Wednesday, August 17, 2011

Lontarkan senyuman kpd musibah ^^,

Said Nursi memberi nasihat berikut :

Daripada keluhan, muncul musibah.

"Wahai fakir, hindarilah keluhan dan bertawakallah.

Sekiranya engkau mengarahkan munajatmu kepada Tuhan, pasti engkau mendapatkannya kerana segala sesuatu adalah pemberiannya.

Segala sesuatu daripadanya adalah suci. Tanpa Allah di dunia ini, engkau sesat dan cemas.

Apakah engkau mengeluhkan sebiji pasir yang kecil kepada zat yang memikul semua gunung?

Keluhan itu hanyalah musibah atas musibah. Dosa di atas dosa dan derita.

Sekiranya engkau mampu tersenyum di hadapan musibah-musibah itu menjadi layu dan larut di bawah mentari kebenaran menjadi butiran-butiran ais.

Ketika itulah duniamu tersenyum.

Senyuman yang menyiratkan keyakinan.

Senyuman yang lahir dengan pancaran keyakinan.

Senyuman yang muncul dengan rahsia keyakinan "


Al-Ghazali dalam bukunya Al-Mawa’izh fi al-Ahadits al-Qudsiyah menyebutkan sebuah hadis kudsi yang mengandungi kata-kata Allah di bawah,

“ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selainku, tiada sekutu bagiku dan Muhammad adalah hamba serta utusanku.

Barang siapa tidak mahu menerima suratan nasib yang aku putuskan, tidak sabar atas segala cubaan yang aku berikan, tidak berterima kasih atas segala nikmat yang aku curahkan dan tidak menerima apa adanya atas segala apa yang aku berikan, sembahlah Tuhan yang lain selainku.

Barangsiapa mengeluh susah kerana urusan dunia, sama seperti dia marah kepadaku. Barangsiapa mengadukan musibah yang menimpa dirinya kepada sesame manusia, dia berkeluh-kesah kepadaku. Barangsiapa menghadap orang kaya dengan menundukkan diri kerana kekayaannya, lenyaplah dua pertiga daripada agamanya. Barangsiapa menampar mukanya disebabkan disebabkan kematian seseorang, sama seperti dia mengambil tombak dan memerangiku. Barang siapa memecahkan kayu di atas kubur, sama seperti dia merobohkan pintu Kaabahku.

Barang siapa tidak peduli pada cara mendapatkan rezeki, bererti dia tidak mempedulikan dari pintu mana kelak Allah memasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Barang siapa tidak bertambah penghayatan agamanya, dia sentiasa berada dalam keadaan berkurangan. Barang siapa yang terus-menerus berada dalam keadaan berkurangan itu, kematian adalah jauh lebih baik baginya. Barang siapa mengamalkan ilmu yang dia ketahui, Allah menganugerahkan kepadanya ilmu yang belum dia ketahui. Barang siapa yang angan-angannya membumbung tinggi, amal perbuatannya menjadi keruh ”


Doa

Ya Allah, daripadamu berasal segala sesuatu dan segalanya kelak kembali juga kepadamu.

Tambahkan ilmu dan hikmahmu dalam hatiku supaya aku mampu menerima segala peristiwa sebagai tanda rahmatmu.



Dipetik dari buku ; menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna ditulis oleh Sulaiman al-Kumayi

0 crystals given:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

My Crystal Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting