)

Okay, ni kat floating market di Dam Non Saduak. tell you what, memang traffic jam la kan. Bila banyak2 bot yang lalu lalang, haha.. terrific! Mostly yang naik bot ni pun tourist, yang kami sempat greet tourist dari England dengan Korea. haha.. Seronok sangat .

ni dekat Dam Non Saduak tadi. setengah jam je boleh naik bot tadi pun.. then, jalan2 la kat pasar. haha. dekat pasar pun boleh pegang harimau.. haha. tapi kalau nak pegang2 n tangkap gambar dengan harimau ni kena bayar 100 baht (RM 10). oh.. tak berani okay !.. lagipun harimau tengah tidur. tak baik kacau.. hehe.. i bet tuan tu da bagi makan kenyang2 dekat harimau.. sebab tu dia tidur kekenyangan.. kalau tak, abes la~  tu belum lagi ada peluang pegang ular.. hoh, pelik2 la. Pasar kat Malaysia tak de pun macam ni. paling koman orang jual ikan gapi je buat hiasan :p

Us @ Rumah Rakit

Saya da pergi Singapura dan Thailand, tapi yang terbaik tetap Malaysia. Betullah kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini.  Moga ada pertambahan input untuk korang semua.
Untuk adik-adik yang sedang merancang LA, bersabarlah dalam setiap tindakan, kerana pada akhirnya manis juga yang akan korang temui, insya-Allah. Buat rakan-rakan yang belum melaksanakan LA, all the best untuk segalanya!

Untuk kawan-kawan accounting, batch 5 yang pergi Thailand dan Beijing - korang memang awesome !!


p/s : khas untuk kawan2. hehe.. bukan senang saya nak buat video tau! heh.. bukannya master sgt pun tapi cukuplah untuk merakam kenangan kita bersama ya ! enjoy sampai minit yang terakhir tau! eheh :)








Wassalam