Friday, October 21, 2011

berharganya setiap detik

tak sangka awak orang datang dari jauh. ahlan wasahlan



maaf my crystal, aku tidak dapat melayanmu seperti selalu.

hambatan dunia yang asyik mengejarku membuat aku seperti tidak wajar untuk memuntahkan segala isi hati di sini.

aku mungkin sibuk, dan memang betul-betul sibuk ataupun buat-buat sibuk.

biarlah. biarlah orang kata aku asyik study je. biarlah orang kata aku macam takde masa nak rehat.

sebab macam mana aku nak berehat sedangkan kerehatan yang sebenar hanyalah dapat dikecap selepas mati? dan apakah mungkin aku dapat berlenang2 di dalam kubur itu?

dan masa aku bukan macam orang lain. aku ada usrah. aku sayang usrah aku. aku ada banyak program. aku attend tu semua sebab aku nak jadi baik. susahnya nak jadi baik ! tapi kalau niat betul, insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita

aku tak nak hanya jadi pelajar nerd yang hanya tau menghadap buku dan tak pandai nak berhadapan dengan dunia luar.

aku tak nak menjadi yang 'biasa-biasa'. aku nak jadi yang luar biasa.

sebab tu orang tak mungkin faham, betapa aku menghargai setiap detik dalam hidupku. sebab setiap saat yang berlalu takkan dapat dipanggil semula.

selalu orang akan bertanya, macam mana kau bahagikan masa ?

aku buat jadual. i am a planner.

kalau aku gagal merancang, bermakna aku merancang untuk GAGAL..
aku tidak mahu itu berlaku. ya, kita memang kena berani untuk gagal tetapi tidaklah dengan cara menyerah 100% untuk gagal tanpa berusaha.

aku tidak ada masa untuk membuang masa untuk perkara yang serasaku remeh.

no heart feeling, no hard feeling.

ada yang slumber mengatakan pada mukaku, " muka kau ni macam kawen awal"
haha. awak orang nak jadi tukang tilik ke?

jodoh tu urusan Tuhan. hal itu aku berserah dan yakin pada perancangan-Nya. titik.

maka, tidak perlu dipersoalkan kepadaku mengapa aku tidak mahu menerima orang itu dan orang ini.


nasihatku padamu.

carilah keberkatan dalam setiap langkah yang engkau lakukan.
dahulukan Tuhan daripada makhluk.
dan belajarlah untuk memahami putaran alam dan mengapa kita diciptakan.






when athirah returns,
semekar anggerik di celah pohon rendang

wsalam


2 crystals given:

~H.u.r a.L 'a.i.N~ on October 21, 2011 6:59 PM said...

ukhti, teruskanlah melangkah..
teruskanlah berjuang..

ingatlah, setiap apa yang ALLAH turunkan pd kita, sama ada baik atau buruk,

ALLAH mahu kita belajar sesuatu daripada itu..

sesungguhnya aturan ALLAH itu sangat cantik, di dlm lingkaran yg sama kita bertemu..

moga kita sama2 istiqamah menujuNya

finding serene on November 9, 2011 8:06 PM said...

:) syukran for the beauty words.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

My Crystal Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting