Sunday, December 4, 2011

pengalaman memandu



dulu aku pandang semua orang yang boleh bawak kereta tu kira hebat la

tak kisah la manual atau auto (yelah, time tu kecik lagi.. mana tau kewujudan 2 sistem ni.. heh)

alhamdulillah..
sekarang aku da boleh drive sendiri..

tak de la competence mana walaupun lesen competence =)


ayah dapat lesen masa umur 27 tahun. ummi pulak masa umur 39 tahun..

aku dapat lesen seawal usia 18 tahun?? erk..

zaman da berubah..


aku pun tak sangka aku boleh bawak kereta
sekarang pun tak sangka.. haha
walaupun hari2 drive kereta pergi kampus..


putus asa

dulu masa ambil lesen aku hampir putus asa
tak pernah dibuat orang ada yang menangis depan agen memandu sebab takut nak pegang stereng..
mana taknya, cikgu yang mengajar tu bajet macam orang da pro..
padahal start enjin kereta pun tak reti .. T_T

2 kali aku gagal ambil test jpj..

kali pertama gagal aku cool je.. tapi anak jiran aku yang otai tu yang nangis..
*tak nak la hujan kat sekolah memandu kan?

kali kedua gagal cam tak de la sedih sangat sebab lulus atas jalanraya.. dalam litar je gagal

kali ketiga, alhamdulillah lulus dalam litar. time tu senyum tawar je.. macam da tak excited sebab lulus... lain la kalau kali pertama terus lulus kan? (apa pun, syukur2)

test komputer pun dapat 42 je.. haha
tak baca buku pun.. buat latihan je.. soalan sama maa!

lain la kak ngah, dia study.. dapat 48.. hebat2


satu benda yang aku ambil pengajaran kat sini..

mungkin dalam sesuatu benda kita mahir..
macam cepat faham pelajaran ke..

tapi ada part2 lain dalam kehidupan kita yang kita belum2 mahir.. belum master
macam bawak kereta ? .. hoo .. dah la kereta tu meloncat2 macam kuda.. haha
orang yang ambil lesen tau la kot situasi ni

so, kita kenalah baiki kekurangan kita dan jangan sekali-kali putus asa..
Allah kan ada =)

man jadda wajada..
wa man zara'a hasoda..

you sow, you reap
@)--------


kenali manusia

dalam sepanjang 5 bulan menjadi pemandu tak bertauliah ni,
aku jumpa macam2 ragam manusia..

ada yang tak bagi signal bila nak potong jalan,
ada pula yang tetiba nak hon2 sebab lambat keluar dari simpang,
ada pula yang drive slow2 sebab bercakap dalam telefon sampai kereta berderet2 kat belakang sampai jadi traffic jam..

tapi ada juga yang memahami..
bila nampak kereta myvi aku tu terkedek2 atas jalan..
diorang sabar je sambil senyum =)

ye la.. ada sticker P la katakan..haha

walaupun lesen aku da competence, tapi aku masih tidak mahu menanggalkan sticker P tu..
bukan tak yakin dengan diri, tapi in practise aku bawak kereta baru 5 bulan kan? so apa kata kte cukupkan jadi setahun atau dua tahun ke? :p

sampai aku betul2 yakin, okayla..

dulu aku ada dengar orang kata -

malaysia ni fasiliti kelas pertama
tapi minda kelas ketiga

masa tu macam tak nak percaya..

tapi sekarang, aku menggumam perlahan.. betulla..
tapi bukanlah kesemuanya, hanya sebahagian je la.. (aku nak jadi sebahagian yang lain tu.. jom!)

so, bila da macam2 perkara yang berlaku
satu sifat yang penting dalam menghadapi semua situasi sebenarnya adalah SABAR..

sabar menghadapi sikap manusia yang bermacam2 ragam..
mata sama hitam, tapi warna hati lain2 kan?


kebebasan ada batasan


ada sekali tu, ktorang plan nak jalan2 raya dekat rumah budak2 student accounting la kan?
dalam plannya pergi dekat shah alam, lepas tu terus pergi dengkil..

tapi realitinya tak sama dengan planning..
tetiba je kat shah alam tu diorang kata nak pergi kenduri kawen dekat lembah klang..

LEMBAH KLANG !!

ya Allah, time tu rasa nak nangis je. bukannya orang tau pun jalan pulang ke Nilai balik

nak tak nak kena la konvoi dengan diorang pergi lembah klang tu..

and i am the only girl driving..

kereta lain, even ada yang perempuan punya kereta, tapi lelaki yang bawakkan..

ada yang menawarkan untuk bawak kereta aku, (maybe pandang rendah sebab aku perempuan? atau kesian ? atau aku tak bawak laju selaju mereka ? .. )
tawaran itu aku tolak dengan baik..

bukan ego.. tapi dalam keadaan ni, bukanlah sesuatu yang mendesak sehingga meminta ajnabi memandu kereta ku.. tidak ! itu bukan caraku.. biarlah orang kata apa.. janji aku masih berusaha menjaga hati ini daripada terusik dengan mana2 adam..

walaupun dekat highway tu aku da menangis
ada ke bawak 120 ? orang bawak 100 je cukup ar..

tambah dengan traffic jam nya..
ya Allah, muka aku nampak je tabah..

kawan2 lain yang duduk dalam kereta tu je macam tak emo
maybe sebab nak tenangkan aku yang emo time tu
sebenarnya diorang pun takut jugak..

tapi kan .. Alhamdulillah..
aku berjaya drive pergi balik dengan selamat..

you know what? itulah yang orang selalu katakan "experience is the best teacher"

sekarang ni, aku dah pun memandu ke Seremban 2, Shah Alam, Lembah Klang, Bagan Lalang, Putrajaya dan Rawang - Nilai (2 jam)

dan walaupun dalam kebebasan aku memandu,
aku takkan akan sesuka hati melakukan apa2 saja tanpa memikirkan releven atau tidak sesuatu tindakan yang akan aku buat..

jangan sekali-kali meruntuh kepercayaan orang tua kepada anda..
jangan sekali-kali merobek pandangan Allah terhadap anda..

jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan Allah..
insya-Allah selamat dunia akhirat..


accident

perkara yang paling aku takuti berlaku padaku ketika memandu adalah accident

sampai sekarang, masih terngiang-ngiang pesan ummi padaku
"jangan langgar orang, jangan langgar kereta orang"

jadi, bila aku memandu aku sangat berhati-hati..
sampai bila keluar simpang pun tak sedar, dah terseret dengan divider..

calar2 kereta ummi ni T_T..
nampaknya kenalah saving sebelum balik Rawang..
nak touch up sket2 ..

tapi kena confess juga dengan ummi kan about the real incident..
tu pun kena pandai cari masa cakap.. aaa~ frankly speaking takut la..
*kena pergi cari kekuatan ni..


bersyukur

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

dan sungguhlah kesyukuran itu tidak terhenti sekadar lafaz sahaja..

kalau dulu, aku da merasa naik bas..
bersesak2 macam sardin.. bas lambat (perkara biasa)
beratur panjang sampai bas keempat baru boleh naik..

tapi sekarang tak payah da berebut-berebut,
tak perlu risau bas datang lambat,
cuma perlu risau diri sendiri yang siap lambat..

Alhamdulillah


dulu kayuh basikal laju2 dari KK1 ke kampus..
berpeluh-peluh..

kalau pancit, kena pam2 tayar tu bagi elok..
biar berpanas, berhujan.. kayuh juga basikal tu laju2..

ada sekali tu hujan lebat sangat,
memang kitorang redah je hujan tu
habis baju basah, dengan bag sekali..
tapi best !

kenangan terindah main hujan =)

sekarang ni,
biarpun panas terik, biarpun hujan lebat..
bumbung kereta jadi penyelamat

Alhamdulillah


kenanglah masa susahmu pada masa lalu, supaya engkau tahu menghargai nikmat pada ketika waktu senangmu =)

bersyukurlah pada kedua-dua keadaan kerana Allah adalah Perancang yang terbaik
dan ketahuilah, perancangan Allah tidak pernah mengecewakan..



moga aku dan sakinah mampu berbakti untuk ummah ini !
ameen.




post ini - moga anda mampu mengutip ibrah dan pengajaran :)
sekian

5 crystals given:

hanimyusra on December 5, 2011 7:22 PM said...

terbaiklah sakinah dan ummienya!
yup...bersyukur lah selalu=)

Imran Mohd Zawawi on December 7, 2011 2:38 AM said...

untung laa dapat bawak kereta :p

suraya binti mohd salleh on December 8, 2011 5:34 AM said...

assalamualaikum..
suke entry nie..

finding serene on December 12, 2011 2:52 PM said...

> hanimyusra, imran, suraya

Alhamdulillah :)

mar mp 86's on December 21, 2011 3:37 AM said...

hoho.. mengayuh basikal kt KK1 tu is the best part in my life kt campus!! bw beskal, xpayah fikir pasal minyak,tp fikir pasal angin! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

My Crystal Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting