Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam yang memungkin jemari-jemari ini untuk kembali mencoret atas warkah virtual ini.
Ketiadaan post baru tidak bermakna saya hilang. Cuma menghilangkan diri buat seketika dan kembali menghisab diri.. merenung dan menyelami ke dasar hati sejauh mana saya cintakan Allah dan Rasul-Nya.
Adakah ianya sekadar meniti di pinggir bibir atau bagaimana?
Semuanya berbalik kepada tarbiyah dzatiyah atau dengan kata lain pendidikan terhadap diri kita sendiri.
Dikala kita sibuk untuk mentarbiyyah diri ‘orang lain’, terkadang kita terlupa yang orang pertama yang perlu ditarbiyah adalah diri kita sendiri..
Ya, mungkin kita sebagai pendorong atau ‘booster’ untuk sahabat-sahabat kita berubah, yang nyata hidayah yang amat mahal itu adalah milik Allah azza wajalla. Kita tidak boleh memaksa diri mereka untuk berubah, tetapi kita boleh mendidik diri kita sendiri untuk berubah.
Pujangga berkata : kita diciptakan dua mata. Satu mata hendaklah digunakan untuk melihat segala kebaikan yang telah orang lain lakukan kepada kita. Dan satu mata lagi digunakan untuk melihat segala keburukan yang ada dalam diri kita… diri kita sahabat! diri kita..dan bukan diri ‘orang lain’.
Bahkan saidina Umar al-khattab pernah berkata ; orang yang bijak ialah orang yang memberi dan menerima nasihat.
Ya, terkadang pahit untuk menelan kesalahan-kesalahan yang berpunca dari diri kita sendiri.
Tetapi, Apakah kita akan terus-terusan menegakkan benang yang basah bahawa kita selamanya akan menang dan benar ?
Tidak sahabat. tidak.
Ayuh koreksi diri ~
Sedarlah sahabat, orang yang benar-benar menyayangimu adalah orang yang mampu untuk menegurmu dikala mu tersalah dan tidak akan membiarkan dirimu terus terhumban dalam kancah kehinaan dan menzalimi diri sendiri.
Benar .. sahabat adalah cerminan diri. Maka bersahabatlah dengan orang-orang yang salih supaya nur kesalihan mereka turut terpalit pada kita.
Sejauh mana amalan-amalan kita ini?
Adakah ia diiringi dengan rasa ikhlas kepada Rabb atau sekadar memenuhi tuntutan dan riya’ (ingin dipandang) oleh orang lain?
Bangkitlah sahabat!
Sungguh rugi…saaaangat rugi bagi manusia yang apabila melakukan amal kebaikan hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Maka, kala itu di mana Allah dalam hati kita ?
mana Allah, sahabat?
Ingatlah, dalam setiap amal yang kita lakukan semuanya adalah ibadah.
Dan kejarlah redha Allah walaupun dalam kemurkaan manusia, dan janganlah sesekali kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.
Mungkin tidak terlambat untuk kita sama-sama diingatkan kembali tentang 2 syarat wajib diterimanya amalan.
Pertama amal hati (niat yang benar, ikhlas semata-mata kerana Allah subhanahu wa taala)
Kedua amal yang sahih ( iaitu amalan yang selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah)
Dan ada 2 musuh ikhlas iaitu riya’ (ingin dilihat kebaikannya oleh orang lain) dan sum’ah (harapan untuk kebaikannya didengar oleh orang lain). Maka jauhilah kedua-dua musuh ini dalam mencari ikhlas dalam setiap amalan kita di atas muka bumi ini.
Salahuddin Al-Ayubi pernah berkata :
“Sungguh menawan sebuah kota lebih mudah daripada menahan hawa nafsu”
Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau. Untuk berperang dengan diri sendiri, untuk menahan diri daripada terlebih kenyang, untuk mendidik diri agar bangun qiam, untuk menjauhkan perkara-perkara yang boleh mengaratkan hati, keSemuanya menuntut kepada istiqamah dan mujahadah yang berterusan.
Mujahadah ….dan terus bermujahadah.
Moga walaupun sekecil-kecil usaha, amalan kita dipandang dan diterima oleh Allah, pemilik Arasy yang agung.
Sebelum jari berhenti menaip, sebelum kata diakhiri salam, suka saya untuk menjemput kalian ke program-program ilmiah dan bermanfaat. Kita ini pelajar dan selamanya pelajar. Maka, usah buang masa dan kejarlah taman-taman syurga di dunia ini..
Pilihlah diri kita agar kita menjadi terpilih dalam melakukan amal-amal soleh dan semoga Allah memilih kita dalam menjunjung dan membawa syariat-Nya yang mulia..
1) Acara : kuliah dhuha
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : Masjid Bandar Baru Salak Tinggi
Tarikh : setiap sabtu
Pengajian : syarah kitab Al-Hikam (karangan ibn Atha’ illah)
Penyampai : Ustaz Zulkifli Al-Bakri
2) Acara : kuliah dhuha
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : Masjid Nilai
Tarikh : setiap ahad
Pengajian : kitab hadis modal insan (tulisan dr.zulkifli al-bakri)
Penyampai : Ustaz Zulkifli Al-Bakri
3) Acara : Seminar Ibrah Penawanan Konstantinopel 1453
{ pertamanya di Malaysia}
Tarikh : 28 hb Mei 2011
Masa : 9.00 pagi – 5 petang
Tempat : UIAM Gombak
Penyampai :
-Menampilkan Prof Redzuan dan Ustaz Hasrizal sbg penganalisa utama.
-Juga pelbagai persembahan, filem dan pameran hebat menanti anda
-Hikmah sistem pendidikan anak-anak, pemikiran strategik dan seni kepimpinan Muhammad Al -Fateh akan dibongkarkan.
-Tempat adalah TERHAD.
-Hanya RM 30 pelajar, RM 60 awam.
-Daftar SEGERA dengan SMS pada cik Shahidat 013-3005476.
4) Acara : Kursus pra dan pasca perkahwinan
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tarikh : 18 – 19 Jun 2011
Tempat : Dewan de Banna, No. 15, Jalan Kayu Manis 3, Taman Kayu Manis, Jalan Jelebu Sikamat,
Seremban.
Yuran : HANYA RM 25/org
Hubungi : 019-2759117
Cari galilah ilmu sebanyak yang mungkin buat bekalan di sana. Umat Islam perlu sentiasa dahagakan ilmu..
Uhuk uhuk.. saya dahaga..
Kalian dahaga tak? ..
………………………JOM cari ‘AIR’.
Jom gali ILMU…………………………………
Ayuh!!!!!!!
BANGKIT MENJULANG PERJUANGAN….