Thursday, March 25, 2010

i told ya

tamhidi cam nak abes..

belum abes pun, da start rasa rindu..heh, cane nih ?


kenangan menggamit memori..
yeay !
hidup tamhidi accounting !!!

kengkawan..
lagi 18 hari nak final..

camne nih ?.. da prepare lum ??

yuk ready...ready....

da usaha, jangan lupa doa ya !!

MaY Allah Bless ~

seKian


p/s : guys, nothing is impossible to a willing heart... impossible is nothing.. i know you can do it athirah.. aja aja fighting !!!

Saturday, March 20, 2010

d'pwtc

assalamualaikum..

seperti yang anda semua maklum.. aku pergi pesta buku en?

ohh.. bukan aku sorang je gila buku rupanya.. ramai sangat orang.. bersesak-sesak.. tak kira jantina... kecik besar semua ada..

masuk pintu, terusku ukir senyum... hmm, wanginya bau buku (ceh, ayat hiperbola).. belon-belon bergantungan, setengahnya dipegang oleh kanak2 setinggi lututku.. harapan tinggal harapan nak dapat belon.. aiceh.. umur cam x sedar je da tua rupanya aku nih..

mula-mula je, terus cari toilet dulu.. memang la dapat sebiji bebelan aku kat situ.. okay la fine, aku budak kampung... tapi please ar fikir bila nak bina bangunan uh! ingat sume orang guna tissue ke dalam toilet ? ha ?.

. ... sebab x nak rosakkan mood yang happy jumpa buku2.. muka ketat + masam sekejap je..

semua buku yang disenaraikan dalam post lepas, alhamdulillah.. i bought them.. wee wee.. n plus buku baru.. ha, kan da cakap.. peluang depan mata je.. x kan nak beli 3 buku je ?.. buang karan je la kalau macam tu..

naik tingkat dua, dapat macam2 flyers... x menang tangan aku nak amik semua kertas ads tu..
sampai lah, ' hey, kak tira'..

'erm, ye saya..' sambil mengangkat muka.. huhu.. jumpa atul dom rupanya kat situ.. sempatlah wish congratz kat dia.. dia part time kerja kat situ..

naik atas.. jumpa les copaque punya booth.. booth upin ipin.. oh, sungguh besar efeknya dalam kehidupanku.. ngangaa.. kak ngah yang tak malu merengek2 minta beli kepala ipin kat ummi.. aku punya upin la.. baru lengkap en?.. hee


okay then.., aku menapak ke booth jemari seni.. novel 'versus' memang laku macam pisang panas.. terpisah lak dengan ummi, ummi pergi DBP.. kak ngah stay dengan aku...

baru je tadi aku tergelak dengar ada budak hilang ... sekarang, aku n kak ngah pulak stuck dekat tengah2 jalan dengan ratusan orang bertolak-tolak...

'Soorry'... suara kedengaran dahulu sebelum orang itu pantas melanggarku.. Pap.. aku jatuh.. weh, mana manners nih.. camne nak bangun.. sesak orang.. nak kutip kertas jatuh lagi.. then aku bangun balik.. telefon ummi, x angkat2.. sah sah la kitorang plak yang sesat kat situ.. mengalahkan budak tadika... waaa~ kredit da la tinggal RM 1... nasib baik la ummi kol balik.. alamat kitorang nangis je la kat situ..

banyak sangat promotion untuk improve English.. untuk kanak2 mostly.. sampai ada yang tanya ' kak, tak nak beli ke untuk anak ?'... haaa ??... gila ke ape ?

sorry, aku berlalu je.. kacau mood ar.. kalau sekali dua tak pe la gak... ni da empat lima kali... ni sudah lebih, tau tak ?..

ummi gelak je dengan kak ngah... eiii, sukanya menyakat orang..,.

ada plak tu, duk promote buku english kat aku..
'dik, buku ni bagus.. yang ni untuk secondary school punya'
> 'uh, saya student universiti'
' sorry... maaf ye'...

yela, yela... maafkan je.. aku da tak jumpa korang da pasni.. jangan risau...x de kena makan ngan aku punya... heh, walaupun kening da berkerut-kerut...

ni yang rasa nak gantung kertas A4 je dekat kepala...
" aku student uni n i am not married yet"...
karang, aku sendiri yang daftar masuk tampoi kang... sheesh..

dalam bersesak-sesak tu, sempatla jumpa dengan cikgu ngokison.. walaupun beliau x pernah ajar aku, still she is my cikgu... u noe why?... she made me cried during motivation session.. ingat x minggu bahasa tu ?.. yang masing2 kena tulis atas satu kertas, perasaan x puas hati kat cikgu2 ke, kat result ke... i wrote everything about me, no need to blame the cikgus.. Not their fault but mine.. result teruk time trial..benda yang buat aku sedar, kalau bukan aku nak usaha, siapa lagi nak tolong aku dalam hidup ni... Allah tak kan ubah nasib seseorang klu dia sendiri x berubah, rite?... but everything changed.. thanks, teacher !.. i miss you.. big time..*hug*

oh .. kes jumpa ngan ramai orang yang kenal aku nih.. ada lagi 2 budak sambest yang aku jumpa.. tapi x ingat nama.. heh, sorry ye adek2.. ni memang penyakit dari dulu, x bley ubah unless klu rapat gila ngan akak,, nama akan lekat dalam ingatan sampai bebila..
tahniah la kat korang,. sorang dapat 11 A's.. sorang dapat 6 A's.. aiseh2.. terkenang plak zaman dolu-dolu... semua orang ada masa depan... jangan ingat habis spm, life korang da sampai the end.. NO.. it's not like that... it was a beginning of something... to build yourself.. result ok x ok lain kira.. rezeki masing2..

maybe, Allah tangguhkan doa korang sebab Allah janjikan yang lebih baik pada masa akan datang.. So, adek2 kusayang.. perjalanan korang masih panjang.. banyak lagi yang akan korang tempuhi.. but trust me, klu korang rasa best sangat keluar sekolah... da x payah pakai uniform,.. boleh langgar rules sesuka hati.. satu masa nanti, korang akan rasa rindu gila kat sekolah, nak beratur kat dm (walaupun makanan x sesedap mana), nak tidur lambat sebab bercerita dengan kengkawan.. itulah antara fasa yang terbest dalam kehidupan..

walaupun dalam senyum ada tangis,. dalam tangis ada tawa.. itulah yang dinamakan kenangan.. betul tak???

hehe.. ok ok.. back to my story.. aku jumpa 2 penulis yang best.. Siti Rosmizah dengan Anis Ayuni.. just dari jauh je pandang....

n then, terlalu kat depan kamera2.. hehe.. ni apasal pandang aku macam artis nih?.. hehe.. padanla, raihan kat belakang aku rupanya.. kuang3x.. ok, malu di situ...

'heeii.. raihan'.. aku melambai-lambaikan tangan sambil tersenyum.. kak ngah kat sebelah menjeling..ok ok.. behave yourself..haha, teruja sebenarnya..

kumpulan nasyid yang aku minat sejak umur dari 6 tahun.. lagu2 yang evergreen.. bukan macam kumpulan nasyid lain yang semua lagu berlatarkan cintakan manusia semata.. rasa cam nak je cakap 'saya sayang sangat kat raihan, tau tak??'.. ti ingat mende lain plak... so, pandang je la diorang dengan mata yang bersinar-sinar macam budak kecik dapat lolipop.. hehee

lama masa berlalu bagai x terasa.. kitorang sampai pukul 10 pg n keluar dari pwtc tu pukul 2.00petang.. letih tu memang la letih... jalan macam x cukup tanah,,,

ni da balik rumah, update dulu.. i have a bundle of works.. tu tak campur lagi revision sendiri belum start..

final lagi 3 minggu... maybe da x bley nak on9 selalu.. i want to be a successful person, remember?..

sampai sini je la ey.. thanks 4 reading..

May Allah Bless...

seKian~

Thursday, March 18, 2010

maafkanlah

kadang-kadang kita x sedar,
apa yang kita buat, apa yang kita cakap,
menyakiti hati orang lain..

kadang-kadang kita x sedar,
walau macam mana cara pun kita berusaha jadi baik,
tetap ada yang cakap-cakap dekat belakang...

kadang-kadang kita x sedar,
bila kita da marah dengan seseorang tu,
kita lupa yang kita x berhak untuk menghukum dia hanya atas satu kesilapan shj,

dan kita seolah-olah x pernah sedar,
segala apa yang kita lakukan ini semuanya dicatat dikiri dan kanan..

argh.. benar kah ini?
aku berpijak di bumi yang nyata..

dan nyata jua manusia tidak sempurna..

sesekali, diri menghisab diri,
betapa kerdilnya aku dihadapanMu ...
Tuhan,
hilangkanlah perasaan2 yang menghantuiku kala ini..
tersepit antara nafsu, hati dan akal
dalam membuat keputusan....

sungguh aku lemah..
tiada daya upaya melainkan kekuatanMu jua..
Tuhan,
ampunkanlah aku..atas segala kekhilafanku sama ada sedar @ tidak
pandanglah aku.... janganlah engkau membiarkan nasibku di dalam tanganku sendiri
bantulah aku.... agar aku bisa menjadi salah seorang tenteraMu
terimalah aku...bimbinglah aku.......................

cintailah aku.... walau sezarah cuma.. Allahu Akbar!!

stanza qalbi merindu Illahi..

p/s : kat sini, kita nak minta maaf banyak2 kat semua.. semua sekali lah.. andai ada yang terguris di hati, andai tercuri hati.. maafkanlah.... diri ini masih dalam pembaikan.. masih belum sempurna pada pandanganku sendiri,, pastilah aku juga tidak sempurna pada pandangan kalian..
yang pasti, manusia sememangnya x sempurna.. semoga aku mampu menjadi lebih baik..

Wednesday, March 17, 2010

yuk pesta !!

assalamualaikum..

kawan-kawan.. PESTA BUKU DATANG LAGI..yehaaa!!


TARIKH : 19- 28 MARCH 2010
TEMPAT: PWTC, for sure..


ok, pesta buku da nak dekat.. best best..

jom kita datang ramai-ramai !!


sahutlah seruan wahyu pertama;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Surah Al-'Alaq, ayat 1-5)

target pesta buku kali ni..

i am searching for 3 books..

1) Novel 'Versus', tulisan Hlovate, terbitan Jemari Seni..

so, untuk fans Hlovate kt luar sana, for your info.. ni novel latest Hlovate kay !!.. x publish kat mana2 lagi, i mean in printed version..tapi actually, Hlovate da publish novel ni kat blog dia.. try la tengok.. she took 5 years to complete this novel.. huhu, x sabar nak baca...

2) Novel "Denyut Kasih Medik', tulisan Dr. Farhan Hadi

bagi sesiapa yang da pernah baca buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul" karya Fatimah Syarha.. sekarang, nikmatilah lagi kesinambungan cerita Qaniah dan Dr. Muslih.. tetapi ia lebih istimewa kerana hasil garapan seorang lelaki pula.. heh... tapi aku x tau keluaran mana.. so, try tanya Pak Cik Google @ Uncle Yahoo la.. nanti, senang nak cari kat booth Pesta buku tu..

3) Men Are from Mars, Women Are from Venus, written by John Gray

heh...tok ketua kampung Wikipedia said, it was p
ublished in May 1992.. hahaha, semua orang cakap buku ni da lama.. biarlah, orang nak cari buku lama x bley ke?..miao.. better late than never.. harap2 la dapat jumpa buku ni coz majority orang cakap buku ni best.. tapi kalau x jumpa pun, maybe kita cari kat MPH or beli via Internet.. wawawa~

maybe bilangan buku ni bertambah..hehe.. yela, bila nampak buku best depan mata, just grab it or you will regret.. fuhh.. lebih2 lagi, aku pergi dengan parent..

sesiapa nak berjumpa dengan aku, pergi la kat Pwtc tu k.. first day and the last day.. agak2 muka cam sama ngan aku tu, maknanya aku la.. kalau x, orang lain..

ok, enough blabbering..

seKian ~

Friday, March 12, 2010

ukhuwah

assalamualaikum w.b.t

input2 yang aku dapat tentang ukhuwah..
usrah bersama kak ummi.. =)

okay, kita mulakan perjumpaan kita dengan sepotong ayat al-Quran ;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

ada sesetengah pihak yang salah menafsirkan ayat dengan menyatakan bahawa lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling berkenal-kenalan.

yang seharusnya dipraktiskan ialah lelaki bergaul sesama lelaki dan perempuan bergaul sesama perempuan..

Apa penting berkenal-kenalan ni?

hari ini, kita hidup dalam dunia yang sangat mencabar. maka dalam menghadapi cabaran yang datang dari segenap arah, ia menuntut kepada kesatuan hati untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain.

contohnya : bila rumah jiran terbakar, bila anak jiran buat perkara maksiat, jika ada kenduri yang dibuat secara rewang.. di situlah kita memainkan peranan sebagai masyarakat yang menghulurkan bantuan..

kita perlu menjaga tepi kain mereka (yakni saling tegur-menegur), bukannya dalam kain mereka.. perlu jelas tentang perkara ini..

nak tahu tak satu hadis ??

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." (H.R Ahmad)

mari kita selami ayat berikut ;

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff, ayat 4)

See ?..cara untuk mendapatkan kekuatan dalam melakukan sesuatu perkara yang baik adalah dengan berjemaah.. means beramai-ramai..

orang yang diatas dan dibawah adalah sama.. mereka ibarat batu-bata yang membentuk satu bangunan yang tersusun kukuh.. bata yang diatas tidak akan ada jika tidak ditampung dengan bata yang dibawah.. dan bata yang dibawah tidak akan ada jika tidak ada bata diatas..

--semua saling memerlukan --

dan ikatan antara batu-bata itu ..
adakah gam gajah ?
gam uhu ?
liquid paper ?

sudah pastilah untuk meneguhkan batu-bata itu, kita perlu mengikatnya dengan simen..
dan simen yang dimaksudkan adalah ukhuwah Islamiyyah..

-------------------

dalam berteman, pasti kita akan berjumpa pelbagai ragam..
kata orang; rambut sama hitam tapi hati lain-lain..

tapi, yang penting kat sini,
kita perlu menerima bahawa setiap manusia memiliki kelebihan dan kekurangannya sendiri..

bak kata Ustaz Hasrizal,
"terimalah seseorang seadanya, kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai"

andai ada berlaku pergolakan dan selisih faham dalam perhubungan,
segeralah cari jalan penyelesaian..

langkah terbaik ;
minta maaflah dengannya dan hulurkanlah kemaafan..
usah menuang minyak ke arah api yang sememangnya marak..

mungkin kesalahan itu bermula dari kita sendiri..
mungkin juga dia yang bersalah..
soalnya bukan mencari siapa salah, siapa betul..
tetapi bagaimana untuk menyelesaikan masalah..

kita beralah, kita bertolak ansur..
tidak bermakna kita kalah..
tetapi kitalah yang menang dalam emotional management..
berfikirlah dengan waras apabila berlaku konflik2 sebegini..

apakah virus-virus yang merosak sesebuah persahabatan ?

pertamanya ialah buruk sangka..
sebenarnya, buruk sangka inilah yang sangat memberi kesan dalam perhubungan..
ada yang tak nak bertegur sapa,
ada x nak memaafkan..
sampai ada yang x boleh nak tengok muka..

sebab apa ?.. ia bermula dari buruk sangka..

so, selesaikanlah masalah dengan cara yang baik-baik..
jika dia berkeras juga untuk mendinginkan keadaan..
berserahlah kepada Allah.. doalah banyak-banyak kepadanya..
kerana Allah lah yang memegang hati-hati manusia..

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu"

antara fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita ; kita didedahkan dengan filem2 dan cerekarama yang mempengaruhi minda masyakat.. contohnya, adegan 2 orang perempuan berebutkan lelaki, sedangkan apa pun diorang tak dapat.. si lelaki pula bersorak kemenangan seolah-olah dialah hero cerita tersebut..

jangankan sebab berebutkan seorang lelaki @ perempuan, persahabatan anda selama ini menjadi goyah, rapuh dan x dapat diselamatkan..

kalau ada virus, mestilah ada ubatnya kan ?

ubat hati ada 5 perkara ;

"Ubat Hati ada lima perkaranya....
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya...
Yang kedua solat malam dirikanlah...
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh..
Yang keempat perbanyaklah berpuasa...
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah..."

(penyanyi : Opick, lagu Tombo Ati)

Konklusinya, berhati-hatilah dalam memilih sahabat,
Jangan sampai tersalah pilih..






Tuesday, March 9, 2010

kewajipan berdakwah

Adakah dakwah ini suatu kewajipan ? optional ? ataupun fardhu kifayah yang bila orang lain sudah buat, kita tak payah ?

Dakwah ini suatu kewajipan, sahabat-sahabat.

Dakwah itu apa ? Islah tu plak apa? Sama ke dakwah dengan Islah ?


dakwah dari segi bahasa bermaksud menjemput orang luar masuk

Dakwah dari segi Syarak pula ialah usaha menjemput seseorang kepada Agama Islam

Berbeza ke dakwah dengan Islah ?

memang sangat berbeza.. Islah adalah suatu usaha membaikpulih amalan & kepercayaaan Muslim mengenai Islam. Contohnya, kita pergi usrah, forum perdana, program muhasabah diri.. haa, semua ni termasuk dalam Islah dan bukannya dakwah.. perlu jelas ya sahabat !

pada zaman sekarang ni, terdapat 4 pendekatan berdakwah

1) Akhlak
2) Kebajikan
3) Risalah
4) Lisan

Pendekatan manakah yang paling utama ?

Sudah pastilah pendekatan berdakwah melalui akhlak. Cuba lihat cara Nabi berdakwah. Baginda amat menekankan akhlak sama ada pergaulan baginda dengan orang Islam mahupun orang Kafir. Sebab apa ? sebab melalui akhlak lah, orang boleh percaya dengan kita..

Dan yang paling penting, dakwah kita mestilah berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..

Contoh paling senang ; share tentang surah Al-Ikhlas dengan non-muslim. Saya pasti, ramai yang sudah menghafal surah ini bukan ? walaupun surah ini pendek tetapi kalau kita selami maknanya dengan mendalam, ia adalah asas tauhid yang kuat malah dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah..

Saat bibir menyebut ‘ Allahu Ahad’ yakni Allah itu Maha Esa. Kita meyakini bahwa tiada Tuhan selain-Nya. Dia bebas daripada sebarang kesyirikan. Dialah yang berhak disembah.

Cara berdakwah ?

Banyak sebenarnya cara berdakwah.. kita perlu kreatif dalam menarik perhatian non-muslim untuk tertarik dengan Islam..

Kita boleh berdakwah dengan cara ;

- one to one ( dakwah fardhiah )
- ceramah umum
- blogging pun boleh tau !!
- mosque tour guide
n banyak lagi..

Tugas kita adalah share dengan semua orang tentang apa itu Islam …
BETULKAN NIAT ..

Bukan kita yang menukarkan seseorang itu kepada Islam .. ingat tu ..
Sebab ini berkaitan dengan hidayah.. dan hidayah itu milik siapa ?
Pastilah hidayah itu milik Allah subhanahu wa ta’ala..

Sebagaimana disebut dalam Al-Quran ;

“Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari reda Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, niscaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)”
(Surah Al-Baqarah, ayat 272)

Ok, kita apply ekonomi ye dalam berdakwah..

Jangan Supply kalau Demand tak ada..
cReate Demand, and then baru Supply.

Lagi satu, Islam tak pernah ajar untuk kita condemned agama orang lain..

“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
(Surah An-Nahl, ayat 125)

Adakah cara kita sesuai dengan cara Rasulullah ?

Perlu dijelaskan di sini, cara Rasullullah berdakwah sesuai dengan zaman baginda pada masa itu..

Macam yang saya cakap tadi, kita kena kreatif untuk reach orang-orang yang bukan Islam.. gunakan segala macam kemudahan yang ada untuk berdakwah.. macam blog ni, facebook, YM malah e-mail sekalipun.. jangan sempitkan cara berdakwah kepada orang bukan Islam.

Ganjaran bagi orang yang berdakwah telahpun Allah nyatakan dalam Al-Quran ;

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. “
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

* selain daripada ganjaran di atas, kita juga dapat membaiki diri sendiri dengan melakukan dakwah.


~ you guys, jangan goreng dengan non-muslim.. kalau tak tahu, cakap tak tahu.. jangan menipu !!.. katakanlah padanya ‘saya tidak tahu, saya akan cuba cari.. nanti bila saya tahu, saya akan bagitau’..
It’s better,, daripada anda menipu, pastilah mereka sudah tidak akan mempercayaimu lagi..

Kenapa Dakwah ?

“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”
(Surah Al-Anbiya’, ayat 107)

“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah Saba’, ayat 28)

Kita kena menghargai segala keperitan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah.. baginda telah dibaling batu dan kayu ketika peristiwa di Taif..baginda telah difitnah, dicaci dan dihina…bahkan baginda telah dihalau dari tempat kelahiran baginda semata-mata kerana dakwah..

maka, di manakah kita untuk meneruskan perjuangan nabi ini ??

-------------------------

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar”
(Surah An-Nisa, ayat 48)

Allah mengulang peringatan yang sama dalam Surah An-Nisa juga, ayat 116 ;

“ Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sungguh, dia telah sesat jauh sekali”

See ?.. bagaimana Allah tekankan tentang Akidah yakni mentauhidkan-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya walau dengan sesuatupun.. Inilah asas yang ada dalam diri Sumayyah, Bilal bin Rabah ketika mereka diseksa.. saat hati meyakini bahwa Allah lah Tuhan yang berhak disembah..

sebab tu bila nak berdakwah ni, starting dengan akidah..baru masuk fiqh dll..

Bagaimana nak berdakwah ?

-Okay, first kita mengajak kepada persamaan .

“Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai Ahli Kitab ! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka), ‘Saksikanlah, bahwa kami adalah orang muslim.”
( Surah Ali-Imran, ayat 64)

-second, berdakwah dengan cara yang berhikmah.. Bila timbul perbezaan, berdakwahlah dengan cara hikmah kebijaksanaan.

“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
(Surah An-Nahl, ayat 125)

- nak dakwah dengan non-muslim ni kena main logik dulu.. jangan nak terus masuk rukun Islam @ terang tentang solat lima waktu.. kita kena ajar mereka macam budak2 tadika sebab mereka memang betul-betul tak tahu tentang apa itu Islam sebenarnya.

- macam yang saya cakap tadi, start dengan persamaan.. lama-lama baru timbulkan perbezaan.

- kawal emosi, jangan marah.. jangan melenting..

- Cuba kalau tiba-tiba non-muslim tu baran n marah-marahkan anda, senjata paling utama ketika itu adalah senyum.. (sudah pastilah non-muslim itu akan bertambah marah kerana anda berupaya untuk tenang pada ketika itu)..

- berbahaslah dengan baik

“Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka, dan katakanlah, “Kami telah beriman dengan (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri”
( Surah Al-Ankabut, ayat 46)

-tidak bermakna kalau dalam perbahasan itu kita bertolak ansur, bererti kita kalah..

- dalam berbicara dengan non-muslim, kita ditegah daripada mencerca amalan mereka yang lain.

“ Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, kami jadikan setiap umat mengganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Al-An’am, ayat 108)

- Kita tidak perlu bersedih apabila bertemu dengan orang-orang yang degil sebab tugas kita hanyalah share tentang Islam..

“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman”
( Surah Al-Baqarah, ayat 6)

- ada yang menyatakan alasan tidak mahu berdakwah kerana mereka tidak mahu menjaga urusan orang lain..

Okay, analoginya begini..
Contoh ; rumah anda dimasuki perompak.. perompak itu berusaha untuk merampas segala harta anda termasuk mencabul maruah isteri anda dan anak-anak anda.. pada masa yang sama, jiran-jiran anda melihat anda berada dalam keadaan terdesak dan kesusahan tetapi mereka tidak mahu menolong anda atas alasan tidak mahu menjadi busy bosy.. sudah pasti keesokaannya, anda akan bertanya dan memarahi mereka kerana tidak menolong anda..

Kita kena betulkan akidah mereka, bukannya busy body..
Tetapi sebab kita sayangkan merekalah, kita berdakwah..

Syurga tu luas bukan ?.. tak kan nak masuk sorang-sorang ?..
Mesti nak bawa ramai-ramai orang kan?



….. berDakwahlah dengan Perasaan seNang Hati…
…..kerna seTiap uJian akan menjadikan kita lebih baik…..
….dan percayalah, bila kita bekerja di Jalan Allah, Allah akan tolong kita…


ISLAM BUKAN HAK EKSKLUSIF… ISLAM UNTUK SEMUA !!

Sunday, March 7, 2010

FCR

alhamdulillah.. Allah bagi kemudahan dalam kesusahan..

banyak aku pelajari dari program FCR ni..
naik taip semua memang x sempat..


credit to insan yang sudi ajak..


minggu depan aku ada 3 test.. semoga Allah membantuku..



p/s : Jumaat, insya-Allah. aku balik rumah.. nanti aku SHARE.. salam ukhuwah.. ^_^... wee weee

Friday, March 5, 2010

ikhtilat

Masalah ikhtilat ini sudah lama berlaku dalam kalangan kita..
Baik yang remaja mahupun golongan dewasa..

Dan ia berlaku x kira siapa n penampilan bagaimana..
Tertutup atau terbuka..

Pokok pangkalnya adalah hati..

Benarlah satu perkara yang amat susah untuk dilakukan oleh seorang sahabat iaitu menegur sahabatnya yang lain ketika mana mereka melakukan kesilapan.. dan teguran ini perlulah disertai dengan rasa rendah hati dan bukannya meninggi diri..

Yup, people do mistakes.. tapi kita kenalah berusaha untuk tidak mengulangi mistakes yang sama.

Ikhtilat ni merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan pergaulan..
Sama ada komunikasi secara terus, melalui SMS, e-mail, chatting dan seumpama dengannya..
Dunia semakin canggih bukan ? semakin banyak maksiat pula yang berlaku.

Perlukah kita untuk berbual perkara yang tidak penting dengan ajnabi ?
Perlukah untuk tiba-tiba suaramu bertukar manja ?
Perlukah engkau untuk mengambil berat tentang mereka?

Maka, atas dasar apakah yang membolehkan engkau membuat demikian ?
KAWAN ? MEMBER ?
itu bukanlah lesen untuk engkau bergaul bebas sesama mereka..

engkau punya teman sejenismu..
mengapa perlu untuk mencari teman yang berlawanan sebagai sahabat?

ukhtiku sayang,
adakah engkau bangga digelar ‘kaki layan’ lelaki ?
padaku, engkau telah meletakkan maruahmu di bawah
apabila engkau membiarkan mereka mempermain-mainkanmu tanpa sedar..

adakah itu yang engkau inginkan ?

aku bangga dengan Islam yang aku anuti dan aku mahu hidupku berlandaskan ad-deen yang suci ini jua..
aku lebih rela dikatakan ‘syadid’ dalam ikhtilat daripada dilabel ‘kaki layan’ ..

bukanlah aku berniat untuk menyatakan bahawa aku sudah cukup baik..
TIDAK.. malah aku sedar diriku masih jauh lagi untuk dikatakan sebagai seorang yang baik..
tapi sekurang-kurangnya aku belajar menjadi yang terbaik buat diriku dan agamaku

dan aku pasti engkau juga mahu menjadi yang terbaik bukan?

Engkau juga tahu baik buruknya sesuatu perkara
Mumaiyiz dan akil baligh..
Tidakkah itu cukup untuk membuatmu berfikir secara waras sebelum membuat sesuatu keputusan ?.

Ukhtiku sayang,
Islam telah mengangkat darjat wanita hingga ke darjat yang mulia..

Tegarkah engkau untuk menjatuhkan maruah kaummu sendiri ?..

Persoalan ini aku tinggalkan kepada kalian..
Tepuk dada tanyalah iman..

seKian

Wednesday, March 3, 2010

emm

salam..

dunno wat to say..
rasa down sangat..

pagi tadi nyaris terbabas subuh,,
akibat tidur x jaga..
alarm fon x betah mengejutkan sang lena..

n x sempat nak buat qiam..
da bangun lambat en?

rasa cam kena tidur atas carpet je..
katil yang empuk n gebu suka cari pasal dgn aku.. huh..

= (