Thursday, January 26, 2012

van der widjck, ikhlas A.K

asslamualaikum w.b.t

tentang tajuk itu, jangan pelik ya kawan-kawan..
bukan van pakcik der widjck yang saya maksudkan.. :P

baru-baru ni, saya ada membeli 2 novel.

satu, novel lama yang telah lama saya cari.. haha. novel tenggelamnya kapal van der widcjk karangan Hamka. saya bertemu jodoh dengan buku ini tidaklah jauh, rupanya kedai buku di pusat koperasi USIM ada memesan stok baru untuk buku lama ni. so, when the chance comes, seize the opportunity.. thinking of the fact that i am looking the novel for so long and i am just wondering why on earth is many people keep talking about the book.. so, i just grab the book and bought it.. *wink.. he

dua, novel bertajuk Ikhlas, A.K tulisan tangan Nirosette, penulis dari singapura. pemilihan tajuk yang agak unik menarik tangkai hati dan tangan saya untuk membelinya. sungguh, satu pelaburan yang tidak sia-sia kerana ia bukanlah novel kosong tapi sarat dengan ilmu dan pengajaran.

Dalam membeli dan membuat pelaburan membeli buku-buku dan novel, saya menitikberatkan isi yang boleh saya ekstrak dan dapat minum dari bahan bacaan tersebut (hoo, bunyinya macam ekstrak buah dan dibuat jus),. dan selalunya, bila orang kata best, baru saya akan mencari dan membeli buku tersebut.. i want to make a good investment, remember ? .. tapi adalah juga melabur dalam buku-buku yang pelik.

hoh. apa saya mengarut ni?
back to basic, saya nak berkongsi ekstrak isi dan pengajaran dari 2 buku yang saya baca ni..
nak baca ? (silakan, it's gonna be long, trust me :p).. tak nak baca? tak pe, pergilah baca buku.. hehe

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Widcjk - Hamka


sinopsis - secara ringkas saya boleh katakan ia adalah kisah cinta yang tidak kesampaian antara pemuda bernama Zainudin dan Hayati. it's a sad story. sad ending.

# sahabat yang setia
dalam novel ni, ada diceritakan tentang seorang sahabat baik kepada Zainudin iaitu Muluk. saya tertarik dengan karakter Muluk yang memang memainkan peranan sebagai sahabat yang setia kepada Zainudin. Dia mampu menegur dan memberi nasihat dengan berhemah kepada Zainudin saat Zainudin hilang arah tujuan dan ingin membunuh diri. seorang sahabat yang setia mendengar kisah duka dan malang pemuda bernama Zainudin.

kalau nak dicari sahabat sejati, memanglah payah nak jumpa. apa yang penting, kita reflek kepada diri kita. sudah benar sejati kah kita? atau bagaimana ?. kerana sayangkan sahabat, maka apabila dia terjatuh atau terluka, hulurkan plaster dan sapukanlah iodin. usaplah airmata itu dengan ibu jarimu. janganlah pula saat dia terluka, engkau memerah air limau ke lukanya.

ahh, begitu payah mencari sahabat yang sejati, bukan? sentiasa setia susah dan senang. apakah susah yang engkau fikirkan ?lebih baik menjadi daripada mencari, bukan?

ya, berubah memang payah. mengorbankan diri sendiri untuk senyuman orang lain memang perit. tapi ingatlah, kita akan bahagia, bila orang sekeliling kita bahagia. percayalah !.

. maka, jika ada sahabat2 yang baik di sekelilingmu, hargailah dia.. rasailah kehadirannya.. dan berkongsilah rasa dengannya, walau tawa, walau jua duka.. hey, that what's friends for, right?

# cinta yang tidak kesampaian

cinta dan air mata antara Zainudin dan Hayati tidak terbalas dengan kebahagiaan, malah hati mereka sentiasa sedih dan sengsara. hanya kerana Zainudin tidak setaraf dan tidak punya keturunan yang kuat, maka keluarga Hayati kuat untuk menolak pinangannya darinya. pada awalnya, Hayati berasa sedih tetapi lama-kelamaan dia turutkan saja kata orang tuanya dan akhirnya Hayati berkahwin dengan pilihan orang tuanya iaitu Aziz.

Hayati telah menghancurkan janji yang dibuat kepada Zainudin bahwa dia sanggup menunggu Zainudin walau apa pun yang terjadi.

moral- janganlah kita berani menabur janji, jika tidak pasti kita dapat menunaikannya. hakikatnya, orang zaman sekarang, kuranglah yang main cinta-cinta dengan berutus surat bagai. tapi tak dinafikan bahasa yang digunakan oleh Hamka untuk menulis novel ini sangat halus, bersopan dan penuh dengan makna.

mungkin juga untuk memaparkan realiti janji-janji manis ibarat menanam di tepi tebu pecah bersepai akhirnya. dan kalau memang tiada jodoh, sampai ke mati lah tiada.

pada akhirnya, Aziz menghantar surat cerai kepada Hayati. Hayati ingin kembali ke pangkuan Zainudin, tapi apakan daya madu yang diberi Zainudin, tuba yang dibalas Hayati. Zainudin menolak permintaan Hayati dan nekad untuk menghantar Hayati pulang ke pangkuan keluarganya.

Hayati menaiki Kapal Van Der Widjck yang akhirnya tenggelam di tengah lautan. tetapi, Hayati tidaklah mati di tengah lautan seperti cerita Titanic tu. dia sempat diselamatkan tapi dalam keadaan nazak. Akhirnya, babak akhir apabila Zainudin mengucapkan kata cinta kepada Hayati di hospital dan fuuh.. Hayati menghembuskan nafasnya yang terakhir.

satu kisah cinta yang tragis. sad ending. tidak seperti novel2 tipikal yang lain yang boleh diduga happy ending sentiasa. tapi Hamka membawa suatu yang segar dalam bidang penulisan, sehingga kini novelnya itu masih diulang cetak. kini, Pustaka Dini banyak mencetak semula karya2 hebat Hamka yang terdahulu. (that name reminds me of someone, a very good friend :) all the best eyh ?)

# cinta antara darjat dan keturunan

seperti yang saya cakap tadi, pinangan Zainudin ditolak Hayati kerana keturunannya. padahal, Zainudin tidak bersalah, sudah tertulis nasibnya menjadi anak dagang, tetapi ditolak orang lagaknya seperti dia orang asing.

pelik saya. begitu judgemental manusia, memandang dari segi luaran. pangkat, harta dan nama yang sementara. ingatlah, hidup ni seperti roda.. terkadang kita di atas, terkadang kita dibawah

saat di atas, pandanglah yang di bawah kerana boleh jadi, bila keadaan bertukar, yang dibawah itu menjadi yang di atas dan engkau meminta tolong padanya.

Novel Ikhlas, A.K - Nirosette


# penulisan

dari segi gaya bahasa dan penulisan, Nirosette, penulis dari Singapura ini menulis dengan gaya santai. tetapi ada ketikanya, saya merasakan seolah saya membaca novel Jaja & Din tulisan Noor Suraya, novel aA + bB dan rooftop rant karya Hlovate.




hoh. buat saya keliru, siapakah sebenarnya yang sedang menulis?
Nirosette? Noor Suraya ? Hlovate ? atau Finding Serene (haha, forget it!)

# isi yang bagus

novel mengisahkan Kaseh, anak jutawan terkenal yang berkenalan dengan Adam Khalis, seorang yang alim tentang bab agama. maka, Adam lah yang mengajar Kaseh bab agama dan kembali ingat kepada kewujudan Tuhan.

Nirosette amat bijak mengatur jalan cerita, kerana di dalam novelnya, ada dalil tentang pengharaman arak, kewajipan solat dan sebagainya.. secara tak langsung, merangsang para pembaca untuk menjadi muslim yang lebih baik.

# perubahan

dalam cerita ni, dikisahkan Kaseh sebagai anak jutawan yang liar, minum arak, tak kenal pun islam tu apa, hanya islam pada nama dan clubbing.

datangnya Adam Khalis, membawa cahaya kepada Kaseh yang selama ini hidup dalam zulumat dan kegelapan.

ironinya, memang hidayah milik Allah. dan hidayah itu datang dengan pelbagai cara. sama ada pada ketika hidayah itu sampai, kita cuba untuk meraihnya atau meninggalkannya, itu terpulang. tapi amatlah rugi bagi orang yang memang punya hidayah, tapi tidak menggunakan dengan sebaiknya.

dan tentang perubahan Kaseh dari jahat berubah kepada baik. No pain, no gain right? saya suka membaca buku tentang perubahan. Dan bawaklah seribu watak sekalipun memaparkan karakter yang mahu berubah, ia bukanlah jalan yang senang. Perlu kuat dan istiqamah dalam tekad untuk menjadi Hamba Allah yang terbaik. Perlu kuat melawan sifat2 jahiliyah yang selama ini terkurung dalam diri.

But, it's worth it right? the hijrah, the transformation, the fighting against yourself - to be a good slave of Allah,to turn into a better muslim, and to find blessing, serenity and tranquility in your life.
membaca novel ini, mengingatkan saya kepada karya Hlovate seperti Versus yang turut berkisar tentang perubahan 360 seseorang.

* * * * *

rasa kelakar kerana sebenarnya saya sempat membaca karya Hamka sehingga muka surat 50 dan karya Nirrosette itu sehingga muka surat 300 ++ sebelum peperiksaan komersial law. haha.. hoo, kerja gila semasa exam berulang, seperti saya membaca ayat-ayat cinta ketika spm. sorry, i couldn't help it.. haha.. kecenderungan untuk membaca buku lain semasa musim peperiksaan memang pelik.. adoi

tapi membaca al-quran jangan dilupa okay kawan2.. itulah surat cinta dari Pencipta yang lagi hebat, punya segala rasa dan mutiara-mutiara ibrah kehidupan yang wajar kita kutip, renung dan fikirkan caranya untuk mengaplikasi dalam kehidupan harian..

selepas ini, saya bercadang untuk mengorek balik ensiklopedia2 sains yang sudah lama bertapak di mini library dan menyelam ke dasar ilmu, mencari tentang kisah2 anbia yang belum saya tau untuk diambil pengajaran.

panjang umur, kita berjumpa lagi dalam penulisan akan datang untuk isu yang lain pula.

Jazakumullah khairan katsira.

# 1. Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists),

2. Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

3. Read! And your Lord is the Most Generous,

4. Who has taught (the writing) by the pen [the first person to write was Prophet Idrees (Enoch)],

5. Has taught man that which he knew not.

6. Nay! Verily, man does transgress all bounds (in disbelief and evil deed, etc.).

7. Because he considers himself self-sufficient.

8. Surely! Unto your Lord is the return.

(Surah Al-Alaq : 1-8 )

0 crystals given:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

My Crystal Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting