Tuesday, November 13, 2012

kota cahaya

kita selalu fokus tentang hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah, tapi kadang-kadang kita lupa satu benda bahawa tujuan Nabi berhijrah adalah untuk membina sebuah Negara Islam iaitu Madinah al-Munawwarah.

dengan penghayatan sirah, kita boleh tahu apa yang sebenarnya Nabi nak ajar pada kita.

Cuba kita fikir sejenak, Nabi sebenarnya boleh je nak doa kat Allah, biar Allah jadikan Mekah tu negara Islam tapi tak, Nabi tak buat macam tu.

Nabi masih bersusah payah untuk berhijrah, melalui pelbagai kesengsaraan di padang pasir, menyorok dalam gua dan sebagainya

Jadi, sebenarnya Nabi nak ajar kita, iaitu ummatnya agar BERUSAHA untuk dapatkan sesuatu.

Memang dalam usaha kita, kadang-kadang kita akan menemui kegagalan.. Tapi kegagalan-kegagalan yang kita alami tidak patut jadi penghalang, bahkan menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjaya.

Senyum. 


Katakanlah (Muhammad), " Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" ( Surah Ali-Imran, ayat 31 )

# Jom contohi Rasulullah.. Selawat 3x..